Kenyataan Media JIM: Kenaikan Harga Minyak: Ada
Sesuatu yang Tidak Kena
2006-03-08 
http://www.jim.org.my/module2.php?module=beritapil&id=1
Kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen berkuatkuasa
pada 28 Februari 2006 adalah kenaikan mendadak yang
sangat mengejutkan. Ini merupakan peratus kenaikan
tertinggi dalam ingatan. Kenaikan besar ini amat
membebankan. Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan
yang pasti menyusul, walau apa amaran kerajaan,
menambah kesusahan kepada rakyat khususnya golongan
berpendapatan rendah. Mengumumkannya pada jam 10.30
malam sebelumnya, bagaikan aksi musang yang takut
berhadapan dengan natijah tindak-tanduknya. Rakyat
tidak wajar diperlakukan begini. Ia hanya menambah
kemarahan rakyat. Selepas ini kadar caj air dan tarif
elektrik pula akan dinaikkan.

Penegasan kerajaan bahawa penjimatan dari pengurangan
subsidi akan digunakan untuk membiayai projek
pembangunan terutamanya mempertingkatkan sistem
pengangkutan awam, tanpa sebarang pembutiran projek,
amat pelik. Ia mendedahkan cara perancangan secara
runcit yang membimbangkan. Apa sudah jadi dengan
perancangan strategik dan perancangan jangka panjang?
Mungkinkah kerajaan akan menjelaskan kenaikan tarif
elektrik untuk memperbaiki sistem pengagihan
(distribution) atau caj air untuk mengganti sistem
paip yang usang? Ke mana perginya keuntungan sebelum
ini. Takkan rakyat juga dibebankan dengan perbelanjaan
modal (capital expenditure) industri yang telah
diswastakan?

Secara tidak langsung cara dan masa (timing) tindakan
kerajaan ini merupakan pengakuan bahawa kerajaan
menghadapi masalah kewangan dan ekonomi negara semakin
buruk. Mungkin juga ini merupakan langkah awalan
kepada tindakan-tindakan yang lebih pahit. JIM
mengesyorkan supaya kerajaan mendidik rakyat dengan
menjelaskan hakikat yang sebenarnya. Kerajaan yang
tulus akan lebih dihormati oleh rakyat. Tindakan
bermuslihat akan membuat rakyat merasa tertipu dan
menjadikan mereka sinis terhadap kerajaan.

Saranan TPM agar rakyat mengubah gaya hidup,
berbelanja dengan berhemah dan mengelakkan pembaziran
merupakan saranan yang baik. Rakyat akan memerhati
perubahan gaya hidup para pemimpin untuk diteladani.

Bagaimanapun kerajaan harus konsisten, teori ekonomi
mana yang digunakan, kerana beberapa tahun yang lalu
kerajaan berhujah menggalakkan rakyat berbelanja untuk
menggiatkan ekonomi (consumer-driven growth).

Langkah-langkah memerangi rasuah dan membenteras
penyelewengan perlu diusahakan dengan gigih oleh
kerajaan. Kedua-dua unsur ini, bukan sahaja merupakan
jenayah dan amalan jelek lagi berdosa, tetapi juga
meningkatkan kos dan kemungkinan kegagalan.
Kebelakangan ini terlalu banyak projek yang gagal
seperti keretakan kepada jambatan Lebuhraya Lingkaran
Tengah (MRR2) (RM40 juta untuk kos pembaikkan) dan
bangunan MATRADE (kos asalnya RM167 juta telah
melonjak ke RM287.5 juta). Kerajaan perlu lebih telus.
Tidak ada sebab yang munasabah mengapa harga, proses
dan pemberian projek yang dibiaya dengan duit rakyat
dihalang daripada pengetahuan rakyat.. Tanpa ketelusan
rakyat akan berpandangan bahawa projek-projek kerajaan
disalurkan kepada kroni-kroni dengan harga yang
ditinggikan (inflated).

JIM berpendapat Malaysia sebagai sebuah negara yang
kaya dengan sumber alam seharusnya boleh membela
kebajikan dan kepentingan rakyat sekiranya khazanah
kekayaan negara dapat diuruskan dengan adil, amanah,
telus dan bertanggungjawab. Bukankah semua ini
merupakan amanah Tuhan yang akan dipersoalkan kelak?

JIM juga ingin menegaskan bahawa tidak ada konsep
“wang kerajaan” kerana semua wang dan aset yang
dipegang oleh kerajaan adalah harta rakyat yang
diamanahkan kepada kerajaan.

Oleh itu JIM menggesa kerajaan:

1. Membelanjakan sumber alam dan wang rakyat dengan
memberi keutamaan kepada kepentingan umum dan
kepentingan rakyat yang daif;

2. Mengelak pembaziran dan memastikan harga projek
tidak dilambungkan berlipatganda dibanding cadangan
pakar perunding. Perjanjian-perjanjian yang merugikan
rakyat seperti pembelian elektrik dari IPP hendaklah
dikaji semula;

3. Menjadikan proses pemberian projek lebih telus
serta memastikan maklumat penerima boleh diakses oleh
rakyat;

4. Memerangi amalan rasuah dengan menggunakan apa jua
kaedah termasuk sting operation;

5. Menggalakkan pendedahan penyelewengan dalam
pentadbiran awam dengan meminda Undang-undang (seperti
Akta Rahsia Rasmi) dan peraturan-peraturan yang
berkaitan; dan

6. Menubuhkan suruhanjaya-suruhanjaya bebas untuk
menyiasat semua projek-projek besar yang gagal
(seperti jambatan MRR2) atau yang gagal disiapkan.

Pengamatan menimbulkan satu persoalan yang menarik;
apakah banyaknya masalah-masalah yang melibatkan
kerajaan dan rakyat semasa kepemimpinan YAB Dato’ Seri
Abdullah Ahmad Badawi merupakan kitaran tabii ekonomi,
nasib tak baik YAB atau ada usaha-usaha berniat?


Zaid Kamaruddin
Presiden
Selasa 7 Mac 2006  
 

 



     Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  "Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau 
kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya"
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke