Saudara,
 
Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu
Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef
menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan
MAS  yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk
sembilan bulan pertama 2005.  Abang PM kita jual
sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30
setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?
 
Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan
lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat
sebanyak RM300.0 Juta. 
 
Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama
Patrick Lim dan kekawannya termasuk  Khairy Jamaludin
menantu Perdana Menteri.  Perlumbaan kapal layar tak
sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta. 
Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang
yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.
 
Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang
sabsidi minyak di potong dan harga minyak nail 30 sen
satu liter.
 
Telekom Malaysia pula  rugi lebih RM700 Juta duit
rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat
telekom German ia itu Deutsche Telekom. Terpa ksa
bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak
tahu buat kontrak. 
 
Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi
minyak. 
 
Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi
balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang
pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala
Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang
sekeluarga.  
 
Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang
tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.
 
Sekarang de ngan harga minyak yang sudah naik, 
belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala
Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta
Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja
makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi
sekeluarga enam orang tambah lagi RM40.  Ini bermaksud
jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik
dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM300. 
 
Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga
minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak
di Malaysia tapi di Thailand tak ada  bayar tol.  
 
Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100
batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong
tanpa bayar TOL (bukan empat lorong ma cam Lebuhraya
Utara Selatan kita).   
 
Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda
Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah
daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. 
Inilah kelebihannya di Thailand- tak ada AP di sana. 
 
Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang
perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250
sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000
sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal
sebagai "AP King".  Rasuah AP ini telah berlanjutan
selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang
terpaksa tanggung rasuah AP ini.
 
Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual
dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga
RM110,000 di Malaysia.   Rakyat Malaysia rugi.
Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang
- maka potonglah sabsidi minyak. Maka naik lah harga
minyak 30 sen satu liter.

 
Saya minta sila sebarkan maklumat ini kepada seberapa
ramai orang yang kita kenali.  Maklumat ini elok di
jadikan sepanduk dan kain rentang untuk di kibarkan
pada Hari Jumaat ini. Semoga Tuhan kita akan
melindungi rakyat Malaysia yang bersusah payah
daripada kejahilan dan kerakusan tamak haloba
Kerajaan. 
 
Sekian. Salam.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke