Dr Mahathir berbohong, dakwa Raja Petra
PDF Cetak
Thu | Feb 23, 06 | 11:32:37 AM
Oleh Abu Bakar Rahman
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Hrkh) - Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan Malaysia tidak membayar pelobi yang baru-baru ini mengaku salah atas tuduhan rasuah dan menipu, Jack Abaramoff, adalah pembohongan terang-terangan, kata pengarang laman web Malaysia Today, Raja Petra kamaruddin.
Menurut beliau, muka surat 59 Laporan Jawatankuasa Senat Mengenai Hal-Ehwal Orang-Orang Indian , mendedahkan satu invois telah dikemukakan kepada Kedutaan Malaysia, untuk perhatian Dr Fauziah Mohamad Taib, yang pada masa itu adalah Timbalan Ketua Misi Malaysia di Kedutaan Malaysia di  Washington.
Invois itu, kata Raja Petra, berjumlah AS$300,000 datang daripada badan palsu yang dinamakan  American International Center untuk bayaran perkhidmatan dari 19 Jun hingga 19 Ogos 2001..
Raja Petra juga mendedahkan, menurut bekas sekutu Abramoff, Duta Malaysia, Ghazzali bin Sheikh Abdul Khalid telah menemui Abramoff beberapa kali. 
Mahathir tak nafi bayar
Dalam kenyataannya baru-baru ini, Dr Mahathir Mohamad tidak menafikan  Abaramoff dibayar "sejumlah wang" yang dilaporkan oleh media Barat "bagi mengatur pertemuan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat George W.Bush pada Mei 2002".
"Sememangnya saya difahamkan ada pihak yang membayar sejumlah wang kepada pelobi di Amerika Syarikat, namun saya tidak tahu siapakah mereka dan ia bukan kerajaan Malaysia. Malah saya sendiri tidak menyentuh wang itu," katanya.
Beliau berkata, sudah menjadi amalan kerajaan Amerika Syarikat untuk meminta mana-mana pihak yang ingin berjumpa dengan presiden negara itu menggunakan khidmat pelobi dan ianya tidak dianggap sebagai rasuah.
Gambar Dr Mahathir bersalaman dengan Bush kemudiannya disebarkan di seluruh dunia dan media Barat mendakwa kerajaan Malaysia telah membayar wang kepada Abramoff bagi pertemuan itu.
Isu kerajaan Malaysia membayar sejumlah wang kepada pelobi itu timbul apabila Abramoff kini disiasat berhubung tuduhan salah laku kerana mengenakan bayaran tertentu.
Menurut media Barat, kerajaan Malaysia membayar AS$1.2 juta (kira-kira RM4.46 juta) kepada  Abaramoff, untuk membolehkan  Dr Mahathir bertemu dengan Bush.
Dokumen-dokumen yang diperolehi oleh para penyiasat Senat Amerika mengesahkan sekurang-kurangnya $AS900,000 dari jumlah itu.
Menurut media Barat, bayaran oleh kerajaan Malaysia untuk khidmat yang diberikan Abramoff dari tahun 2001 hingga 2002 itu dibuat kepada American International Centre (AIC), sebuah pusat "pemikir antarabangsa" palsu yang ditubuhkan oleh rakan Abramoff, Michael Scanlon, di sebuah rumah kawasan pantai di Delaware.
Abramoff mengaku salah
ImageSelain mengaku salah atas tuduhan rasuah dan menipu, Abramoff juga mengaku salah kerana mempengaruhi ahli-ahli Kongres dan pembantu mereka secara tidak berperaturan.
Kedutaan Malaysia tidak memberikan sebarang reaksi apabila diminta mengulas mengenai khidmat yang diberikan Abramoff itu. Tetapi tuntutan pembayaran daripada AIC telah diberikan kepada jawatankuasa Senat yang menyiasat dakwaan Abramoff bahawa beliau mewakili puak Red Indian, yang akhirnya beliau akui sebagai suatu penipuan.
Ketika ditanya adakah beliau merasa selesa mewakili negara yang dipimpin oleh Dr Mahathir yang dikenali sebagai membuat ulasan-ulasan anti-Yahudi, Abramoff, seorang Yahudi Ortodoks dan penyokong kuat Israel, menyatakan: "Mereka membayar bil mereka tepat pada masanya".
Media Barat menambah, tindakan kerajaan Malaysia mengupah Abramoff bermula apabila Malaysia mahu memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat dengan mengaturkan pertemuan dalam tahun 2002 antara Dr Mahathir dengan Bush.
Walaupun pertemuan itu sangat penting bagi Malaysia, tetapi ia bukan mudah bagi Dr Mahathir, yang dikritik oleh pentadbiran presiden sebelumnya, Bill Clinton, kerana kenyataan-kenyataannya yang diangap anti-Yahudi dan kerana memenjarakan penentang politiknya, terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai hubungan baik dengan pemimpin-pemimpin Amerika.
Abramoff, yang bertemu dengan duta Malaysia di Amerika, menekankan pertemuan itu sangat penting.
Menurut bekas sekutunya, Abramoff menghubungi penasihat Bush, Karl Rove sekurang-kurangnya empat kali untuk mengatur pertemuan itu.
Akhirnya, kata sekutu itu, pejabat Rove memberitahu Abramoff bahawa Dr Mahathir akan mendapat jemputan rasmi dari Rumah Putih.
Pada bulan Mei 2002, Dr Mahathir menemui Bush di Oval Office dan gambar pertemuan mereka tersebar ke seluruh dunia.
Walaupun Rumah Putih enggan mengakuinya, adalah jelas  Abramoff menerima penghargaan kerana usahanya itu. Reputasinya sebagai seorang yang rapat dengan Rumah Putih membolehkannya mengenakan bayaran yang luar biasa besar jumlahnya.
Abramoff diraikan
Selepas pertemuan Dr Mahathir dan Bush di Rumah Putih, kata bekas sekutu itu, Abramoff dijemput ke majlis makan malam meraikan Dr Mahathir di kedutaan Malaysia.
Sekurangnya-kurangnya sebuah lagi firma pelobi - Alexander Strategies, yang dikendalikan oleh rakan Abramoff - juga dibayar dalam tempoh melobi untuk memperbaiki reputasi Malaysia di Washington itu.
Saksi yang mendengar hubungan langsung Abramoff dengan Rove memberitahu, pelobi Yahudi itu mengambil telefon bimbitnya, lantas menunjukkan nama pemanggil kepadanya dan berkata: "Karl".
Abramoff mendengar beberapa saat dan menunjukkan isyarat tangan menyatakan bagus. Beliau kemudian menutup telefonnya dan menyatakan jemputan Rumah Putih akan sampai: "Hubungi duta (Malaysia)".
Selain dari maklumat dari bekas sekutunya itu, gambaran episod Malaysia itu disokong pula oleh seorang lagi bekas sekutu Abramoff dan dokumen-dokumen yang dikeluarkan tahun lalu oleh Jawatankuasa Senat bagi Hal Ehwal kaum Indian.
Kedua-dua bekas sekutu memberitahu Abramoff juga bercerita tentang hubungannya dengan setiausaha Rove, Susan Ralston.
Sebelum menjadi kakitangan Rumah Putih, Ralston adalah pembantu Abramoff. Salah seorang dari bekas sekutu Abramoff memberitahu, Abramoff menyifatkan Ralston sebagai orangnya ( my implant) di Rumah Putih.
Hubungan Abramoff dengan Bush semakin menjadi perhatian media-media apabila Time melaporkan kakitangannya telah melihat sekurang-kurangnya enam gambar Bush bersama-sama Abramoff. Gambar-gambar itu kelihatan diambil di majlis-majlis di Rumah Putih.
Abramoff juga dipanggil "perintis" kutipan derma untuk kempen Bush dan Dick Cheney bagai pilihanray 2004 dimana Bush dipilih semula sebagai presiden.


Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke