KERJAYA DI DALAM BIDANG PERCETAKAN
(Lokasi Kerja: Shah Alam, Selangor & Kota Bharu, Kelantan)



Kami adalah antara penerbit, pencetak dan pengedar buku dan majalah
yang terbesar di Malaysia dan telah berkembang sejak lebih 20 tahun
lalu. Kami juga merupakan antara pencetak komersial yang terbesar di
tanah air. Kami sedang meluaskan lagi bidang niaga kami kepada
penerbitan sebuah akhbar harian di dalam Bahasa Malaysia tidak lama
lagi. Lokasi tempat kerja adalah di Shah Alam dan satu lagi di Kota
Bharu. Oleh itu kami memerlukan kakitangan mahir di bahagian
percetakan kami. Sila hubungi kami jika anda yakin anda layak untuk
mengisi jawatan-jawatan di bawah :





1. JURUTERA ELEKTRIK



Bidang Tugas:


'Troubleshooting', penyelenggaraan dan baik pulih mesin cetak (surat khabar).
Mengendali latihan (OJT), menyelia & mengawasi juruteknik.
Merancang & menjadualkan tugas-tugas penyelenggaraan mengikut pengurusan TPM.

Kelayakan:


Minimum Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik /
Elektronik / Industri yang diiktiraf.
Sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerjaya dalam bidang berkaitan.
Berumur di antara 27-35 tahun dan boleh bekerja di bawah seliaan minimum.




2. EKSEKUTIF PRA CETAK



Bidang Tugas:


Mengendalikan aktiviti harian di Jabatan Pre Press termasuk mengawal
dan mengurus filem & 'plate'.
Menambahbaik dan memastikan keberkesanan kaedah yang digunakan.
Melaksanakan sistem kawalan kos yang membantu mengurangkan kos dan
sisa industri.

Kelayakan:


Kelulusan minima SKM / Diploma dalam bidang Grafik / Teknologi
Maklumat / Pra Cetak.
Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam 'conventional masking',
'plate masking', pengunaan Macintosh dan PC.
Pengetahuan luas dalam perisian seperti DTP, Acrobat, QuarkXPress,
InDesign, Adobe Photoshop & Illustrasi akan diberi keutamaan.
Mempunyai kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah, kepimpinan,
agresif serta bertanggungjawab.





3. KETUA OPERATOR / OPERATOR – MESIN PERCETAKAN WEB



Bidang Tugas:


Cekap dalam mengendalikan operasi mesin percetakan web termasuk
mendapatkan 'color' dan 'register'.
Berupaya membuat penyelenggaraan yang asas agar mesin sentiasa dalam
keadaan baik.

Kelayakan:


Kelulusan minima SPM @ Sijil ILP atau yang setaraf dengannya.
Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam mengendalikan mesin
'newspaper' web.
Sanggup bekerja mengikut syif, melakukan kerja lebih masa dan mampu
bekerja di bawah seliaan yang minimum.





4. PENOLONG OPERATOR–MESIN PERCETAKAN WEB



Bidang Tugas:


Membantu Operator menjalankan mesin percetakan web.
Memasang plet, menukar blanket dan melaksanakan proses penyediaan percetakan.
Menentukan segala bahan mentah sebelum proses percetakan disediakan secukupnya.
Membantu operator dalam membuat penyelenggaraan yang mudah.

Kelayakan:


Kelulusan minima SPM @ Sijil ILP atau yang setaraf dengannya.
Pengalaman minima 2 tahun dalam bidang percetakan web.
Berpengalaman dalam mengendalikan 'newspaper' web adalah diutamakan.
Sanggup bekerja syif, kerja lebih masa seperti yang diarahkan dan
mampu bekerja di bawah seliaan yang minima.








Calon yang berminat dan layak sila hubungi Cik Norasyazleen di
03-51013814/ 815 (bagi jawatan di Shah Alam) dan En Hasli / Pn Surena
di 09-7440812 (bagi jawatan di Kota Bharu) untuk temujanji temuduga
sahaja, atau



Sila hantar permohonan berserta resume lengkap, gaji sekarang dan gaji
dipohon, nombor telefon, gambar berukuran passport (tidak
dikembalikan) dan salinan sijil-sijil akademik ke alamat seperti di
bawah sebelum 18 Mac 2006 :




1. Bagi jawatan di Shah Alam, Selangor :


PENGURUS BESAR
JABATAN SUMBER MANUSIA
ULTIMATE PRINT SDN BHD (Co.No:62208H)
Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor.





2. Bagi jawatan di Kota Bharu, Kelantan :


PENGURUS BESAR
JABATAN SUMBER MANUSIA
KARANGKRAF TIMUR SDN BHD (Co.No: 663792-A)
Lot 1006, Tingkat Bawah, Seksyen 27,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan.

 
 

Moderator
Hidayahnet

Group Information

  • Members: 7233
  • Category: Islam
  • Founded: Sep 6, 2003

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.


{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125)



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke