Image
BANTAH NST...Beribu-ribu bararak ke pejabat akhbar New Straits Times (NST) di Jalan Riong, Bangsar Jumaat lalu bagi membantah tindakan akhbar berkenaan menyiarkan kartun yang dianggap menghina Nabi. Permohonan maaf akhbar itu tidak mencukupi bagi mereka walaupun Perdana Menteri sendiri berkata, ia sudah cukup. Tidak akan ada tindakan susulan dibuat ke atas akhbar itu walaupun pelbagai cadangan tindakan dibuat termasuk dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri. Foto Wan Zahari.
 
 
Kerana Umno, NST dimaaf biar pun bersalah
PDF Cetak
Sat | Feb 25, 06 | 06:57:05 PM
Oleh Harakahdaily
KOTA BHARU, 25 Feb (Hrkh) – Mengapa Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily digantung permit, manakala The New Straits Times (NST) dibiarkan bebas begitu sahaja, sedangkan mereka sama-sama mempersendakan Nabi Muhammad s.a.w.
Bagi banyak pihak mudah sahaja jawapannya, kerana NST mempunyai hubungan akrab  dengan Umno, sedangkan Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily tidak.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim mengakui hakikat itu sambil berkata, NST adalah milik mutlak Umno, maka buat kesalahan berat pun, ia mudah sahaja dimaafkan tanpa diambil sebarang tindakan.
Sedangkan katanya, akhbar lain yang membuat kesalahan serupa dikenakan tindakan serta merta dan tidak bertangguh lagi. “Apakah ini sebuah keadilan bagi era Islam Hadhari.
“Kalau sebelum ini Perdana Menteri mengecam keras Sarawak Tribune dan Guan Ming Daily, mengapa pula NST mahu dilepaskan begitu sahaja, sedangkan standard kesalahan mereka serupa,” kata beliau di sini.
Menurutnya, terlalu naif bagi seorang pemimpin negara apabila menggunapakai dua undang-undang yang berbeza bagi menjatuh hukuman ke atas kesalahan yang serupa.
“Oleh itu kami mendesak siasatan yang serius perlu diambil terhadap pengarang NST dan bukannya menutup fail begitu sahaja. Ini soal intergriti dan kewibawaan. Ia bukan perkara main-main,” ujarnya.
Semalam kerajaan memutuskan tidak mengambil sebarang tindakan ke atas NST selepas akhbar itu memohon maaf secara terbuka berhubung penyiaran lakaran kartun mengaitkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w.
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata, “selepas mereka meminta maaf secara terbuka dan tidak ada apa-apa syarat dan mengaku apa yang mereka lakukan itu menimbulkan pelbagai reaksi, jadi saya tidak ambil apa-apa.”
Ketegasan Perdana Menteri bukan sahaja dipersendakan akhbar miliknya, malah turut diikuti sama Radio Televisyen Malaysia (RTM) apabila menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w menerusi berita Mandarin pada 3 Febuari lalu.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, amat malang sekali bagi seorang Perdana Menteri apabila dipersendakan banyak pihak yang berada di bawah ‘dahunya’ sendiri.
Katanya, keadaan seperti itu sebenarnya tidak mungkin berlaku sekiranya semua pihak menghormati kewibawaan pemimpin negara yang ada sekarang.
“Menyiarkan kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w adalah perkara serius kerana ia mencetus kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Namun di negara ini, seolah-olah ada 'sandiwara' kerana pemimpin negara tidak mempamerkan keseriusan.  
“Dan lebih malangnya lagi di negara yang memimpin Persidangan Negara Islam sendiri penghinaan kepada Nabi Muhammad s.a.w berlaku. Ia terjadi di depan mata dan bukan lagi negara Barat,” ujarnya kesal.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke