Assalamu'alaikum warahmatullahi wabaraktuh.
 
Kepada Puan Hasmaina dan mereka yang berfikrah sama: Apa yang di hantar oleh seorang muslim merupakan satu kebenaran yang anda tidak dapat menerima kerana sokongan membuta tuli kepada pemrintah. Bukalah sedikit mata anda akan kesusahan yang menimpa kepada rakyat berpendapatan rendah. Jangan dilihat kepada mereka yang berpendapatan sederhana atau tinggi.
 
Argument anda: jangan nak bandingkan negara lain dengan negara kita,
 
Jika benar pendirian itu, mengapa yang sebaliknya pula pemerintah mencanang: kos minyak kita antara yang termurah di kalangan negara Asean ?(Bermakna perbandingan telah dibuat). 
 
Atau adakah kenyataan pemerintah ini hanya satu gimmick untuk mengaburi mata rakyat seperti anda. Dan apabila perbandingan sebenar dibuat pemerintah dan sejenis anda menyatakan sebaliknya pula: jangan nak bandingkan negara lain dengan negara kita?
 
Yang mana harus kami terima: Buat perbandingan atau jangan buat? Kenyataan pemerintah dan juga Najib membayangkan agar dibuat perbandingan. Anda pula kata jangan. Jika anda sendiri tidak boleh setuju dengan pemerintah Malaysia, bermakna anda membangkang. Jika anda membangkang, bermakna anda juga 'x sedar dek untung.........' seperti mana yang anda melaungkan sendiri di bawah.
 
Terima kasih.
 
 
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
SDahij



From: hasmaina farazura <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: tipah - Kesan Kenaikan Harga Minyak

Bgtau kat penulis ni, jgn ckp byk ler.kalau x puas hati buat ler sendiri.
 
pandai2 ler berjimat.
 
fikir jugak ler aper yg kerajaan tanggung
 
jgn nak bandingkan negara lain dgn negara kita.
 
lain negara lain pentadbirannya.
 
suruh dia duduk kat thailand tuh.silap2 hari bulan mati kena bom plak.
 
x sedar dek untung.........

seorang muslim wrote:
Saudara,
 
Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS  yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan bulan pertama 2005.  Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?
 
Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.
 
Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk  Khairy Jamaludin menantu Perdana Menteri.  Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta.  Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.
 
Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di potong dan harga minyak nail 30 sen satu liter.
 
Telekom Malaysia pula  rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu Deutsche Telekom. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu buat kontrak.
 
Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi minyak.
 
Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga. 
 
Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.
 
Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik,  belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40.  Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM300.
 
Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada  bayar tol. 
 
Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).  
 
Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia.  Inilah kelebihannya di Thailand- tak ada AP di sana.
 
Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal sebagai "AP King".  Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini.
 
Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia.   Rakyat Malaysia rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang - maka potonglah sabsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.

 
Saya minta sila sebarkan maklumat ini kepada seberapa ramai orang yang kita kenali.  Maklumat ini elok di jadikan sepanduk dan kain rentang untuk di kibarkan pada Hari Jumaat ini. Semoga Tuhan kita akan melindungi rakyat Malaysia yang bersusah payah daripada kejahilan dan kerakusan tamak haloba Kerajaan.
 
Sekian. Salam.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke