From: "mohd rasic" [EMAIL PROTECTED]
Date: Wed, 22 Feb 2006 19:12:49 +0800
Subject: jawatan kosongJawatan Kosong (Baru!!!)
Ditulis oleh Administrator
Sunday, 19 February 2006
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan
untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan di Maktab Kerjasama Malaysia, Kampus
Petaling Jaya Selangor
A. JAWATAN/SKIM PERKHIDMATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
2. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F29
3. PEMBANTU AM RENDAH N1
B. JABATAN : Maktab Kerjasama Malaysia
C. KUMPULAN PERKHIDMATAN : Kumpulan Sokongan
D. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN :
Jawatan: 1&3 - Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
Jawatan: 2 - Perkhidmatan Sistem Maklumat
E. TARAF JAWATAN : TETAP
F. JADUAL GAJI
Jawatan 1: P1T1 RM963.64 ¶ P1T26 RM2421.69
P2T1 RM1019.30 ¶ P2T26 RM2570.52
P3T1 RM1077.38 ¶ P3T26 RM2724.19
Jawatan 2 : P1T1 RM1235.89 ¶ P1T21 RM2427.74
P2T1 RM1292.76 ¶ P2T21 RM2589.88
P3T1 RM1352.05 ¶ P3T21 RM2732.66
Jawatan 3 : P1T1 RM480.85 ¶ P1T22 RM1116.10
P2T1 RM512.31 ¶ P2T22 RM1172.97
P3T1 RM544.98 ¶ P3T22 RM1231.05
G. SYARAT LANTIKAN
JAWATAN 1 (1 KEKOSONGAN)
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5); atau
(iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T6); atau
DAN (d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu(termasuk lulus ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Pengurus Stesen,
Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh
Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke
jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
JAWATAN 2 (1 KEKOSONGAN):
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
(c) Diploma dalam bidang sains komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya;
DAN (d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu(termasuk lulus ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 3 (1 KEKOSONGAN):
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
(c) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh
kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2)
Cara Memohon
a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dari
Pengarah, Maktab Kerjasama Malaysia, 103 Jalan Templer, 46700 Petaling Jaya
Selangor, datang sendiri atau memohon menggunakan alamat di atas beserta sampul
surat berukuran 10cmx23cm (4inx9in) beralamat sendiri dan bersetem 30 sen. Di
penjuru sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon. Anda
juga boleh :
Klik disini untuk mendapatkan borang permohonan jawatan 1 &2.
Klik di sini untuk jawatan 3.
Anda juga boleh memuat turun borang dari menu Muat Turun di muka hadapan
sebelah kiri web.
b) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan
Kerajaan/Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan
masing-masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang
terkini dan lengkap.
c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 6 Mac 2006.
d) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui
sah dan juga gambar berukuran pasport yang terbaru dan dialamatkan kepada
SETIAUSAHA
MAJLIS MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA
103, JALAN TEMPLER
PETI SURAT 60
46700 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
PERHATIAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga.
b) Permohonan yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan dalam tempoh 6
bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Dikemaskini ( Monday, 20 February 2006
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/