| Pelbagai pihak kesal tindakan FRU ke atas rapat umum rakyat |
| Mereka kecewa kerana pihak polis tidak mempedulikan rayuan pemimpin penunjuk perasaan yang mahu diadakan rundingan antara kedua-dua pihak. Orang ramai lari bertempiran selepas diserang menggunakan water canon Perbincangan itu berlangsung dua minit setelah pihak FRU mengarahkan penunjuk perasaan bersurai tetapi arahan itu tidak diendahkan. Zulkifli kelihatan mengadakan perbincangan dengan wakil FRU
dan meminta penunjuk perasaan bersurai dan menuju ke Hotel Concorde. Sementara itu, Timbalan Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin percaya pihak polis sedikit keliru kerana membuat serangan terhadap penunjuk perasaan dari arah belakang. Kohila berucap kepada orang ramai mewakili Jerit. Menurut beliau, berdasarkan keadaan
hari ini pihak polis berupaya menahan dan membuat tangkapan tetapi nampaknya mereka tidak berbuat demikian. "Saya ucapkan terima kasih di atas simpati mereka kerana jelas warga polis juga tertekan dalam hal ini. Saya bersyukur kerana tiada ditangkap manakala pembantah cuma kena semburan air berasid," katanya. "Kita akan terus adakan beberapa siri protes yang turut diadakan secara serentak di bandar-bandar besar lain," katanya di hadapan Hotel Renaissance. Perhimpunan kali ini turut menyaksikan dua tokoh wanita berucap. Mereka ialah Ketua Penerangan Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmood dan wakil Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), S Kohila. Kohila berkata, kenaikan harga minyak memang tidak wajar kerana Malaysia negara pengeluar minyak. Adalah menjadi hak rakyat untuk membantah kenaikan harga minyak yang tidak terlalu tinggi itu, katanya. Menurut beliau, kesan kenaikan harga minyak itu turut dirasai oleh suri
rumah yang ternyata sudah terbeban akibat kenaikan harga bahan bakar. Polis mengejar penunjuk perasaan Wakil KeADILan, Badrul Hisham Saharin juga terkilan dengan serangan menggunakan meriam air oleh pasukan FRU. Beliau berkata, pada minggu sebelum ini, rakyat telah buktikan rapat umum itu dapat dijalankan secara aman, oleh itu tidak wajar untuk
anggota FRU bertindak kasar. "Kalau rakyat nak berhimpun, kita kena ikut kehendak rakyat," katanya. - lanh |
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
