Seremban 26 Feb Lebih 3000 orang telah menghadiri majlis ceramah sempena Majlis Pelancaran Tabung Bangunan PAS N.Sembilan malam tadi yang diadakan di Markas PAS Cawangan Ampangan. Suasana pada malam tadi menggambarkan kebangkitan Islam di negeri ini. Malah kebangkitan umat Islam pada kali ini adalah lebih hebat daripada sebelumnya memandangkan rasa ketidakpuasan umat Islam masa kini diatas isu penghinaan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dimana dalam negara Malaysia sendiri terdapat pelbagai pihak yang secara tidak langsung turut melakukan penghinaan terhadap Nabi saw serta umat Islam antaranya akhbar Sarawak Tribune, Guang Ming Daily, New Straits Times serta isu pekerja wanita yang tidak dibenarkan bertudung oleh sebuah hotel ternama di Malaysia.
Antara yang hadir memberikan ceramah pada malam tadi ialah YB Dato Seri Hj Abd Hadi Awang Presiden PAS, Dato Dr Hassan Ali Naib Presiden PAS, Dr Hatta Ramli Bendahari PAS Pusat, Dr Badrul Amin Baharon dari Parti Keadilan Rakyat serta Dr Rosli Yaakop Pesuruhjaya PAS N.Sembilan. Dato Seri Hj Abd Hadi Awang menegaskan dalam ceramah beliau betapa lemahnya kerajaan Malaysia sekarang ini menangani kes penghinaan Nabi Muhammad saw jelas terbukti tatkala masjid-masjid di seluruh dunia termasuk masjid di Mekah dalam khutbah mereka membicarakan isu karikatur penghinaan terhadap Nabi saw sedangkan masjid-masjid di Malaysia hanya membicarakan isu lain dalam khutbah yang tiada kaitan dengan isu karikatur penghinaan. Dalam pada masa yang sama Hj Abd Hadi juga menjelaskan ketika UMNO pada hari ini membuat perarakan sempena memperingati Dato Onn Jaafar di Batu Pahat , Johor, rakyat Malaysia khususnya orang UMNO sendiri lupa bahawa Dato Onn Jaafar sendirilah yang pada akhirnya yang menentang UMNO. Menurut Hj Abd Hadi PAS sentiasa mengenang jasa pejuang bangsa dan negara. Ini adalah kerana apabila Dato Onn Jaafar keluar daripada UMNO dan menubuhkan Parti Negara lalu bertanding dalam pilihanraya umum di Johor Bharu pada tahun 1955 Dato Onn telah kalah. Lalu pada pilihanraya tahun 1959 PAS telah memberi laluan kepada Dato Onn Jaafar untuk bertanding di kubu kuat PAS ketika itu iaitu di Kuala Trengganu lalu Dato Onn telah memenangi kerusi tersebut. Inilah menurut Hj Hadi sejarah yang sering dilupakan oleh rakyat malah orang UMNO sendiri. Lebih RM 8000 telah berjaya dikutip pada malam tadi semasa pelancaran tabung bangunan markas PAS N.Sembilan. Mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan markas PAS N.Sembilan ini bolehlah berhubung terus dengan Sdr Zulkefly Mohamad Omar Setiausaha Badan Perhubungan PAS N.Sembilan di talian 019-2818816. Sementara itu Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan juga menyeru kepada semua umat Islam di negeri ini untuk menghadiri Protes Aman membantar penyiaran karikatur Nabi Muhammad saw yang akan diadakan selepas solat Jumaat 3 Mac di Masjid Jamek Ampangan, Seremban. Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com Untuk menyertai forum PAS N.Sembilan sila klik sini http://groups.yahoo.com/group/pasn9 Untuk maklumat lanjut sila hubungi : Lajnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Ampangan, Seremban Tal : 013-3426346 e-mel : [EMAIL PROTECTED] MEMBANGUN BERSAMA ISLAM __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
<<attachment: Pic_0025.jpg>>
<<attachment: Pic_0027.jpg>>
<<attachment: Pic_0033.jpg>>
