Tudung labuh ciri wanita solehahMERUJUK kepada laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25 Februari, 2006 bertajuk Gagal patuhi standard, tudung 65 pelajar digunting adalah suatu tindakan keterlaluan pihak sekolah kepada pelajar. Tudung adalah pakaian wajib wanita Islam. Cara pemakaiannya adalah terserah kepada individu untuk memilih fesyen yang mereka sukai. Pakaian tudung yang afdal ialah pemakaian tudung yang labuh. Adakah wajar tindakan pihak sekolah terbabit memandangkan negara Malaysia adalah negara umat Islam dan mengamalkan sistem pemerintahan berdemokrasi? Adakah tindakan tersebut menunjukkan bahawa pihak sekolah `anti' kepada pelajar memakai tudung labuh? Saya sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan sekolah terbabit kerana tindakan itu menggambarkan mereka telah menghina ajaran Islam. Mereka seolah-olah tidak tahu bahawa pemakaian tudung labuh adalah suatu ciri wanita solehah. Sekiranya tindakan sebegini dilakukan di negara Barat, ia tidak menjadi masalah kerana sememangnya mereka anti kepada Islam. Tetapi malangnya tindakan ini dilakukan oleh rakyat Malaysia beragama Islam. Adakah pihak sekolah terbabit tidak mahu bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperjuangkan konsep Islam Hadhari? Jelas, tindakan pihak sekolah terbabit adalah suatu tindakan yang tidak hadhari (bertamadun). Saya berharap rakyat Malaysia memerhatikan isu ini secara serius kerana institusi sekolah berperanan melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut rohani dan jasmani dan sentiasa memerhatikan soal-soal yang berkaitan dengan hari akhirat. Pahala dan dosa sememangnya perlu diambil berat oleh setiap Muslim supaya mereka mendapat keredaan Allah s.w.t. - MOHD. MURSYID, Petaling Jaya, Selangor. Moderator
Hidayahnet
Group Information
hidayahnet ยท eGroup For Muslims Ummah
(Malay-based)
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay. {Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125) -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|
