Jamal,
x kisah le mcm mana pun, kalo ingatan tu utk yg tua ke yg muda ke, janji jgn le samakan dgn binatang (yg kor kata x wujud tu)...tapi ayat kor tu x berapa sesuai le utk dipertontonkan dek member2 kita kat sini, jatuh mcm kor mendedahkan personaliti kor plak mcm mana...kalo kor x sebut nama dia pun, org tau saper, jadi dah mmg ada hint kat situ kan, merujuk kpd penyanyi yg mana...kalo kor nak penyanyi tu berhemah, kor pun kena le berhemah jugak...mende le kor...

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Zamira,
 
Nak menyerang aku siap bagi gambaran siksaan pada orang yang buat2 tak dengar azan.
Terima kasih mengingatkan, dah lama terlupa tentang tu.
 
Maaf jika penulisan aku menyinggung .
 
Tidak ada yang sama dengan haiwan pun. Bigfoot tu tak wujud. Kalau benar2 wujud barulah relevan.
Tidakkah yang melampau2 sampai sudah tua pun menyanyi begitu rupa ?(tak sebut nama penyanyi sebab berlapik)
 
Artis2 kalau tak nak kena komen, jagalah penampilan. Macam Mawi, aku tak minat pun dgn Mawi (dia pun tak minat kat aku) tapi aku respek kat dia sebab setakat ni dia OK.
 
Jadi kena ada batas,  Ini Malaysia bukan Las Vegas.
 
Wassalam

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Jamal,
kor ni kalo nak komen berlapik la sikit..apa plak sama kan org ngan binatang. Biar diorang la nak nyanyi mcm mana...janji diorang x pernah dengki kan org lain, dan mengata org mcm yg kor buat ni...Tu pasalla rezeki diorang Allah berkati, diorang x busuk hati mcm kor. Apa pny kaum la kor ni...suka hati mulut kor jek...bawak2 la bertaubat, sbl sampai masanya mulut kor tu dimasukkan dek cairan besi panas suatu masa nanti di alam yg lain..okeh..?

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Asm...
Mawi tu aku tengok macam jutawan kebingungan, terperanjat jadi kaya ke? Dah berbulan2 duit tak henti-henti mengalir masuk. Aku no komenlah kat rezeki dia tu.
Yang dia angkat-angkat kaki tu pasal nak meneran pitching tinggi. (korang mana tahu, korang tak pandai nyanyi).
Tapi Mawi memang hebat populariti, sampai aku nak komen pun takut2, nanti member perasan, marah kat aku.
 
Aku harap selepas Mawi ni tak ada lagi lah penyanyi-penyanyi baru, buat pening kepala mak bapak. 
 
Reality program byk sangat, sampai nak cari laki pun pakai reality program. Takut nanti nak ganti Sami Velu pun kena adakan Reality Program.
 
Anugrah ABPBH tempohari sepatutnya bukan berkisar terhadap artis sahaja, sepatutnya secara umum dan menyeluruh. Di sini aku lampirkan Anugerah Paling Popular (Yang lebih tinggi dari bintang popular)  hingga setakat ini.
 
1.Mawi
2.Bigfoot
3.Samy Vellu
4.NorFazura
5.Jacqe Victor
 
Tak nak masuk campur sangat hal ni, tapi masa curi2 tengok siaran lansung anugerah tu, yang aku marah sangat pada ada sorang pompuan tua terlalak-lalak, aku rasa suara dia macam bigfoot betina. Suara macam tu dulu2 tak laku, nasib baik ada Sudirman cover bagi can duet. Ahmad Nawab kalau boleh nak balik dah masa tu.
 
wassalam
 
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Iye ke?

Saya tengok 2 X 5 jer. Takde pun unsur-unsur keagamaan pada dua-dua penyanyi tuh. sambil nanyi angkat-angkat kaki lagi tuh.



-----Original Message-----
From: rohani
Sent: 2006-02-27T02:47:17.000Z
To: Ikhwan Muslimun
Cc:
Subject: RE: Balasan: Bismillah [hidayahnet] Antara Jacque dan MAWI
Kedua dua penyanyi ini menyanyi mengikut kehendak agama masing masing.  Jac
menyanyi mirip penyanyi dari gereja dan Mawi pula menyanyi mengikut cara dia
mengaji.    Style Jac macam org negro dan style mawi macam org nasyid.

So.ikut citarasa masing masing la.....

WORLD!

  _____

From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On
Behalf Of Mohdroslan
Sent: Friday, February 24, 2006 4:38 PM
To: Ikhwan Muslimun
Subject: Balasan: Bismillah [hidayahnet] Antara Jacque dan MAWI

Bagi saya dengan seratus peratus pilihkan Jacque Victor, satu cara cara nya
mengemaskan dirinya di atas pentas.
Kedua di segi suaranya cukup menawankan jiwa sesiapa yang mendengarkan
suaranya. Bagi semua rakyat Bintulu offshore tahniah untuk Jacque.
...ra...

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] menulis:
Antara Jacque dan MAWI...siapakah pilihanku?

Maszlee Malik


Sewaktu mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak Pe tronas di ibu
negara, saya terdengar perbualan para pekerja stesen tersebut. Antara lain
bunyinya, "Memang patut Jacqueline Victor tu menang, suara dia sedap!".
Kenyataannya itu kemudian dibidas, "Taklah, harap suara sahaja, tapi mana
dia ada ramai peminat, tengok MAWI, dia menang sokongan peminat, itulah baru
penghibur!". Muncul pula celahan dari ahli forum yang lain, "MAWI harap
peminat sahaja, Victor baru best!". Saya hanya tersenyum melihat mereka.
Kemudian, salah seorang dari mereka bertanyakan kepada saya: "Abang sokong
siapa? Jacque ke MAWI?". Saya terus menjawab "Muhammad SAW"!!!

Mengapa tidak, di kala umat Islam satu dunia sedang bangkit menunjukkan
kemarahan terhadap akhbar-akhbar   Eropah yang memaparkan karikatur yang
menghina Rasulullah SAW. Umat Islam di Malaysia sibuk bertengkar tentang
AJL, lebih spesifik lagi, tentang MAWI dan Jacqueline Victor. Ke manakah
arah rakyat Malaysia?, mungkin kerana terlalu "Hadhari" keIslaman mereka.

Menarik, apabila ditanyakan kepada PM tentang kemarahan umat Islam sedunia,
dia mengatakan rakyat Malaysia perlu bertindak rasional. Apakah agaknya
rasional rakyat Malaysia?, mungkin bersikap tidak sensitif kepada Nabi SAW
dan menyibukkan diri dengan AJL. Atau juga rasional itu dengan tidak ambil
kisah langsung terhadap Rasulullah SAW. Atau mungkin juga penghinaan
terhadap Rasulullah SAW itu sudah terlalu biasa bagi rakyat Malaysia.
Mungkin juga ada betulnya. Lihatlah mantan PM kita yang pernah menghina
janggut Rasulullah SAW. Lihatlah penulis kita ada yang menghina Rasulullah
SAW, tetapi masih berpeluang meneruskan penghinaan terhadap institusi agama
pula. Lihatlah juga kepada penghinaan-penghinaan lain yang selalu berlaku di
tanah air kita. Maka apabila akhbar-akhbar Eropah menghina Rasulullah SAW
juga, tiada apa-apa kesan bagi diri kita.

Bukanlah kita mengharapkan rakyat kita bertindak liar dengan membakar
kedutaan Denmark dan sebagainya. Sekurang-kurangnya, jika mereka dapat
membuat bantahan, itu pun sudah cukup. Demo, memorandum, boikot dan juga
beberapa inisiatif yang bersifat madani boleh diusahakan. Sayangnya,
kesepian rakyat Malaysia seolah-olah mentafsirkan kepasifan mereka di dalam
menyikapi hal ini. Tidaklah mahu dinafikan usaha NGO-NGO dan juga PAS di
dalam hal ini, tetapi di mana kerajaan?, di manakah pengerusi OIC?, di
manakah Islam Hadhari?

Di dalam mencari jawapan ini semua, akhirnya mata penulis terpegun kepada
kilang arak terbesar di Asia Tenggara milik syarikat Denmark di Shah Alam.
Mungkin kilang ini boleh menjawab kesepian Malaysia "Islam Hadhari"
berhubung isu penghinaan Rasulullah SAW. Bagi para marhain pula, dibuailah
mereka dengan dodoian AJL, dan juga perdebatan tidak pernah surut: "Jacque
atau MAWI"....Malaysia Boleh!!!

__________________________________________________
Anda Ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! mempunyai perlindungan spam yang paling baik
http://my.mail.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



SPONSORED LINKS

Divine
{http://groups.yahoo.com/gads?t=msandk=Divine+inspirationandw1=Divine+inspiratio
nandw2=Islamandc=2ands=35and.sig=noo3lrHV2VdENoDkOPMQxQ>  inspiration
Islam
{http://groups.yahoo.com/gads?t=msandk=Islamandw1=Divine+inspirationandw2=Islamandc=
2ands=35and.sig=UTV2ZgrkD1vHSwqdEbhapg>

  _____

YAHOO! GROUPS LINKS

*        Visit your group "hidayahnet
{http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet> " on the web.

*        To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
{mailto:[EMAIL PROTECTED]>

*        Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service
{http://docs.yahoo.com/info/terms/> .

  _____



Yahoo! Mail
Bring photos to life! New PhotoMail makes sharing a breeze.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


Yahoo! Mail
Use Photomail to share photos without annoying attachments.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke