QUMP memperkasa al-Quran

Oleh: ZUARIDA MOHYIN
SIBUK, penat, malu dan kesukaran mendapatkan guru bukan lagi alasan untuk lari daripada tanggungjawab menguasai pembacaan al-Quran serta memperkasakan kualiti hafalan kitab suci itu.
 
Dengan kecanggihan teknologi internet dan komputer yang pesat membangun, dunia kini semacam semakin sempit. Apa tidaknya, kalau dahulu sumber berita di negara-negara luar mengambil masa yang panjang untuk sampai ke pengetahuan kita tetapi kini semuanya boleh diketahui di hujung jari dan dalam jangka masa singkat. Malah pada lokasi yang lebih luas.
 
Terkini, TM Net Sdn. Bhd. (TM Net) memperkenalkan Program Multimedia al-Quran dalam talian atau dengan singkatan QUMP. Ia merupakan satu kaedah canggih, revolusi terbaru dan komprehensif yang membolehkan umat Islam mendengar dan membaca al-Quran setiap kali komputer terpasang.
 
QUMP adalah usaha sama antara TM Net dengan Yayasan Restu, sebuah organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan yang berusaha menyebarkan ayat-ayat suci al-Quran dan kesenian Islam di Malaysia.
 
QUMP dalam talian boleh diperoleh melalui BlueHyppo.com. Ia merupakan pembelajaran al-Quran secara interaktif dan digital yang turut dilengkapi dengan aplikasi-aplikasi pembelajaran yang merangkumi 30 juzuk al-Quran.
 
Penciptaan berinovasi dengan keunikan tersendiri ini bukan sahaja memberi kemudahan untuk membaca al-Quran tetapi turut dilengkapi dengan pelbagai cabang ilmu bagi memantapkan pegangan akidah Islam.
 
Ayat-ayat al-Quran juga disediakan terjemahan dalam bahasa Melayu. Di samping itu, program QUMP turut meliputi al-Quran dalam paparan html yang dihias indah dengan zukruf agar mampu menampilkan kesegaran sekali gus memberi tumpuan berterusan kepada mereka yang melayarinya.
 
Pendek kata, QUMP dipenuhi dengan pelbagai bahan menarik yang bersesuaian untuk pelbagai lapisan usia. Program ini membantu pembelajaran sama ada dari segi kelancaran bacaan al-Quran dan pembetulan tajwid pada berbagai-bagai tahap pembaca secara betul dan sempurna.
 
Program ini juga memberi peluang kepada para pengguna memahami dan menghayati al-Quran menerusi terjemahan dalam bahasa Malaysia. Terdapat juga bookmark atau penanda bagi memudahkan pencarian surah-surah tertentu atau memaparkan Galeri al-Quran QUMP yang begitu menakjubkan.
 
Pengguna juga boleh mengakses aneka buku-buku berkaitan al-Quran dan memuat turun e-books selain memudahkan paparan Versi Tajwid al-Quran. Banyak aktiviti disediakan khas buat kanak-kanak.
 
Bagi golongan muda dan tua, mereka berpeluang memaparkan tayangan filem dan dokumentari oleh Harun Yahaya berjudul The Miracles of al-Quran, membaca tentang sejarah penurunan al-Quran, mendalami Halaqah al-Quran dan mendapatkan informasi berkaitan kitab suci itu selain membaca himpunan hadis dan doa.
 
Versi multimedia ini juga menyediakan penilaian mengikut tahap pemahaman Islam seseorang pengguna. Pada akhir ujian penilaian, pengguna dapat merekodkan perkembangan masing-masing untuk kegunaan kemudian hari.
 
Program komprehensif ini berperanan sebagai alat pembelajaran peribadi bagi mereka yang mahu menguji kefahaman masing-masing. Secara tidak langsung ia amat bersesuaian terutama kepada golongan muda muslim, dewasa dan mereka yang sedang berjinak-jinak dengan Islam.
 
Kelebihan paling menyerlah daripada QUMP ialah keupayaannya untuk diakses dari rumah, pejabat, sekolah mahupun sewaktu dalam perjalanan.
 
Pembelajaran al-Quran dalam talian ini juga boleh digabungkan dengan mana-mana kurikulum Islamik. Ia memberi peluang kepada pengguna untuk belajar, membaca dan menulis bahasa Arab, memperbaiki tajwid dan menghafal surah-surah dalam al-Quran.
 
Mendaftar untuk program QUMP ini adalah sangat mudah. Anda hanya perlu melayari http://qump.bluehyppo.com/
 
Bagi mereka yang memilih untuk menjadi ahli berbayar, anda hanya dikenakan bayaran RM25 setahun.
 
Ini bersamaan dengan bayaran minimum sebanyak RM2 sebulan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.bluehyppo.com atau e-mel kepada [EMAIL PROTECTED]


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete
untuk keterangan lanjut


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke