Assalamu'alaikum warahmatulahi wabarkatuh.
 
Lazimnya saya tidak suka memasuk perbalahan yang berlaku samada dari posting saya ataupun dari sesiapa sahaja. Namun, saya rasa perlu ditekankan di sini bahawa isunya bukan kes kenaikan harga minyak, diesel dan lpg sahaja, tetapi berkait dengan beberapa perkara lain seperti di bawah:
 
1. Harga barangan runcit dan keperluan harian akan turut naik, jika ianya belum lagi naik. Ini akan menyebabkan ramai keluarga yang akan kesempitan terutama mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Bagaimana harus mereka berdikit dalam perbelanjaan selepas ini sedangkan sewaktu sebelum kenaikan lagi yang terdapat pun belum mencukupi?
 
2. Isu tidak mencukupi - bukan kerana berbelanja boros tapi kerana keadaan - mungkin akan membawa kepada bertambahnya jenayah kecil dan korupsi terutama pada mereka yang terlibat dalam bidang bidang yang tertentu.
 
3. Kenapa perlu dinaikkan harga minyak, diesel dan lpg di saat ini? Ada yang menyatakan ianya bukan kenaikkan tapi pengurangan subsidi. Namun, yang jelas, semua kini terpaksa membayar .30sen lebih seliter dari sebelum ini. Apapun perkataan atau terminologi yang hendak digunakan pemerintah dan sekutunya, yang nyata, kita kena bayar lebih! Jadi mengapa berdalih?
 
4. Adakah kenaikan kali ini hanya untuk menjana RMK9 dan sebagainya? Jika ya, kenapa tidak diambil RM4.4bilion dari rizab Petronas yang telah mengaut kewangan lebih dari RM30bilion pada tahun 2005? Bukankah Petronas itu milik kerajaan (GLC atau sepenuhnya)? Dan bukankah kerajaan itu sepatutnya milik rakyat? Juga, seharusnya buku akaun Petronas didedahkan kepada rakyat agar kami dapat tahu kemana perginya wang yang datangnya dari penjualan minyak kepunyaan negara Malaysia dan semua rakyat di dalamnya.
 
5. Seperti telah dinyatakan oleh beberapa pihak, pemerintah mesti membuka buku akaun agar rakyat benar tahu kemanakah atau bagaimanakah perbelenjaan RM4.4billiion ini akan dibelanjakan...dengan terperinci!
 
6. Diberitakan keuntungan yang sepatutnya Petronas mengaut dengan kenaikan harga minyak antarabangsa telah dijualhadapan (foward selling) untuk meraih keuntungan besar sewaktu itu. Soalannya:
a) Berapa banyak dan dimanakah keuntungan tersebut kini? Di KLCC? Menara Kembar? KLIA? Litar F1? Putrajaya? Di mana? Sebagaimana MAS menjual bangunannya di Jalan Sultan Ismail untuk membayar hutang, tidak kah pemerintah Malaysia lakukan sedemikian dengan Litar F1, KLIA dan Putrajaya?
b) Siapakah yang bertanggungajawab menjualhadapan minyak tersebut? Implikasi penjualan tersebut telah nyata kini dengan kesusahan yang melanda. Bukankah mereka yang bertanggungjawab patut di bawa kemuka pengadilan?
 
7. Bagaimanakah caranya pemerintah hendak membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah? Adakah caranya dengan mengerah Pemuda Umno untuk menerangkan isu ini; adakah setiap langkah yang akan diambil oleh Umno akan turut dibayar dari RM4.4bilion itu?
 
8. Pelbagai dan banyak lagi...sesiapa yang nak tambah dipersilakan.
 
 
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
SDahij
 
 


Rusedin Abdul Hamid <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Kalau asyik merungut atau tak tahan minyak mahal janganlah beli minyak tuang air je dalam tangki tu.........

Harni Bte Kasah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Apa2 lah mail macam gini………………
 
 
 
Thanks & Regards,
Hanie

From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of Tang, Swee-Chong MALAYTR-ODP/PG
Sent: Tuesday, March 07, 2006 10:39 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: [-Bersamamu-] Minyak naik darahpun naik...
 
semua naik gaji saja tak da naik
-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]On Behalf Of Yusaini Mohd Yusof
Sent: Tuesday, March 07, 2006 6:35 AM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: [-Bersamamu-] Minyak naik darahpun naik...
awak pakai basikal jer p keje
lagi jimat..
pikir nak tukar spoket rantai jer,lagi senang
jimat,bermutu gaya keunggulan....................
minyak rantai pun free kalau g kedai basikal
takder kena charge.....
 

From: [EMAIL PROTECTED] on behalf of abdul zuriyati
Sent: Sun 3/5/2006 6:21 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: [-Bersamamu-] Minyak naik darahpun naik...
nak isap rokok ker p clubbing ker tu pilihan masing2...
tp minyak ni bkn pilihan.. sume kene tempiasnyer...betul tak..??


Yusaini Mohd Yusof <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
harga minyak naik saya rasa elok gak........saya memang sokong...
110 peratus sokong..................ala setakat rm1.90 seliter,aper la sgt...
kalau beli rokok rm7 sehari boleh pulak..........mlm2 g melepak kat club boleh pulak....
aper la ,baru skit naik dah, semua tak suka...nak murah pakai NGV,taruk tong kat belakang motor ker,kereta ker..........
camna,suker????????
 

From: [EMAIL PROTECTED] on behalf of JOHARI ISAHAK
Sent: Thu 3/2/2006 5:34 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: mahligai mahligai
Subject: Re: [-Bersamamu-] Minyak naik darahpun naik...
PADA PENDAPAT SAYA LAH.... SARANAN TPM KITA SUPAYA RAKYAT MENGUBAH CARA HIDUP ADALAH KURANG TEPAT.......
YANG TEPAT ADALAH RAKYAT KENA UBAH KERAJAAN YANG MEMERINTAH SEKARANG KERANA TERLALU BANYAK PERKARA YANG BERLAKU SEHINGGA MEMBEBANKAN RAKYAT SEMENJAK BN MENERAJUI DAN MEMERINTAH.

Kartini <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
betul tu saya pun setuju.namapak musim pak lah memerintah semua naik harga
----- Original Message -----
Sent: Thursday, March 02, 2006 9:18 AM
Subject: Re: [-Bersamamu-] Minyak naik darahpun naik...
 
betul tu ..sy setuju..

syed dahij <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Wed | Mar 01, 06 | 01:58:32 PM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob Minyak naik darahpun naik...
PDF
Cetak
SEMALAM ketika saya ke stesen minyak, saya telah menjangkakan bahawa tangki minyak motor saya tidak akan penuh jika diisi pada kadar biasa iaitu RM15 seperti sebelum ini.
Benar sekali, kerana saya perlu menambah kepada RM3 lagi untuk memenuhkan tangki minyak motor saya.
Ini bermakna perbelanjaan kenderaan saya meningkat kepada 20 peratus daripada kebiasaannya.
Kenaikan harga minyak sejumlah 30 sen yang diumumkan kerajaan benar-benar mengejutkan 'poket' saya yang mungkin akan kontang kerana bebanan mengisi minyak untuk berulang alik dari Seremban 2 ke Kuala Lumpur.
Darah saya mula mendidih, ditambah lagi semalam bila menonton Buletin Utama yang menyiarkan kenyataan Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
Pak Lah minta rakyat berkongsi kereta atau menaiki pengangkutan awam berikutan keniakna harga minyak ini.Pelik sekali cadangan pemimpin Islam Hadhari ini.
Nak tanya sikit, Pak Lah pernah ke naik bas ke tempat kerja?atau naik teksi ke Putrajaya?Cakap mudah tetapi merasai mungkin tidak pernah..
Satu lagi perkara, soal perkongsian kereta, apakah sudi Pak Lah dan para menteri-menteri kabinetnya berkongsi kereta sesama sendiri.
Saya yakin ini tidak mampu dilakukan Pak Lah dan menterinya.Mereka (pak menteri) diberi laluan mudah untuk ke mana-mana dengan naik kereta duduk di bahagian belakang (orang besarlah katakan) di iringi pengawal, malah rakyat terpaksa ketepi ketika mereka melintasi jalan raya meskipun dalam keadaan sesak.
Inilah apa yang boleh dikatakan sebagai cakap tak serupa bikin, menteri boleh cadangkan apa sahaja kepada rakyat, tetapi yang menanggung kesusahan adalah rakyat.
Rakyat dikerah membayar cukai, membayar segala macam yuran untuk persekolahan anak-anak, membeli buku teks dan membayar caj perkhidmatan elektrik, air dan pembentungan dengan kadar yang tinggi.
Yang sengsaranya rakyat, yang tersepit adalah rakyat, apa yang menteri rasa ketika ini, jika keadaan kehidupan menteri yang dilihat hari ini tidakpun menampakkan mereka susah.
Ke sana kemari, laluan mudah dengan ada pengawal.Jalan sikit klim minyaknya beribu.Duduk di hotel dapat klim.Elaun tak habis makan, tak termasuk elaun jadi pengarah, jadi pengerusi pelbagai syarikat berkepentingan kerajaan dan bukan kerajaan.
Apa yang ada pada rakyat?sabar-sabar sabar....hinggalah tekanan darah meningkat..yang sakitnya rakyat, sakit...sakit...sakit sakit..menteri sakit boleh dapat rawatan di hospital swasta yang terpilih, tetapi rakyat hanya boleh pergi ke hospital kerajaan yang kelengkapanya mungkin tak setara dengan hospital seperti Gleneagle atau Ampang Puteri.
Inilah yang seharusnya difikirkan pemimpin, bukannya naikkan minyak ikut sesuka hati mereka, kononnya atas dasar nak membuat pembangunan.
Bosannya bila berbicara soal minyak naik ni,sebab darah saya akan naik jika terus menceritakannya.Ketika saya menulis inipun kawan saya sedang memaki hamun kerajaan, umno dan sekutunya kerana kenaikan harga minyak.
Pesanan kepada Pak Lah,..".tak apalah, orang Melayu tak pernah marah Pak Lah naikkan minyak....Naiklah lagi...Kalau boleh tahun depan naik sehingga 90 sen setahun, pukul rata, mudah sikit."
Terkadang saya berfikir, tulis banyak-banyak dengan bahasa yang standardpun orang tak ambil peduli soal kenaikan harga minyak.Bila agaknya orang Melayu nak sedar betapa keadaan mereka hari ini tersepit..Hanya Allah yang tahu..

 


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke