Zakaria Latif <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
 
Jemputan: U MOHD NIZAM KAMARUZAMAN. (10 Mar 12:30 PM ZE8 in MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC)

Semoga semua beroleh keberkatan yang berpanjangan dari Allah SWT.

Hadis riwayat Muslim,
Daripada Jabir ra, bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda "takutlah kamu daripada melakukan perbuatan zalim kerana sesungguhnya perbuatan tersebut membawa kebinasaan kepada orang-orang sebelum kamu, mereka sanggup melakukan pertumpahan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang haram".

Berikut adalah Jadual Porgram Kuliah/Pengajian anjuran Masjid Asy-Syakirin, KLCC dalam tempoh seminggu ini, Insya'Allah.

10 Mac 2006 - 1230 Tgh - Tazkirah Sebelum Solat Jumaat - Ustaz Md Nizam
Kamaruzaman
13 Mac 2006 - 01.00-02.00 ptg - Kuliah Zohor - Ustaz Mohd Saliza (Imam
II Masjid KLCC)
14 Mac 2006 - 01.00-02.00 ptg - Kuliah Zohor - Ustaz Mohd Shaarani
Ahmad.
15 Mac 2006 - 01.00-02.00 ptg - Kuliah Zohor - Ustaz Sanusi Idris.
16 Mac 2006 - 01.00-02.00 ptg - Kuliah Zohor - Ustaz Khiruddin Aman
Razali (UKM).
17 Mac 2006 - 1230 Tgh - Tazkirah Sebelum Solat Jumaat - Ustaz Mohd
Nazri Chik (BIMB).

Dimaklumkan di sini Masjid Asy-Syakirin KLCC akan menganjurkan Program
Hafazan Untuk Remaja Sempena Cuti Sekolah.
 
Maklumat Program :

Program : Program Hafazan Untuk Remaja Sempena Cuti Sekolah
Pimpinan Ustaz Shaarani Ahmad.
Tarikh : 13 hb hingga 16 hb Mac 2006.
Waktu : Jam 0800 Pagi Hingga 0500 Petang.
Peserta : Berumur 7 - 15 tahun.
Yuran : RM 30.00 seorang termasuk makan/minum.

Kepada yang berminat sila hubungi pejabat Masjid Asy-Syakirin KLCC
03-23801291 atau Ustaz Shaarani - 0126458083.


Pihak Masjid Asy-Syakirin, memohon jasa baik muslimin dan muslimat semua, agar memanjangkan e-mail ini kepada kaum keluarga dan sahabat-handai. Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan ribuan terima. Semoga ianya diterima sebagai amalan yang soleh di sisi Allah SWT.

Apa yang baik dari Allah SWT, kekurangan adalah kelemahan kami. Ribuan
kemaafan dipohon.

Taqabalallah minna wa minkum.

B/P Pihak Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

Sedikit berita berhubung Misi Bantuan Kemanusiaan Muslim Care untuk Mangsa Gempa Bumi di Pakistan.

Insya'Allah, Muslim Care telah mengundang wakil Pakistan Islamic Medical Ass dan Al-Khidmat Foundation, Ngo-ngo yang terlibat secara langsung Misi Bantuan Kemanusiaan di Pakistan untuk tujuan penerangan keadaan semasa mangsa gempa tersebut disamping untuk tujuan kutipan Dana untuk membantu Misi tersebut di atas. Tarikh lawatan wakil tersebut ialah dari 11 -20 Mac 2006, Insya'Allah.

Seiring dengan itu, Muslim Care memohon kerjasama pihak-pihak Masjid,
Surau, Jabatan Kerajaan/Swasta, Pertubuhan/Persatuan, individu dan
seumpamanya untuk bekerjasama bagi menjayakan Misi ini. Kepada yang
berminat untuk mengadakan majlis penerangan ini di tempat masing-masing
bolehlah berhubung dengan saya melalui e-mail ini.

Sekali lagi dimaklumkan, kepada para muslimin dan muslimat yang ingin
bersama-sama Muslim Care untuk menjayakan Missi di atas selain Misi Bantuan Mangsa Tsunami Acheh, boleh menyalurkan sumbangan melalui Akaun Muslim Care di Bank RHB atas nama Muslim Care. No.Akaun : 26-2120-0000-4747. Mohon kepada penderma agar memaklumkan setiap sumbangan kepada saya melalui e-mail ini atau sms melalui no. H/phone 012-6935938 untuk tujuan rekod dan tindakan selanjut.

Sekian untuk kali ini. Maaf diatas segala kelemahan. Terima kasih kepada
para penderma semua. Sokongan dan sumbangan amat diperlukan dan dihargai. Moga Allah membalas segala kebaikan tuan/puan. Wassalam.

B/p Muslim Care.

 


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke