Himpunan Bicara Ilmu (HBI)
Anjuran Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia
Kampus Kejuruteraan (nibong Tebal,Penang)
Himpunan
Bicara Ilmu Siri 1 : 25 Feb 2006
Himpunan Bicara Ilmu Siri 2 : 29 April 2006
Himpunan Bicara Ilmu Siri 3 : 24 Jun 2006
Himpunan Bicara Ilmu Siri 4 : 5 Ogos 2006
Slot Program & Pembicara (pada setiap siri)
Slot 1 : Aqidah --> Dr Jamnul Azhar bin Mulkan (Dr. perubatan yang mempunyai ijazah dalam bidang syariah)
Slot 2 : Akhlak --> Ust Md Isa Abdul Rahman (Penolong Pegawai, Unit Penyelidikan di Jabatan Mufti Negeri Kedah)
Slot 3 : Syariah/Fiqh --> Ust Mohamad Fauzi Md Tahir (pengajar di maahad mahmud, aloqstaq)
Pendaftaran / yuran : -
Dewasa : RM5.00
Pelajar : RM1.00
(laa..sikit punya murah la..sekotak rokok yang mahal pun sanggup beli..untuk majlis ilmu yang boleh memantapkan iman dan akhlak, takmau keluaqkan duit pulak..??)
Jamuan makan (tea break) disediakan.
Tentatif :
0800 0830 pendaftaran
0830 0930 Slot 1 (aqidah)
0930 1030 Slot 2 (akhlak)
1030 1100 Sesi soal jawab
1100 1130 Tea Break (nama ja tea break..macam ringan ja..tapi berat woo)
1130 1230 Slot 3 (syariah/fiqh)
1230 1315 Sesi soal jawab
1315 Solat zuhur dan bersurai.
Maklumat lanjut atau pertanyaan serta pendaftaran, hubungi PUSAT ISLAM USM KAMPUS KEJURUTERAAN :
Tel : 04 599 5481 / 04 599 5483
Faks : 04 594 1032
Marilah sama-sama kita menghadiri majlis ini.
Sedikit teguran atau komen :
Majlis ilmu
sebegini sepatutnya diperbanyakkan dan dibantu serta disemarakkan lagi kerana dalam situasi sekarang yang sekolah agama di sekat dan ditekan, ramai ustaz dan orang yang berkelayakan untuk membicarakan tentang Islam disekat serta di-GAM, masyarakat yang semakin dahagakan ilmu dan bimbingan agama, ditambah pula dengan kemerosotan akhlak (khususnya muda-mudi) yang semakin meruncing. Namun begitu, sambutan oleh masyarakat setempat adalah amat mendukacitakan. Padahal, pada malam sebelum berlangsungnya majlis tersebut, diadakan program MALAM MENCERAP BINTANG yang dibuka kepada semua secara percuma, sambutan adalah di luar jangkaan, hinggakan tak cukup kerusi yang disediakan lalu terpaksa diarahkan semua untuk duduk bersila di lantai sahaja.
Di mana keprihatinan umat Islam (khususnya masyarakat setempat) untuk kembali kepada al-Quran dan Sunah seperti sabda Nabi SAW yang mana jika kita berpegang teguh pada kedua-duanya akan selamatlah kita dalam gelombang di akhir zaman yang amat ganas lagi membinasakan.
Kecewa sungguh hati saya, walaupun bukanlah saya menjadi ajk penganjur, namun masyarakat setempat yang berhampiran tempat kediaman saya juga berdekatan USM kampus kejuruteraan tersebut tidak sanggup untuk melaburkan walau RM 5 untuk mendapatkan ilmu yang sebenarnya tak termampu dibayar dengan nilaian wang ringgit !!
Bukan calang-2 orang yang memberikan pengisian. Contohnya ustaz mohamad Fauzi, walaupun hanya menjadi guru di maktab mahmud, namun ilmunya yang cukup luas serta mampu menjelaskan sesuatu perkara sehinggakan saya rasakan tak seorang pun dari kalangan hadirin yang tak faham dengan penjelasannya itu. Cukup jelas. Di samping kemampuannya untuk mengeluarkan dalil-2 al-Quran pada bila-bila masa yang dikehendaki yang bukan sekadar membacakan ayatnya sahaja, namun mampu untuk memberitahukan hadirin ayat tersebut dipetik dari surah yang mana, beada dalam juzuk yang mana, dan pada muka surat berapa..seorang yang tawadhu dan sederhana sahaja penampilannya..
Ish-2 hairan sungguh manusia ni..peluang sebesar gajah di depan mata untuk berdampingan dengan ulama dilepaskan begitu sahaja, sedangkan diri bersedap-2 di rumah sahaja menghabiskan tempoh cuti wajib 2 hari (sabtu & ahad / jumaat & sabtu) pada setiap minggu..
Yahoo! Mail
Use Photomail to share photos without annoying attachments.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
