Assalamualaikum,
 
Saudaraku yang dihormati,
 
Isunya bukan SIAPA yang memerintah. Isunya ialah siapa yang akan memerintah dengan hukum syarak (secara KESELURUHAN). Kalau BA memerintah masih dengan sistem pemerintahan sekular-kapitalis, masih berkiblatkan Perlembagaan Persekutuan yang diadun dari British Common Law, ia tak akan selesai. Apa yang bakal berlaku ialah hanya pertukaran angka-angka sahaja. Antum boleh buat simulasi bagaimana ia boleh berubah dengan meletakkan formula-formula. Sumber masukan pendapatan (income) dan perbelanjaan (expenditures) masih di takuk yang sama. Antara sumber pendapatan utama negara masih dari kutipan cukai juga (Tahun Taksiran 2004 LHDN kutip RM58 bilion). Sedangkan, di dalam Daulah Islamiyyah - cukai hanya dikutip sekiranya sumber kewangan Baitulmal berada di tahap kritikal yang tak dapat memenuhi keperluan asasi rakyat seperti pendidikan, kesihatan, dsb dan ia hanya dikutip dari orang-orang kaya sahaja. Jika hanya kerajaan bertukar tetapi masih dengan acuan yang sama, sistem yang sama, jika tidak ada kronisme, nepotisme, rasuah dll - adakah pasti agihan kekayaan (distribution of wealth) menurut hukum syarak? Sekadar tutup Carlsberg, Magnum 4D, TOTO dan yang sejenisnya tak akan menyelesaikan masalah sosial lain jika tidak ada hukum Allah in place. Apa jaminan kes spt pembunuhan adik Syafiqah tak berulang? kes pengguguran haram di kalangan remaja/siswi IPTA/S tak berulang? Kes Black Metal selesai? Murtad? Nyonya Taher? Apa jaminan tiada pembaziran dilakukan seperti promosi batik dan songket apabila ujud rakyat yang tak cukup kain untuk menutup aurat mereka illa maa zahara minha (kecuali yang biasa nampak darinya).
 
Disamping itu, memerintah dengan hukum syarak bukan satu pilihan. It is not an OPTION. Ia adalah perintah. Apabila hukum telah jatuh, kita tidak boleh ajak orang lain angkat tangan ramai-ramai untuk laksanakannya. Contoh: Apabila telah tergelincir matahari, waktu zohor telah masuk. Tak perlu berunding samada nak solat zohor atau tidak kerana telah ada perintah aqimussolah..dirikanlah solat. Cara untuk solat pun telah ditunjukkan Rasulullah (sollu kama ro'ai tumuuni usolli ~ solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku melaksanakannya).
 
Muslimin Muslimat yang dikasihi,
 
Sesuatu yang amat penting juga untuk direnungkan. Isu utama bukan sekadar beberapa sen yang jadi masalah. It's not the 30-sen issue. Isu vital ialah tidak adanya Hukum Islam secara Total. Idkhulu fiisilmi kaffah. Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan. Itu yang kita perlu kejar. Jika hanya isu 30 sen yang selesai, isu lain pi mai pi mai dok tang tu juga. Ibarat orang sakit TB (tuberculosis) tetapi kita dok bagi Breacol sebab kita nampak pesakit terbatuk-batuk - penyakit tak akan sembuh sebab dia bukan batuk biasa tetapi ada benda berat dan kronik di paru-parunya. Penyakit yang perlu diubat. Bukan mengubat " sign & symptoms". Kita bukan sekadar mahu pemerintah tak naikkan harga sesuka hati, tetapi kita mahu pemerintah yang jadikan alquran dan sunnah sebagai rujukan dalam semua urusan. Bukan sekadar janji RM4.4 bilion akan improve kan kualiti pengangkutan !
 
Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudia mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadao putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya (an-Nisa:65)
 
Fahkum bainahum bima anzalallah - maidah 48
Wa anihkum bainahum bimaa anzalallah - maidah 49
 
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,
 
Jika telah tumbuh benih-benih kesedaran dalam minda kita bahawa we ought to do something, biarlah ia yang betul kerana Allah jadikan kita bukan hanya untuk melakukan ibadah ritual sahaja tetapi untuk melihat siapa yang terbaik amalannya (liyabluwa kum ayyukum ahsanu amala). Bukan hanya nak selesai atau tutup satu lubang, lubang-lubang lain masih terpelohong. Ia bukan satu kerja mudah terutamanya jika umat Islam sendiri masih ragu-ragu bahawa islam yang diturunkan kepada Muhamad Salallahu Alayhi Wasallam itu mampu menyelesaikan semua masalah manusia. Cukup. Perfect. Alyauma akmaltu lakum deenukum (maidah:3).
 
Jika dalam diri kita atau orang-orang yang disekeliling kita especially yang dalam lingkungan dibawah jagaan/kawal-seliaan kita masih teraba-raba 'apa itu Islam' , maka kita kenallah Islam itu dulu. Bak kata Aziz Desa, yang jauh (dari Islam) didekat-dekatkan. Yang dekat (dah kenal sikit) dimesra-mesrakan (mantapkan ilmu/tsaqafah Islam). Yang mesra diserasi-serasikan (buat/laksana dalam kapasiti yang termampu dan mendakwahkannya pada orang lain). Biar semua umat Islam rindu pada Islam. Rindu melihat hukum syarak lebih dari sekadar Rang UUKI. Lebih dari sekadar nasyid-nasyid atau masjid yang cantik-cantik. Biar umat Islam membincangkan Islam dalam aspek lebih global, bukan hanya bincang isu taharah, isu doa untuk mayyit tetapi disamping membincangkan hal-hal kecil spt isu bid'ah, umat Islam juga bincang isu besar. Bagaimana menghadapi ancaman halus (murtad, pemikiran sekularis, black metal, just to name a few). Realiti menyedihkan bukan sekadar "pinggan retak, nasi dingin" (dalam Bersamamu) tetapi jalanraya/jejambat juga retak dan air paip bau busyuk!
 
Inna deena indallah al-Islam - Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah adalah ISlam. Bila kita telah menerima Islam sebagai agama, ambillah seluruh Modul. Ambil semua Pakej.
 
Ingatlah, Islam yang dibawa Nabi Muhammad tidak ada hidangan 'ala carte'.
 
Wallahu 'alam.
 
CM - Masa belajar subjek Public Sector Accounting, terkulat-kulat sebab tengok ada single entry aje.. rupa-rupanya sistem ekonomi kapitalis lebih dari sekadar cuba mengubati scarcity of resources tetapi ia adalah manifestasi " survival of the fittest" apabila akal manusia menjadi sumber hukum syarak, bukan digunakan untuk memahami hukum syarak kerana hukum Islam itu malar hijau (ever green) dari dulu, kini dan selamanya.
 
On 3/3/06, AlwiAli <AlwiAli> wrote:
Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia terutama penyokong BN supaya menjadikan ia sebagai garis permulaan untuk menukarkan kerajaan baru. Berilah peluang kepada BA untuk memerintah. Janganlah beranggapan sesiapa yang memerintah sama aje..ini lah yang tak betul. BN makin parah rakyat terus merana. berilah peluang BA untuk memerintah untuk satu penggal dan lihatlah, timbanglah, fikirlah, dan lah dan lah...
takbir!takbir!takbir.
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…


Malam kelmarin (Isnin), ketika dalam bas ekspres menuju ke Kerteh, tiba²
saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari abang saya. "Dik, engkau
dekat mana?" "Dalam bas on the way ke kerteh. Ada apa?" Tanya saya. Bimbang
juga jika ada apa² berlaku. "Tak. Kawan aku dari Petronas beritahu aku.
Harga minyak akan naik lagi esok. 30 sen. Aku ingat kau di rumah. Bolehlah
isi minyak penuh² malam ini."

Saya tersenyum mendengar kata² abang saya. Bukan apa. Kadang kala abang
saya begitu mudah terpengaruh dengan khabar angin. Selalunya apabila harga
minyak hendak naik, kita akan dengar kekecohan di sana sini terlebih
dahulu. Ini tiba² pula. Tidak ada hujan, tidak ada angin, takkanlah tiba²
hendak ribut pula. Namun kemudian, saya tetap menelefon ayah saya meminta
dia mengisi minyak keretanya.

Keesokan paginya, saya tiba di lapangan terbang seperti biasa. Selesai
check in, saya pun menunaikan solat subuh di surau yang disediakan. Habis
solat, ketika sedang menyarung kasut, seorang teman duduk di sebelah saya.
"Harga minyak naik 30 sen lagi pagi ni." Bisiknya kepada saya. "Man engkau
tahu?" "Malam tadi. Ada keluar satu garis sahaja di TV3 pukul 11 tengah
malam."

Saya terdiam sambil menggeleng²kan kepala. Jadi benarlah apa yang abang
saya beritahu malam tadi. Jijik betul taktik kerajaan kali ini. Iyalah.
Mereka telah melihat bagaimana para pemandu beratur di stesen minyak untuk
mengisi minyak sebelum jam 12 malam jika diberitahu awal² tentang kenaikan
harga minyak. Maka dibuatnya pengumuman jam 11 malam. Persoalannya, mengapa
begitu?

Nampak sangat seolah² kerajaan mahu rakyat terus terkena beban kenaikan ini
serta merta. Apalah salahnya jika dibiarkan rakyat menikmati harga lama itu
untuk kurang 24 jam lagi? Kerana bimbang orang buat stockpiling? Entahlah.
Sudahlah kenaikan 30 sen, yang tertinggi dalam sejarah, ini mengecewakan.
Cara pengumuman dibuat lebih² lagi menyakitkan hati. Saya terasa ketika ini
para menteri sedang ketawa mengenangkan kelam kabut rakyat.

Kelam kabut ketika berebut² mengisi minyak di saat² akhir. Dan kelam kabut
menyusun belanjawan akibat kenaikan yang saya sebut sebagai melampau ini.
Tetapi apa boleh dibuat? Kita mentimun dan mereka durian. Dilenyek, kita
yang terluka. Melenyek mereka juga kita yang tetap akan terluka. Yang
peliknya, rakyat tidak pernah hendak menghukum kerajaan yang tidak habis²
menghukum kebodohan rakyat.

Dahulu, ketika kenaikan sebanyak 10 sen, ramai rakyat yang sokong. Apabila
kerajaan laungkan 'slogan' Bangsa Subsidi, yang saya sifatkan sebagai
menghina anak bangsa sendiri, ramai juga rakyat yang terlompat² kegembiraan
kerana bersetuju dengan apa yang telah kerajaan perkatakan. Yang bising²
pun, setakat cakap² di belakang. Perlahan-lahan, kita akhirnya dapat
menerima kenaikan itu.

Kemudian dinaikkan lagi. 20 sen pula. Sekali lagi, perkara yang sama
seperti ketika kenaikan sebanyak 10 sen berlaku lagi. Dan lagi, dan lagi,
dan lagi. Setiap kali ada kenaikan, keadaan tetap sama. Dan sehinggalah
semalam (28 Feb 2006) harga minyak naik buat julung kalinya sebanyak 30
sen. Dan saya jangkakan, rakyat tetap akan bising² setakat 'gitu-gitu'
sahaja. Kemudian diam seperti tidak ada apa yang berlaku.

Betullah cakap Mahathir. Melayu mudah lupa. Senang saja caranya. Selepas
ini akhbar² perdana boleh muatkan isu² yang hangat sedikit. Seperti cerita
kes rogol kanak², atau pelacur Uzbekistan dan sebagainya. Secara serta
merta pandangan dan komen rakyat akan teralih kepada isu baru ini. Maka
lupalah mereka tentang kenaikan 30 sen ini. Memanglah Melayu mudah lupa.

Banyak sangatkah kesan kenaikan 30 sen ini? Banyak. Terlalu banyak. Kalau
kenaikan setakat 3 atau 5 sen, mungkin tidak begitu terasa. Tetapi kenaikan
kali ini, para pemilik motorsikal juga akan terjejas. Bukan setakat
terjejas malah terjejas dengan begitu teruk. Bayangkan sebuah motorsikal
yang kapasiti tangki minyaknya sebesar 4 liter. Ketika harga lama, isian
penuh bernilai lebih kurang RM6.40.

Dengan harga baru, si pemilik motorsikal terpaksa mengisi membayar sebayak
RM7.60. Bayangkan. Kenaikan sebanyak RM1.20. Mungkin ada yang berpendapat
tidak sebanyak mana tetapi cuba bayangkan satu situasi seperti seorang
kenalan saya. Kenalan saya ini tinggal di Pasir Gudang tetapi bekerja di
Pusat Bandaraya. Setiap hari dia terpaksa menunggang motor (yang berusia
lebih 10 tahun) sejauh lebih kurang 80km pergi dan balik.

Dengan anggapan setiap liter minyaknya boleh bertahan untuk perjalanan
sejauh 20km, dia terpaksa mengisi minyak secara penuh hampir setiap hari.
Bermakna perbelanjaannya meningkat sebanyak RM1.20 setiap hari. Ataupun
RM31.20 sebulan. Masih tidak banyak? Jika anda beranggapan begitu, nyatalah
anda seorang yang penting diri dan lemah dalam matematik. Sekaligus
melayakkan anda menjadi seorang menteri kabinet.

Kenaikan minyak akan mendorong kenaikan harga² barang yang lain. Mana
tidaknya, setiap barangan dihantar dengan menggunakan lori. Apakah kerajaan
fikir para peniaga ini begitu bodoh dan bebal untuk menanggung kerugian
akibat kenaikan harga minyak semata² untuk survival rakyat terbanyak? Tidak
mungkin terjadi. Jadi, secara kasarnya, kenalan saya tadi akan menanggung
tambahan kos lebih RM100 sebulan akibat kenaikan harga minyak.

Dengan gajinya yang sudah 5 tahun tidak naik, dengan syarikat yang
memberikan lebih kerja tetapi tidak dibernarkan overtime claim,
bagaimanakah agaknya dia menghadapi hari esok? Mengapa dia tinggal jauh
dari tempat kerja? Kerana kerajaan juga! Membuat pembangunan yang tidak
terancang. Rumah murah hanya dibina nun di ceruk² rantau. Yang terdiri di
kawasan bandar hanyalah yang harganya lebih RM120k.

Anda menjangka seorang lelaki yang bergaji RM1000 sebulan sepertinya hendak
membayar harga rumah sebegitu? Huh! Kerajaan... Konon simpati tengok orang
Melayu duduk rumah setinggan. Maka dirobohnya rumah yang kononnya
menjijikkan mata ini. Tetapi lihatlah bagaimana siksanya orang Melayu,
pemilik negara ini yang asalnya bernama Tanah Melayu tersiksa atas nama
pembangunan!

Dan kenalan saya juga sudah jenuh mencari kerja di sekitar Pasir Gudang
tetapi tetap gagal. Mengapa? Kerana dia seorang Melayu. Dan layaknya
jawatan yang disandangnya sekarang (berkaitan dengan perchasing) dipegang
oleh bangsa satu lagi di syarikat² lain. Jika dia hendak berkerja juga,
jadi operator pengeluaran bolehlah. Hm... Agaknya beginilah cara kerajaan
membalas jasa rakyat yang memilih mereka.

Saya benar² kecewa. Sedih, marah dan berbagai lagi ada di dalam hati saya
sekarang ini. Kenaikan harga minyak sehingga RM3 seliter pun tidak akan
begitu mengganggu saya. Tetapi saya sedih melihat teman² dan orang
sekeliling saya yang terpaksa bersusah payah semata² untuk menampung
kekurangan hidup akibat sifat pentadbir negara yang cuba bersikap lepas
tangan dari kegagalan pentadbiran mereka.

Teringat saya ketika mereka berkunjung ke kediaman kami baru² ini. Petang
itu secara kebetulan lalu sebuah motorsikal menjual aiskerim. Si anak yang
baru berusia 2 tahun terjerit² kepada ibunya "Bu! Aiskerim bu. Ibu...
Aiskerim" Berulang kali anak kecil itu menyebut. Namun di ibu dan bapanya
hanya mendiamkan diri. Harga aiskrim yang mencecah RM2 semangkuk kecil
sudah cukup mahal buat mereka.

Simpati melihat keadaan itu, lalu isteri saya menahan si penjual dan
membelikan untuk mereka aiskerim tersebut. Sebak saya melihat kegembiraan
anaknya mendapat aiskerim. Kanak²... Apalah yang mereka tahu tentang
kesusahan ibu bapa mereka. Hm... Seeloknya kerajaan melihat situasi begini.
Biar mereka benar² arif kesusahn rakyat di bawah pentadbiran mereka.
Alah... Entah² Bersamamu pun mereka tidak tonton.

Inilah akibatnya jika pemimpin jauh dari rakyat. Seorang pemimpin sebaik
Saiyidina Umar ra sentiasa berkeliling kota mencari orang yang susah.
Bukannya berjalan di atas karpet merah dan berucap di atas pentas yang
mewah. Bukan setakat melaungkan 'Hidup Melayu' tetapi dalam masa yang sama
terus 'membunuh' Melayu. Sebaliknya berusaha agar kekayaan dinikmati oleh
segenap lapisan masyarakat. Bukan orang² yang rapat sahaja.

Saya minta maaf jika tulisan ini menyinggung hati mana² penyokong kerajaan.
Saya tidak membenci kerajaan tetapi saya sedih melihatkan kelemahan mereka
yang memegang tampuk pentadbiran negara ini. Jika tidak mampu menangani
masalah ekonomi negara, lebih baik turun takhta. Jangan terus² bebankan
rakyat dengan keputusan² yang merugikan seperti ini. Dan akhir kata, saya
hanya mempraktikkan kebebasan bersuara. Jika benar ia dipraktikkan di
Malaysia...

Sekian  buat  kali.  Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik
adalah akibat kejahilan saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullah…

-Abu Naqibah-

Komen  dan  kritikan  membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED]
atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/


Yahoo! Mail
Use Photomail to share photos without annoying attachments.



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS

  •  Visit your group "hidayahnet" on the web.
     
  •  To unsubscribe from this group, send an email to:
      [EMAIL PROTECTED]
     
  •  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.





    • --
      Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com

      --------------------------------------------------------------------------

      All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

      If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




      SPONSORED LINKS
      Divine inspiration Islam


      YAHOO! GROUPS LINKS




      Kirim email ke