>
>Yahudi bunuh tiga kanak-kanak Palestin di Semenanjung Gaza
>
>http://www.biovco.com
>
>GAZA: Kekejaman Israel yang melancarkan serangan maut, termasuk
>menyebabkan kematian tiga warga muda Palestin, termasuk seorang
>budak berusia lapan tahun Isnin lalu, mencetuskan kemarahan ramai
>penduduk Gaza serta sebuah kumpulan hak asasi awam yang mendesak
>satu siasatan dibuat.
>
>Komander tentera udara Israel mempertahankan serangan peluru
>berpandu ke kawasan berpenduduk ramai di Gaza itu ketika ibu mangsa
>menganggap masanya sudah terlambat bagi sebarang permohonan maaf.
>
>"Saya berlari ke arah tingkap selepas mendengar dentuman serangan
>itu. Tingkap pecah dan apa yang saya lihat selepas itu, seorang
>lelaki mendukung mayat Mahmoud yang sudah tidak bernyawa," kata
>Somaya al-Batsh, 29 tahun.
>
>Dia adalah ibu kepada mangsa muda berkenaan ­ Raed yang berusia 8
>tahun serta ibu tiri kepada Mahmoud, remaja 16 tahun. Seorang lagi
>mangsa, Ahmed Sweisi, 14, turut maut dalam serangan itu ketika
>sedang membuang sampah di tong sampah.
>
>"Saya cuma nampak mayat Mahmoud. Tetapi tidak Raed. Di mana Raed?
>Seorang jiran memaklumkan yang Raed terpelanting ke udara akibat
>letupan kuat serangan itu," kata Somaya sambil menangis.
>
>Dia yang menerima kunjungan ramai jiran di rumah kecilnya di
>penempatan Shajaiyeh, Somaya tidak dapat menyembunyikan rasa
>marahnya terhadap Israel.
>
>Ini bukan kali pertama tentera Zionis membunuh kanak-kanak. Pada
>Julai 2002, serangan udara atas alasan mensasarkan komander Hamas,
>Salah Shehadeh, menyaksikan tentera Yahudi itu menggugurkan bom satu
>tan ke atas rumahnya, menyebabkan 14 maut termasuk sembilan kanak-
>kanak.
>
>Sementara itu, Israel membuka semula Lintasan Karni membolehkan trak
>makanan menghantar bekalan asasi itu kepada penduduk Palestin
>termasuk gandum, gula dan minyak masak.
>
>Salim Abu Safiyah, pengarah keselamatan di lintasan itu dengan
>Israel, berkata Karni dibuka sebahagian untuk penghantaran makanan
>dan ubat tetapi menyifatkannya sebagai tidak mencukupi.
>
>"Kami mahu lintasan itu dibuka sepenuhnya. Terbaru ia dibuka lima
>jam sehari.
>
>"Itu tidak cukup untuk mengatasi waktu penutupan yang lama selain
>kekurangan bekalan makanan di Gaza," katanya.
>
>Beliau juga berkata, sekurang-kurangnya 200 trak diperlukan bagi
>menghantar bekalan keperluan mencukupi. ­ AP
>
>http://www.maynetwork.net



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
----------------------------------------- (on mail)

email-body was scanned and no virus found
---------------------------------------------------------

Kirim email ke