Semua dijemput hadir ke Kuliah Ruhaniyyah yang akan mengupas Kitab al Hikam ibn Ata'illah al Sakandari.

Pengkuliah :

Al Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi ZamZam
Al Banjari An Nadwi Al Maliki

Tarikh : 7 Mac 2006 (Selas)
Waktu : Selepas Solat Maghrib (Maghrib Bersama)


Tempat : Surau Anjung Rahmat
Kompleks Anjung Rahmat
Tingkat 3, Bt.6, Jln Gombak, Kuala Lumpur


Semua dijemput hadir!

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat ABIM Pusat di talian 03- 61880300 atau Sdr. Mohamad Raimi - 019 3825762

Pengenalan Kitab


Kitab al Hikam yang dikarang oleh Syeikh Ibn Ata’illah al-Sakandari (709H/1309H) adalah merupakan kitab tasawwuf yang tidak asing di dalam dunia Melayu semenjak dahulu lagi. Ia merupakan kitab yang mempunyai maksud yang dalam dan jarang orang yang dapat menghuraikannya kecuali mereka betul-betul memahami uslubnya.

Oleh kerana manfaat kitab ini begitu besar kepada umat Islam, ia telah diulas oleh begitu ramai ulama’sehingga ke zaman kita ini. Di dalam Kitab al- Hikam yang diulas oleh Syeikh Said Hawa ini, gaya ulasan beliau adalah mudah dan senang difahami. Beliau mengaitkannya dengan uslub haraki. Ini tidak hairan memandangkan beliau sendiri adalah seorang pemimpin gerakan Ikhwan al-Muslimin di Jordan. Dalam ulasan kitab al-Hikam ini, beliau turut menjelaskan kekeliruan faham sesetengah kalangan terhadap isi kandungan kitab al-Hikam ini dan kegagalan mereka menjelaskan maksudnya yang sebenar.
al-Fadhil Ustaz Fahmi Zam Zam mensyarahkan hikam berdasarkan kepada kitab yang disusun oleh al-Marhum Sheikh Sa'id Haawa bertajuk Mudzakiraat fi Manaazilis Siddiqin wa Rabbaniyyin.

Kitab arab ini telah diterjemahkan dan ada dijual dipasaran bertajuk Syarah al-Hikam Ibn 'Athoillah as-Sakandari - Mencapai Maqam Siddiqun dan Rabbaniyun. Terbitan Pustaka Dini.

Syarah Hikam oleh Sa'id Hawwa ini, beliau susun dengan mengambil syarah-syarah kitab hikam seperti:
- Iqazul Himam oleh Ibn 'Ajibah
- Ghaisul Mawaahibil 'Aliyyah fi Syarh Hikam al-'Atho'iyyah oleh Ibn 'Abbad
- al Manh al–Qudsiyyah ‘ala al–Hikam al–Atho’iyyah oleh Syeikh Abdullah al - Hijazi al – Syarqawi
disamping catatan pelajaran dari gurunya iaitu Sheikh Muhammad al-Hamid al-Kholidi an-Naqsyabandi.

Wallahu a'lam.
 

Biodata Pengkuliah

Yang Berbahagia Ustaz Fahmi Zam-Zam al-Banjari Al Nadwi Al Maliki merupakan Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan Pasentren Yasin di Warateweh, Kalimatan, Indonesia. Selain itu, beliau juga merupakan tenaga pengajar di Maahad Tarbiah Islamiah di Derang, Pokok Sena, Kedah.

Antara guru-guru beliau yang mashyur ialah ulama’ besar India, Almarhum Syeikh Abul Hassan Ali Alhasani An-Nadwi dan ulama’ besar Makkah Alhamarhum Sayyid Muhammad ‘Alawi al Maliki al Hasani. Beliau juga aktif menulis dan telah menyusun beberapa buah buku diantaranya; Siri 40 Hadits - Akhlaq Mulia, Penawar Hati, Kelebihan Ilmu dan Ulama’, Peristiwa Akhir Zaman, Kiamat Hampir Tiba, buku Nasihat Ya Bunayya! serta bibliografi Sejarah Hidup Almarhum Syeikh An-Nadwi dan Almarhum Syeikh Muhammad al Maliki.


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete
untuk keterangan lanjut


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke