HAMAS bukan al-Qaeda!
Posted on Wednesday, March 08 @ 10:58:22 MYT by admin

Analisis gunxx writes "
oleh : Maszlee Malik

Pada 6 Mac 2006, Abu Ayman al-Zawahiri, orang nombor dua Usama Ben Laden telah membuat kenyataan yang keras berkaitan dengan HAMAS. Antara kenyataan beliau berkaitan HAMAS ialah, HAMAS telah mengkhianati perjuangan rakyat Palestin, HAMAS juga menurutnya telah termasuk ke dalam jerat AS apabila bersetuju menyertai proses demokrasi.

HAMAS juga digesa oleh Zawahiri agar tidak melakukan sebarang perdamaian dengan Israel dan meneruskan usaha jihad mereka. Beliau menegaskan bahawa apa yang telah dilakukan oleh golongan sekular (PLO) di waktu lalu adalah bertentangan dengan Islam, dan HAMAS wajib menjauhinya. Tegas beliau lagi, umat Islam di Palestin, Iraq dan seluruh dunia wajib menjauhi permainan AS yang dinamakan sebagai "proses politik" yang bertujuan untuk memerangkap umat Islam dan meninggalkan jihad. Beliau pada akhirnya menyeru umat Islam sedunia untuk melawan kuffar. Kenyataan tersebut telah dikeudarakan oleh stesyen Televisyen al-Jazeera.

Mahmoud Zahar, jurucakap HAMAS di Gaza ketika diminta mengulas kenyataan al-Zawahiri oleh stesyen televisyen tersebut mengatakan: "HAMAS sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat Palestin di dalam segala tindakan mereka. Segala perubahan di dalam strategi HAMAS diputuskan selepas perbincangan yang teliti dan mengambil kira seluruh aspek berkaitan". Beliau juga menempelak kenyataan al-Zawahiri bahawa HAMAS memasuki perangkap AS dengan menyertai pilihanraya dan memilih jalan demokrasi.

HAMAS tidak sama seperti al-Qaeda ! Sudut-sudut lain selain berperang turut diraikan bersama.


"Menyertai saluran demokrasi bukan bererti kita menjadi "carbon-copy" kepada mana-mana kumpulan", ujar Zahar mengulas tentang perbandingan yang dibuat oleh Zawahiri. Kenyataan Zahar memang tepat, ini jelas dapat dilihat melalui pendirian HAMAS yang enggan mengiktiraf Israel sehingga kini walaupun menerima tekanan pelbagai pihak. Hatta sewaktu kunjungan wakil HAMAS ke Moscow pada awal Mac pun, mereka enggan menerima gesaan Moscow agar mereka mengiktiraf Israel.

Muhammad Nazzal, wakil HAMAS di Lubnan yang juga menyertai rombongan ke Moscow pula mengatakan: "Jika Israel bersedia untuk mengiktiraf hak rakyat Palestin dan mengiktiraf negara Palestin yang berdaulat maka kami akan menyatakan pendirian kami!". Beliau menegaskan pendapat tersebut di dalam sessi wawancaranya dengan AFP.

"Jika dunia ingin memaksa HAMAS mengubah polisinya (berkaitan Israel), maka dunia juga perlu memaksa Israel mengubah polisi mereka!", tegas beliau lagi.

HAMAS bukan al-Qaeda

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Zawahiri itu sebenarnya amat bermakna bagi HAMAS. Secara tidak langsung dunia telah tersedar dari khayalan penipuan media pro-Zionis yang cuba mengaitkan antara kedua-dua pertubuhan tersebut. Bagi AS, Israel dan media pro-Zionis, menghubungkan kedua-dua pertubuhan itu merupakan satu usaha mereka untuk memburukkan HAMAS dan mengaburkan dunia dari isu sebenar. HAMAS bukanlah al-Qaedah, malah perjuangan dan strategi mereka juga berbeza. Perjuangan HAMAS adalah berbentuk menyeluruh dan selari dengan tasawwur Islam yang syumul lagi meliputi seluruh bidang kehidupan. HAMAS bukanlah semata-mata terkongkong di dalam medan pertempuran tanpa meraikan tuntutan kehidupan umat yang sebenar. Seperti juga bentuk pertubuhan induk HAMAS, iaitu pertubuhan al-Ikhwan al-Muslimin (IM) yang telah ditubuhkan oleh Hassan al-Banna di Mesir pada tahun 1928. Gerakan IM adalah sebuah gerakan yang syumul(komprehensif) meliputi bidang politik, sosial, badan kerohanian, syarikat perniagaan, pertubuhan sukan, institut keilmuan, kumpulan jihad dan lain-lain lagi. Ini berbeza dengan al-Qaedah.

Menyertai saluran demokrasi bukan bererti HAMAS menjadi "carbon-copy" kepada mana-mana kumpulan


Al-Qaedah hanya menumpukan kegiatan mereka di bidang jihad sehingga menjadikan jihad sebagai semata-mata amal Islami. Bagi mereka, penegakan syariat Islam hendaklah bermula dengan jihad, dan tiada jalan lain yang sesuai untuk menegakkan Islam kecuali dengan jihad. Ini bertentangan dengan IM dan HAMAS di Palestin yang melihat bahawa Islam dan amal Islami itu harus bersifat lengkap melengkapi. Tidak dinafikan bahawa jihad itu merupakan amal yang kemuncak dan paling mulia, tetapi jihad bersenjata mempunyai ruang dan realitinya. Di Palestin, keutamaannya ialah jihad, tetapi ianya tidak menafikan ruang politik, ruang kerja-kerja sosial dan kebajikan dan lain-lain amal lagi. Di atas dasar inilah HAMAS lebih dikenali oleh rakyat Palestin sebagai badan sosial dan pendidikan berbanding dengan pertubuhan pengganas.

Kegagalan memahami realiti dan keutamaan di dalam meletakkan amal-amal yang sesuai di waktu dan suasana yang sesuai hanya akan menjadikan ....(maklumat lanjut di www.palestinkini.info atau terus layari http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=841)



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke