SETUJU PROTES SENYAP
 
Kalau difikirkan secara singkat tindakan ini bukan satu pendekatan yang sesuai bagi umat Islam di rantau lain. Tapi di Malaysia, umat Islam mempunyai ciri-ciri yang perlu melambangkan umat Islam berhemah tinggi. Sifat Islam sebenar, merusuh bukan cara yang boleh memberi kesan yang terbaik. Boikot aman amat membimbangkan kerajaan, protes senyap lebih merunsingkan kerajaan.
 
Bukan cara meluahkan kemarahan itu hanya merusuh.. tapi cara kerajaan Malaysia menyelesaikan isu minyak tidak boleh lagi dibanggakan..  
 
Mungkin pertemuan dengan Menteri Iran, boleh memberi manfaat kepada Malaysia bagi mengatasi isu Minyak negara ( itupun kalau Malaysia mampu ). Iran menghadapi sekatan antarabangsa yang diketuai oleh Amerika, tetapi tetap mendapat sokongan dari kuasa negara lain iaitu China dan Rusia. Persoalannya sekarang, Bolehkah Malaysia...?? 
Pelik Nyer Malaysia
 
Kita ada Proton, kita ada Petronas, Petronas berjaya hasilkan gas asli ( NGV ). Tetapi macam tak ada hasil kerjasama Proton untuk menghasilkan kereta yang mengunakan gas asli secara komersil. Mungkin, kerana Petronas belum dapat sediakan gas asli ke semua stesen di seluruh tanah air.
 
Gas asli keluaran negara lebih murah dari petrol.. jadi, gas asli memang dapat memberi manfaat dan memenuhi keperluan kepada rakyat Malaysia. Dimana masalah utama.. Kerajaan..?? Rakyat..?? Syarikat-syarikat besar di Malaysia..?? atau dah memang mentaliti orang di Malaysia macam tu..?? 
 
Nak marah Kerajaan tak boleh, nak salahankan syarikat-syarikat besar di Malaysia lagi tak boleh.. jadi siapa nak kita salahkan..?? Kita kena cari alternatif lain bagi mengatasi isu minyak negara, contoh.. memperluaskan penggunaan gas asli.
 
Siapa nak berjimat-cermat boleh bertukar kepada kereta gas asli, sebut saja tukar kereta semua melenting ( fikir apa kebaikan untuk anda ).. 
 
Harap sesuatu yang terbaik dari kerajaan Malaysia untuk rakyat...
Harap sesuatu yang terbaik dari rakyat untuk rakyat... 
Harap sesuatu yang terbaik dari anda untuk rakyat...
 
Sokong Protes Senyap...!!
 
 
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
 
(Tulisan ini untuk kategori gaji 2k++ kebawah tanpa bantuan isteri bekerja sahaja)
 
Sangat baik sekali cadangan ini, tetapi kurang sesuai untuk rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia memang sudah lama pun senyap. Kalau protes senyap, bertambahlah senyap.
 
Bila aku katakan macamni, orang akan kata 'meniup api kemarahan'.
Kalau protes 'bising' , kena belasah.
 
Oleh tu terima sahaja, apa yang nak dibuli oleh kerajaan kita. Belasahlah sampai puas, bila kita dah jadi papa, kita masih ada harapan untuk masuk program 'Bersamamu' TV3. Kita sorokla dulu wira ke iswara kita yang tak bayar 3 bulan tu kat belakang rumah. Pastu makanlah belalang ke, daun2 kayu ke..(siput babi dah ada orang pakai).
 
Wassalam

[EMAIL PROTECTED] wrote:
Kepada rakyat Malaysia yang tidak kisah atau tidak
terjejas dengan kenaikan harga minyak tidak perlu
melakukan PROTES SENYAP ini.

Kepada rakyat Malaysia yang merasakan mereka terjejas
akibat kenaikan harga minyak, kenaikan tarif air,
kenaikan cukai tanah, kenaikan tarif elektrik,
kenaikan tambang bas dan bermacam lagi kenaikan ini
bolehlah melakukan PROTES SENYAP untuk menunjukkan
bantahan serta sokongan terhadap rakyat yang terjejas
akibat kenaikan pelbagai kemudahan asas rakyat.
Bukannya sokongan kepada pembangkang.

Apakah dia PROTES SENYAP ?

Protes Senyap ialah dengan anda tidak menghadiri
sebarang acara, program, perhimpunan yang dianjurkan
serta dihadiri oleh Menteri-Menteri, Wakil Wakil
Rakyat, Wakil Wakil Parlimen. Dalam erti kata lain
anda memboikot sebarang majlis yang dihadiri oleh
mereka ini.

Ini adalah kerana setiap kali perhimpunan serta
program seperti ini diadakan akan membelanjakan banyak
wang untuk menganjurkan program tersebut, dari
promosinya dalam televisyen , dalam akhbar.
Perbelanjaan pengangkutan untuk mengangkut ribuan
hadirin serta makan minum mereka. Pentas, muzik,
bayaran artis dan banyak lagi.

Sekiranya mereka ingin membantu orang susah, tak perlu
susah-susah mereka buat program besar-besaran.
Bersusah payah orang susah nak datang, bersiap dengan
pakai baju cantik sedikit. Biar mereka ini Pak
Menteri, Wakil Rakyat turun ke padang tanpa perlu
escort dan pengiring (ini semua membazir wang
pengiring), jumpa terus dengan rakyat.

Inilah dia PROTES SENYAP. Kalau Menteri dan Wakil
Rakyat nak jumpa rakyat, mereka sendiri yang kena
turun jumpa rakyat. Bukannya kumpulkan budak-budak
sekolah , budak-budak universiti tengah matahari
terik.

Lakukan PROTES SENYAP untuk menunjukkan kesengsaraan
anda akibat kenaikan pelbagai harga minyal dan
lain-lain.

Semalam pun dah ada Pak Menteri cadangkan kepada
rakyat kongsi kereta. Kepimpinan melalui tauladan.
Kita nak tengok Pak Menteri pergi mana-mana program
lepas ni jangan lagi pakai pengiring polis, membazir
minyak. Kita nak tengok lepas ni PM, TPM, Samy Vellu
dan Ong Ka Ting pergi pejabat naik satu kereta, kongsi
kereta. Dan mereka ni mesti pakai kereta guna gas NGV
untuk jimat minyak. Dengan ini lebih banyak duit
subsidi boleh jimat dan boleh bina lebih banyak MRR2,
lebih banyak MARTRADE, lebih banyak Hospital Kulat,
lebih banyak Bumbung Makmal Komputer Mudah Roboh dan
sebagainya. Semua ini untuk kemudahan rakyat.

Tapi kalau anda rasa tak terjejas dan dikelilingi oleh
golongan mewah, tak perlu risau jiran tetangga yang
kelaparan tak perlulah lakukan PROTES SENYAP ini.
Teruskanlah bercita-cita untuk makan apa hari ini, nak
melancong mana minggu depan, nak tukar kereta apa
bulan depan, nak hantar anak belajar universiti mana
tahun depan.

Atau kalau nak pergi DEMONSTRASI AMAN, bolehlah pergi
ke KLCC Jumaat ini jam 2 ptg, diperkarangan KLCC untuk
membantah kenaikan harga minyak.


Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com

Untuk menyertai forum PAS N.Sembilan sila klik sini http://groups.yahoo.com/group/pasn9

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Lajnah Penerangan dan Dakwah
Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan
Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Ampangan, Seremban
Tal : 013-3426346
e-mel : [EMAIL PROTECTED]

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Mail
Use Photomail to share photos without annoying attachments.


Yahoo! Mail
Bring photos to life! New PhotoMail makes sharing a breeze.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke