Angkatan Muda PKR minta Dr Mahathir beritahu siapa bayar khidmat pelobi
PDF Cetak
Fri | Feb 24, 06 | 07:25:47 PM
Oleh -
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan memberi Dr. Mahahthir 14 hari untuk jelaskan siapakah individu yang terbabit di dalam amalan korup di Amerika Syarikat: Membayar khidmat pelobi untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat.
Demikian kata Shamsul Iskandar Mohd Akin Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia dalam kenyataannya.
Dalam kenyataan itu juga, Angkatan Muda merakamkan ucapan syabas di atas keberanian surat khabar Utusan Malaysia yang mendedahkan pengakuan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 Februari 2006 yang lalu.
Dalam laporan itu, Dr Mahathir telah memberikan pengakuan bahawa pertemuan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat [AS], George W. Bush pada bulan Mei 2002 telah membabitkan pembayaran sebanyak AS$1.2 juta ( RM4.5 juta) yang dibayar kepada pelobi.
Dr. Mahathir juga mengakui bahawa jumlah wang yang besar ini telah dibayar oleh seseorang dan bukannya melibatkan wang kerajaan.
"Apa yang menjadi persoalan di sini ialah siapakah individu yang sangat bermurah hati "mendermakan" jumlah wang yang besar untuk mengatur pertemuan dengan Presiden AS tanpa mendapatkan sebarang kepentingan," soalnya.
Justeru, di dalam hal ini, Angkatan Muda meragui kenyataan dan pengakuan Dr. Mahathir dan mendesak beliau untuk menjelaskan siapakah individu yang membuat bayaran tersebut dan kenapa individu tersebut berminat untuk mendermakan jumlah wang yang besar, di dalam masa 14 hari dari tarikh pengakuan beliau.
Angkatan Muda, katanya,  akan menghantar surat rasmi kepada Dr. Mahathir memohon penjelasan beliau di dalam waktu terdekat.
"Sekiranya tuntutan Angkatan Muda ini tidak diendahkan, perkara ini akan dilaporkan ke Badan Pencegah Rasuah [BPR] kerana kami yakin dan percaya bahawa terdapat kemungkinan Dr Mahathir menggunakan kedudukannya ketika itu menggunakan duit rakyat untuk membayar kepada pelobi tersebut," katanya.
Angkatan Muda juga memandang serius pengakuan Dr. Mahathir yang menjelaskan bahawa sesiapa yang mahu berjumpa dengan Presiden AS perlu menggunakan khidmat pelobi dan membuat bayaran.
"Kami percaya bahawa kenyataan ini tidak mempunyai asas di dalam struktur pentadbiran negara. Sekiranya wujud amalan seperti ini, apa gunanya negara mempunyai Kementerian Luar?" soalnya.
"Kami menegaskan bahawa ini bukannya sistem Amerika Syarikat akan tetapi sistem Amerika Syarikat yang korup !" kata kenyataan itu lagi.
Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda akan menghantar surat rasmi kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur memohon penjelasan sama ada wujud atau tidak amalan membayar khidmat pelobi untuk berjumpa dengan Presiden AS.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke