Tidak kutuk kebiadaban Barat dianggap ‘mati hati’ - Jemaah Tabligh PDF Cetak
Fri | Mar 03, 06 | 05:43:42 PM
Oleh mj
KOTA BHARU, 3 Mac (Hrkh) – Kumpulan jemaah Tabligh menganggap umat Islam yang tidak mengambil pendirian membantah kebiadaban akhbar di Denmark dan negara Barat  mempersendakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'mati hati'.
Jurucakapnya, Nik Ahmad Raja Abdullah berkata, umat Islam di seluruh dunia patut peka apabila ada pihak mempersendakan Rasulullah s.a.w melalui karikatur yang dipamerkan akhbar di Barat dan negara ini sendiri.
“Setiap orang Islam tidak boleh berkecuali sekiranya mereka sayangkan agama,” katanya pada ucapan membantah kebiadaban akhbar menyiarkan karikatur menghina Rasulullah s.a.w.
Ribuan penduduk termasuk dari Gua Musang, Jeli dan seluruh jajahan di Kelantan hadir bagi membantah kebiadaban akhbar dalam isu tersebut. Pelbagai sepanduk dipamerkan sebagai menyatakan bantahan.
Selain itu, mereka juga menyatakan kekesalan terhadap kerajaan menaikkan harga minyak 30 sen seliter baru-baru ini, yang dianggap cukup membebankan penduduk miskin. Mereka menyertai demontrasi aman selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi. Selain itu mereka turut menurunkan tandatangani pada sepanduk membantah kenaikan harga minyak.  
Demontrasi kali kedua itu diadakan di Kota Sultan Ismail Petra yang merupakan destinasi utama pelancong asing di Kelantan. Kali pertama diadakan di Jalan Dato’ Pati Febuari lalu. Semalam demontasi serupa diadakan di Bandar Pasir Puteh.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan berkata, umat Islam tidak pernah mengusik rumah ibadat orang bukan Islam kerana agama melarang berbuat demikian.
“Kita sayangkan keamanan, namun ada pihak termasuk akhbar di negara ini sendiri yang turut memainkan sentimen sama bagi mempersendakan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu kita perlu menggunakan kuasa yang ada memboikot produk mereka,” ujarnya.  
Seorang penduduk berkata, orang Umno tidak akan datang ke tempat perhimpunan bagi membantah pihak yang mempersendakan Islam kerana mereka tidak peka terhadap agama sendiri.
Ketua Angkatan Muda PKR, Zamankhari Ibrahim berharap kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan Denmark dan negara-negara Barat yang mempersendakan penghulu segala Nabi.
Turut berucap pada perhimpunan itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, Ketua Dewan Muslimat, Senator Siti Zailah Mohd Yusof dan wakil dari Dewan Ulamak PAS, Ustaz Abdullah Abdul Razak serta Ustaz Hassan Mohamood.
Di akhir perhimpunan Takiyuddin membakar patung George W Bush dan bendera Denmark. Seorang lagi wakil Dewan Ulamak, Ustaz Hussin Ibrahim turut mengepalai bacaan doa di hujung perhimpunan.
Hadir sama penduduk India Muslim dan kaum Cina sebagai menyokong bantahan yang dibuat. Anggota polis berpakaian seragam juga banyak kelihatan.  


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke