|
Asm sdra Faizal;
Nak tanya sikit. Pohon semalu ni ada ke kat negeri
Arab??
----- Original Message -----
Sent: Friday, February 24, 2006 3:20
AM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Iktibar
dari semalu
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w
berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka
berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya
berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya
apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya
pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah
mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama,
pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita
perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu
mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu
tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita
muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan
yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu
akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita
sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah
pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Related post: iktibar,
agama, islam, malay, melayu
-- Posted by Faizal to RANDOMNESS at 2/24/2006 08:08:00 AM
-- Eeeeeeewwwwwwww!!!!!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
Yahoo! Mail
Bring photos to life! New PhotoMail makes sharing a breeze.
|