Tu dia! Lepas ni kita semua pakai kayu api lah untuk memasak. TV dan radio takyah tengok. Gosok baju pun pakai setrika zaman dulu yang gunakan kayuarang. Inilah dia Malaysia yang akan maju pada 2020...rakyatnya kembali ke zaman sebelum merdeka.
Tapi rakyat patut diberitahu kenapa tarif elektrik perlu dinaikkan. Khabaq berita TNB kini membayar buta tuli kepada IPP YTL kerana samada tak tahu buat kontrek atau sengaja membiarkan satu clause. Mengikut cerita, clause itu menyatakan samada TNB pakai atau tidak tenaga dari YTL, TNB tetap kena bayar dengan harga premium!
Lor! Awat bengap betul kesemua syarikat kerajaan (GLC) ni? TNB, Proton, MAS, Syabas, NST; semua dok bagi rugi pada rakyat dan untung pada kroni ja! Yang untung cam Boustead dan LTAT lak, dikhabaqkan labur kat dalam syarikat arak cam carlsberg dan sebagainya. Lepeh tu, ramai pulak rakyat melayu yang kerja dok jual arak dan kerja tempat judi. Senang sekali,
kita minta kerajaan Baranng Naik ni jual je Malaysia, senang sikit rakyat - mana yang suka maksiat la! Yang lain, hang kena dok merempat kat negeri orang pasai hang taknak ambil tindakan positif terhadap lahabau BN ni.
Kalau benar hang semua nak perubahan untuk kebaikan, meh kita semua dok mogok. Dari kakitangan awam hingga ke mereka yang kerja syarikat kroni. Jangan takut kena buang kerja. Pertama, rezeki di tangan Allah. Kedua, kalau semua turut mogok, depa yang akhirnya kena buang nanti. Kita mula dengan 3 hari. Tak cukup, kita sambung sampai 5 hari. Tak cukup juga, kita sambung lagi ke 7 hari. Depa masih berdegil, kita mogok sampai depa takleh buat apa dan mengalah.
Hang ingat saya cakap ni merapu? Tengok balik sejarah. Gandhi telah mengetuai mogok serupa yang melumpuhkan empayar British kat India. Memanglah sakit, tapi sekejap saja, insyAllah. Sama cam hang demam, pi injek, lepeh tu, insyAllah sembuh. Begitu gak
sini. Kita sakit jap, lepeh tu insyAllah kita sembuh dari penyakit Parti Barang Naik dan yang sewaktu dengan nya. Apa kata hang?
| Rakyat bakal dibebani kenaikan tarif elektrik pula |
| KOTA BHARU, 7 Mac (Hrkh) Awas kehidupan anda terutamanya golongan berpendapatan rendah yang tinggal di bandar-bandar besar tambah tertekan selepas ini, apabila kenaikan tarif elektrik bakal menyunsul tidak lama lagi. Kesusahan di atas desakan hidup itu mungkin
memaksa mereka bekerja siang dan malam. Ini turut diakui Timbalan Presiden Fomca, Haji Ahmad Othman berdasar kajian diadakan sebelum ini. Padahnya gejala sosial akan menular. Mereka terpaksa mencari kerja sampingan lain memandangkan pendapatan yang ada sekarang tidak mampu lagi untuk menampung kos kehidupan keluarga selepas harga minyak dinaikkan secara mendadak, katanya di sini. Baru-baru ini, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato Shaziman Abu Mansor mengakui kenaikan tarif elektrik hanya membabitkan penggunaan kadar elektrik yang banyak. Bagi anggota Exco kerajaan negeri, Haji Husam Musa rakyat miskin sebenarnya sudah lama berjimat cermat tanpa perlu diminta oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Katanya, ramai rakyat miskin yang mempunyai anggota keluarga ramai terpaksa mengikat perut sejak sekian lama dan mereka sudah biasa berjimat
cermat. Ada seorang bapa dari keluarga miskin yang mempunyai 10 anak datang mengadu mereka sudah lama makan nasi berlauk telur tiga biji dengan dikongsi 10 orang, katanya. Menurutnya, keadaan kedhaifan keluarga itu makin bertambah lagi selepas harga minyak dinaikkan. Oleh itu beliau menyarankan bagi memastikan kehidupan sebenar rakyat di peringkat bawah turut disedari pemimpin atasan mereka perlu menyertai sama gerakan membantah kenaikan harga minyak. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, rakyat perlu mempamerkan kemarahan itu dengan menyatakan perasaan mereka pada tulisan atau sepanduk yang boleh dilihat di mana-mana. Rakyat jangan duduk diam.. kalau dok diam mungkin kerajaan menganggap mereka bersetuju dengan kenaikan harga minyak sekarang, ujarnya. Anggota Majlis Tertinggi PKR, Saifuddin Nasution Ismail melahirkan rasa hairan mengapa kerajaan sanggup memberi
subsidi yang begitu banyak kepada empat penjana kuasa swasta dan dipaksa pula Tenaga Nasional Bhd membeli bekalan elektrik daripada syarikat terbabit. Katanya, kerajaan sanggup memberi subsidi sebanyak RM14 bilion setahun kepada syarikat pembekal tenaga berkenaan, yang dimiliki jutawan terkenal. Sedangkan katanya, subsidi minyak kepada rakyat sebanyak RM4.4 juta ditarik balik. Sepatutnya rakyat disedarkan terhadap kepincangan yang berlaku itu. Kita juga hairan mengapa Perdana Menteri masih buat-buat tidak faham kenaikan harga minyak pasti mengundang kepada kenaikan harga barangan keperluan harian, ujarnya. |
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
Kirim email ke
