|
Penulisan oleh Dr. Hafidzah Mustakim (AJK
JIM Pusat & Timbalan Ketua Wanita JIM Pusat sesi 2005-2007) yang telah
berada di New York bersama Dr. Harlina (Ketua Wanita JIM Pusat) menghadiri
persidangan United Nation.
____________________________________________
Assalamualaikum wr wb,
Ikhwah dan Akhawat yang dikasihi
sekalian,
Pesawat MAS yang dijadualkan berlepas jam 8.45
pagi 2 Mac 2006 ditunda perjalanannya. Juruterbang mengumumkan dengan tertib
bahawa terdapat kerosakan tayar kapalterbang yang harus dibaiki. Tayar ganti
sudah diperolehi dan kerja-kerja pembaikan sedang berlangsung. Mereka juga
sedang menunggu kedatangan 'co-pilot' gantian yang akan mengambil masa 1
jam untuk sampai. "Co-pilot yang dijadualkan bertugas tidak
dapat hadir pada pagi tersebut. Lega dan puas hati dengan
penjelasan, lebih 200 penumpang pesawat Boeing 747 menunggu
dengan tenang dan penuh sabar di perut kapalterbang. Masing-masing melayan
fikiran masing-masing. Aku menghidupkan kembali talipon bimbit untuk menghantar
pesanan ringkas kepada Dr Harlina yang telah berada di New York untuk
memaklumkan kelewatan ini.
Hari sebelumnya , sekitar jam 7 malam aku
dihantar oleh suami dan anak-anak ke Lapangan terbang Sultan Ismail Petra Kota
Bharu untuk memulakan perjalanan panjang ke New York; transit pertama di Kuala
Lumpur. Anak kecil ku Solahuddeen 3 tahun dan Mujahid 5 tahun sibuk dan keletah
bermain di ruang legar tempat menunggu. Mungkin dalam fikiran mereka tiada yang
istimewa pemergian kali ini; umi hanya akan pergi sebentar ke Kuala
Lumpur seperti yang dilakukan saban bulan. Tiba saat keberangkatan hati begitu
sayu dan sebak mendakap satu persatu anak-anakku yang turut menghantar pada
petang khamis itu . Kepada Aisyah, Fatimah ,Naim ,Maryam dan Firdaus ku
titipkan pesan agar menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia dan beramal untuk
Islam selain membantu menjaga adik-adik yang kecil. Ketika bersalaman dengan
suami yang begitu penyayang, memahami dan banyak berkorban , air mata
mengalir deras sendiri tanpa boleh ditahan. Ku pohon ampun dan kemaafan serta
restu untuk perjalanan yang jauh ini; semua demi dakwah, menegakkan kalimah
Allah dan membawa suara wanita Islam ke peringkat antara bangsa di United
Nations. Kata-kata peransang suami membuatkan aku cepat-cepat mengusapkan air
mata dan terus menuju ke balai berlepas. Lega hati ini melihat anak-anak semua
melambai-lambai. Sekurang-kurangnya kali ini Solahudden tidak lagi menangis dan
merengek kesedihan ditinggalkan.
Aku di ambil oleh adikku (yg ke 6) Nazri di
KLIA sebelum menginap semalaman di rumah kakaknya (adikku yang 4) Salamah di
Shah Alam. Malam itu kuhabiskan dengan berinteraksi dengan mereka dan anak-anak
saudaraku selain mengkemaskan beg yang akan ku gunakan ke New York keesokkan
harinya. Tepat jam 4 pagi seolah-olah aku dikejutkan untuk menyiapkan diri untuk
perjalanan yang panjang ini. Setelah melakukan solat sunat musafir , Nazri
menhantarku dan kami sampai di KLIA jam 5.45 pagi . Kami sampai
awal maka proses mendaftar masuk berjalan dengan lancar. Aku menunaikan solat
subuh bersama para musafir lain di surau KLIA. Selepas solat aku sempat
menalipon dan menghantar pesanan ringkas kepada keluarga dan sahabat handai
untuk memohon didoakan oleh mereka.
Alhamdulillah akhirnya Kapten mengumumkan bahawa
kami bersedia untuk berlepas dan tepat jam 10.49 pagi pesawat mula
bergerak laju membelah awan ruang angkasa Sepang untuk perjalanan tanpa
henti ke destinasi pertama Stockholm Sweden.
Ramainya Orang
Sweden
Hampir separuh dari penumpang kapalterbang
terdiri dari warga Sweden. Mereka semua baru menghabiskan percutian musim sejuk
mereka ke negara bercuaca panas seperti Thailand dan Malaysia. Kebanyakan mereka
bercuti ke Phuket ( Antara yang terkorban dalam tragedi Tsunami 26 Disember 2004
adalah warga Sweden) dan transit beberapa hari di Malaysia sebelum pulang
semula ke Sweden. Ramai juga dari kalangan mereka yang sudah lebih
separuh umur, ada yang bertongkat tetapi mempunyai semangat dan keinginan yang
tinggi untuk melancong dan melihat negeri orang. Duduk bersebelahan dengan warga
Swedish ini aku berusaha untuk menyampaikan mesej Islam semampu mungkin. Semoga
Allah memberikan hidayah kepada mereka dan menjjadi orang yang berjalan di atas
mukabumi dan melihat kesudahan orang-orang terdahulu yang engkar.
Bercakap tentang warga Swedish mereka adalah
orang yang termaju di dunia. Sekadar melihat beberapa indeks;Kadar kematian ibu
mengandung mereka adalah yang terendah di dunia, Kadar celik huruf juga amat
tinggi dan mereka mempunyai paling ramai wakil wanita di Parlimen (40% - 2004).
Semoga akhirnya hidayah Allah bersama mereka sekiranya mereka
benar-benar terkumpul dalam golongan orang yang berfikir.....
Bersambung.................
Wassalam,
Dr Hafidzah
Moderator
Hidayahnet
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Group Information
hidayahnet ยท eGroup For The Muslim Ummah
(Malay)
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay. {Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125) -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|
