ps: Tu dia eh. Ramai gile yang kena r0g0l. Wahai para wanita, yang aku kenal 
dan tak kenal, 
tolonglaa jaga diri hangpa baik2.
-bayan
 
MasyaAllah..

1. Statistik rogol dari Malaysian Crime Prevention Foundation. 
1993: 869 
1994: 965 
1995: 1029 
1996: 1098 
1997: 1429 
1998: 1539 
1999: 1457 
2000: 1210 
2001: 1354  
2002: 1418 

2. Statistik rogol mengikut laporan Berita Minggu, mengikut apa yang Dr Rais 
bentang pada kabinet: 
2000: 1217 
2001: 1386 
2002: 1431 
2003: 1479 

3. Statistik rogol di Arab Saudi, yang mengamalkan hudud pada tahun 2000 ( 
NationMaster.com) 
2000: 87 kes. 

4. Statistik rogol di UK, yang mengamalkan common law, undang-undang yang 
ditiru oleh Malaysia pada tahun 2000. (NationMaster.com) 
2000: 8 593 kes. 

Ini bermaksud di Malaysia pada tahun 2003, lebih kurang 4 kes rogol berlaku 
setiap hari. Sebab tu apabila media melaporkan ada kes rogol setiap hari, ia 
bukan bermaksud sekarang musim rogol. Tetapi sebenarnya memang setiap hari ada 
berlaku kes rogol. Sama ada ia dilaporkan atau tidak sahaja oleh akhbar. Ingat, 
ini kes yang dilaporkan dan kita tidak tahu berapa banyak lagi kes yang tidak 
disenyapkan oleh mangsa. 

Entry kali ini tidak berkisar kepada hukuman apa yang wajar. Tetapi apa yang 
Islam sudah suruh pada semua, baik wanita, lelaki, keluarga dan keseluruhan 
anggota masyarakat. Sebagai langkah pencegahan awal. 

1. Wanita seharusnya keluar berteman. 
Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar 
melainkan dengar mahram. Ini bermaksud, mak bapak perlu main peranan penting. 
Apa kejadahnya kalau mak bapak buat tak kisah anak dara keluar seorang diri. 
Mahu cari nahas? 

Yang pelik, bila kita bangkitkan hal ini, maka bertalu-talulah disebut Islam 
mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu begitu? 
Wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri. 

Barangkali sudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal? 

2. Jangan keluar dating walaupun dengan boyfriend dan tunang.  
Ini juga sudah disebut dalam hadis. Kalau dating, orang ketiga adalah syaitan. 
Tapi kadang-kadang mak bapak buat tak kisah lagi-lagi kalau yang ajak keluar tu 
tunang anak dia. Anak-anak memang lah suka. Apa kejadahnya kalau baru bertunang 
sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan ditinggalkan baru menangis 
tidak berlagu. 

Laporan All Women Society (AWAM) dalam satu buku bertajuk The Rape Report: An 
Overview of Rape in Malaysia (2002) menyebut daripada 6 jenis kes rogol, 2 
daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan 
(kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks 
ataupun ditipu. 

Kalau tak keluar dating dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku. 

3. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai umur 
mumaiyyiz  
Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik dalam Islam paling 
kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga melibatkan 
adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan akal mereka di 
kepala lutut. Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan 
mencegah kes-kes sumbang mahram. 

4. Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan. 
Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak 
dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan 
rogol. Bayangkan, kalau keluar KL sahaja seorang lelaki akan lihat puluhan 
malah ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu sudah tentu kalau nafsu tidak 
dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran. 

Kan baik kalau wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta melabuhkan 
pakaian mereka. Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara tidak 
langsung. 

Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya longgar, 
tetapi para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan anak-anak 
perempuan ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan datuk,bapa, 
pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya adalah terhadap 
perempuan. 

Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu sendiri pun dikerjakan 
sampai mati. 

5. Isteri jangan tolak permintaan suami untuk 'bersama'  
Di barat, ada undang-undang karut disebut marital rape. Suami merogol isteri. 
Apa kejadahnya undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol seks dan 
tempat pemuas nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena ingat, kalau 
bukan pada isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa lagi? 

Dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat, datang 
haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam, memang lah 
tak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Itu memang 
kejahilan suami dalam mengetuai bahtera. 

Tetapi kalau tidak ada sebarang sebab untuk menolak, maka kalau diminta oleh 
suami maka jangan ditolak. Ini juga disebut dalam hadis-hadis dalam bab 
perkahwinan. Permasalahan ada mood atau tidak, maka ia perlu dirujuk pada yang 
pakar bagaimana mahu dapat mood itu kembali, tetapi jangan sampai mengabaikan 
kehendak suami. 

6. Menutup pintu-pintu maksiat 
Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah dibenarkan. Video 
lucah. Majalah lucah. Artis terkangkang. Artis tunjuk buah dada. Artis tayang 
seluar dalam. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat. 

Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah di kedai-kedai mamak, kelihatan 
majalah-majalah blue ini dengan mudah boleh didapati. Mona Gersang lah. Jeritan 
batinku. Layan 3 lelaki sekaligus. Abang pemuas nafsuku dan 1001 tajuk lagi. 
Belum dicampur lagi majalah-majalah barat yang memang menampakkan badan wanita 
lebih dari kain. 

Marilah kita sama-sama melakukan apa yang Islam suruh buat. Memang perogol itu 
jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa untuk membangkitkan 
nafsu perogol ini apa ceritanya pula? 

Tindakan mahu meminda seksyen 376 Kanun Keseksaan kepada hukuman mandatori 
adalah baik. Tetapi kalau terus kembali kepada apa yang syariah mahukan adalah 
lebih baik lagi. 

1210(MY) - 87(SA) - 8593(UK) (Statistik rogol NationMaster.com, tahun 2000). 
Bukankah sudah terbukti hukuman hudud itu mampu mengurangkan jenayah rogol ke 
tahap paling minima? Kenapa masih degil dan sombong? 

Daripada Allah kita diciptakan, dengan sistem Allah kita hidup, dan kepada 
Allah kita kembali. 

-- 
================================================


regards, 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke