Assalamualaikum warahmatullah… Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.
Bismillahir Rahmanir Raheem… Saya tidak tahu bagaimana hendak memulakan posting kali ini. Sebenarnya saya sudah pun menulis hampir dua muka semalam. Namun rasanya... Seperti ada yang tidak kena. Lalu saya membuat keputusan untuk menulis kembali pada hari ini... Bemula dari sifar. Saya rasakan apa yang saya tulis semalam terlalu berbelit², maka hari ini rasanya saya hendak menulis secara direct. Agar lebih mudah difahami dan diterima, insyaAllah. Kisahnya tentang Rumah Nurhikmah, pusat jagaan anak² yatim dan ibu tunggal. Rasanya, dengan sebaris ayat begini sudah cukup untuk membayangkan apakah misi dan matlamat rumah sebegini. Tentu saja rumah atau pusat yang sebegini ditubuhkan bagi membela nasib mereka yang tidak sebaik kebanyakan daripada kita yang punyai rumah yang selesa, pendapatan yang tetap atau sekurang²nya kasih sayang yang sempurna. Sebenarnya kisah anak² yatim dan kedhaifan Rumah Nurhikmah ini sampai kepada saya melalui seorang teman yang saya kenali dari salah satu egroup yang saya sertai (Terima kasih Kak Jam). Sekali dengar sudah cukup mengharukan jiwa dan perasaan saya. Lalu saya ambil keputusan untuk membuat satu posting khas berkenaan rumah ini untuk anda semua nilaikan dan, jika boleh, berikan sumbangan seberapa yang mampu, insyaAllah. Rumah ini sebenarnya diwaqafkan oleh Allahyarhamah Hajjah Aminah (semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya). Ianya tidaklah sebesar mana. Malah jika dibuat perbandingan, jauh lebih besar asrama pelajar sekolah² bantuan kerajaan. Namun biarpun sesak dan sempit, inilah rumah yang menjadi syurga buat mereka. Jika sekalipun ia neraka, memang mereka tidak ada pilihan dan tetap terpaksa menganggapnya syurga juga. Apa yang istimewanya Rumah Nurhikmah ini hingga menarik minat saya? Tidak ada apa² sebenarnya. Rumah Nurhikmah adalah sekadar sebuah rumah bagi saya. Tetapi yang menarik perhatian di sini ialah mereka yang tinggal di dalam rumah ini iaitu anak² yatim yang bukan sahaja kekurangan dari segi material, bahkan kekurangan dari segi kasih dan sayang dari ibu bapa yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Allah tidak menjadikan anak² yatim untuk dibiarkan atau dihina. Bahkan anak² yatim mendapat tempat yang istimewa di dalam agama kita hinggakan Allah 'menulis' beberapa ayat memberikan anak² ini perlindungan yang 'khusus dari langit'. Lebih dari itu, Nabi junjungan kita Muhammad saw juga adalah merupakan seorang yang yatim piatu. Bukankah ini sudah cukup membuktikan betapa istimewanya kedudukan mereka? Sayangnya anak² yang istimewa inilah yang telah terbiar. Saya percaya tidak ada di antara kita yang sengaja membiarkan anak² ini kesempitan. Hanya kerana berita mengenai mereka tidak sampai ke pengetahuan kita. Dan kerana itulah saya menulis artikel ini. Semoga selepas sampainya berita tentang mereka ke pengetahuan saudara² pembaca yang mulia sekalian, akan tergeraklah di hati saudara² sekalian untuk memberikan sumbangan. Mereka tidak meminta emas dan permata. Bukan juga wang hingga bejuta. Menurut teman saya, di saat Rumah Nurhikmah sedang mencari 500 insan yang berhati mulia untuk menyalurkan wang sebanyak RM10 (sepuluh ringgit sahaja) setiap bulan. Kerana menurut perkiraan, Rumah Nurhikmah memerlukan sekurang²nya RM5,000 sebulan untuk meneruskan operasi hariannya. Sepuluh ringgit. Agaknya apalah yang boleh kita dapat dengan wang sebanyak itu hari ini? Dengan keadaan harga minyak yang kian meningkat dengan refleksnya terhadap harga barang dan perkhidmatan juga meningkat, RM10 hari ini sama nilainya, kalau pun tidak kurang, denga RM1 kira² dua puluh tahun dahulu. Maka rasanya RM10 sebulan bukanlah sesuatu yang boleh dikira membebankan. Namun rayuan ini hanyalah kepada yang mampu. Bagi yang tidak mampu, tidak mengapalah. Cukuplah dengan memasangkan niat untuk membantu dan kemudian panjatkanlah doa untuk kesejahteraan anak² ini dan juga mereka yang sudi menghulurkan bantuan. Allah mengetahui apa yang terlintas di hati kita. Dan Nabi saw juga pernah memberitahu, walaupun hanya sekadar niat, Allah telahpun mengurniakan pahala. Begitulah Maha Pemurahnya Allah. Manakala bagi yang mampu pula, tidak ada salahnya untuk menyumbangkan lebih dari RM10 sebulan. Jika hendak RM100 atau RM1,000 sebulan ataupun RM10 setiap hari, tidak akan menjadi masalah. Malah saya pasti pihak pengurusan akan menerima dengan lapang dada dan tangan yang terbuka. Setiap sumbangan bolehkan dikreditkan ke akaun Maybank bernombor 5140-1159-4047 atas nama Pusat Jagaan Nurhikmah. Sumbangan bulanan ini bukanlah merupakan satu²nya jalan untuk mereka memdapatkan dana bagi meneruskan operasi. Baru² ini mereka telah mengadakan Jualan Jumble. Tetapi menurut teman saya, walaupun ramai yang mengunjungi, penjualan tidaklah sehebat mana. Jika hebat sekalipun, pendapatan sebegini adalah jenis yang 'sekali dapat'. Maka kerana itulah rayuan seperti ini dibuat. Sebenarnya, saya ada dikirimkan sebuah slide yang menceritakan serba sedikit mengenai keadaan Rumah Nurhikmah ini. Sayangnya saiz failnya terlalu besar (melebihi 1MB) untuk saya kirimkan ke egroups. Jika ada di antara anda yang berminat untuk mendapatkannya, boleh mengemel saya di alamat ini ([EMAIL PROTECTED] - sebelum 14 Mac 2006) atau [EMAIL PROTECTED] (respon hanya selepas 14 Mac 2006). Untuk gambaran anda, biarlah saya cuba ceritakan serba sedikit keadaan rumah tersebut. Ianya tidaklah sebesar mana (dilihat dari luaran - berdasarkan kepada gambar) tetapi terpaksa memuatkan lebih 45 anak² yang berusia dari 3 hingga 15 tahun. Di sebuah ruang yang kecil, di situlah mereka makan, mengulangkaji pelajaran, solat berjamaah malah juga tidur. Dan tidur mereka hanyalah beralaskan 'toto' tanpa bantal dan tilam yang empuk. Sayu hati melihatkan mereka makan bersama di atas satu dulang. Bila tiba waktu mengulang kaji pelajaran, penuhlah meja dengan buku² mereka yang berselerekan. Mungkin kerana sebuah meja terpaksa dipakai beramai².Di dalam hati, saya terfikir betapa beruntungnya anak saya dan anak² orang lain yang, walaupun tidak mewah, namun tidak terpaksa menjalani hidup seperti mereka. Sesekali terlintas juga di fikiran. Iyalah... Tempoh nyawa di badan bukanlah kita yang menentukan. Andaikata saya dan isteri meninggal dunia sebelum anak saya membesar, apakah dia akan menjalani kehidupan seperti mereka ini? Allahu Akbar. Kita tidak tahu hari esok. Maka seeloknya kita membantu mereka di hari ini. Semoga Allah membukankan hati orang lain membantu anak kita andai kata kita dipanggil menghadapNya terlebih dahulu. Sekiranya anda ingin melihat secara dekat bagaimana keadaan Rumah Nurhikmah ini, boleh mengunjungi sendiri di alamat Lot 11552, Jalan 18, Taman Mesra, 43000 Kajang. Atau mungkin anda boleh menelefon Tn. Haji Othman Bin Ahmad (Pengetua) di nombor 016-6699942 atau Pengasas Kerabat Nurhikmah, Tn. Haji Abd. Razak Bin Haji Bazid di nombor 019-3111507 bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut. Wahai saudara² muslimku yang budiman dan yang pemurah sekalian, marilah kita bersama menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing². Mereka memerlukan bantuan kita untuk menjelaskan bil bulanan (tarif api nak naik lagi ni...) dan pembelian barangan keperluan harian termasuklah perbelanjaan sekolah mereka. Bantulah mereka. Kerana esok mungkin kita yang memerlukan bantuan. Firman Allah di dalam al-Quran; ...Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah: "Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu menggauli mereka, maka mereka adalah saudaramu dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerosakan dari yang mengadakan kebaikan. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Quran Surah al-Baqarah 2:220) Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullah… -Abu Naqibah- Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/ Artikel lain di Diari Abu Naqibah Tudung Dan Hadits Baiklah. Itu isu berkenaan tudung. Namun isu yang lebih besar adalah sikap si penulis yang terang²an menolak, bahkan menghina hadits. Kenyataan penulis bahawa jika berpandukan kepada hadits akan menjadikan akal kita semakin sempit adalah keterlaluan dan melampau. Malah, kata² sebegini sebenarnya boleh merosakkan aqidah. Kerana menolak hadits bererti menolak kepimpinan Nabi Muhammad saw berserta para sahabat Baginda Ditinggalkan... Tetapi sebenarnya ini adalah hakikat kehidupan manusia. Kita biasa menyayangi sesuatu yang nampak di mata dengan curahan sepenuh kasih sayang. Bukan sahaja isteri (bagi lelaki) atau suami (bagi perempuan), namun juga ibu, ayah, anak, adik beradik, teman atau saudara yang rapat dengan kita. Sayangnya kita kepada mereka sehinggakan kadangkala pemergian mereka tanpa ada redha dalam hati kita. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
