Pertahankan sistem pendidikan Islam PDF Cetak
Fri | Mar 10, 06 | 05:18:28 PM
Oleh Rizal Tahir
TUMPAT, 10 Mac (Hrkh) -  Sistem pendidikan Islam yang wujud lebih 100 tahun di Malaysia, harus dipertahankan termasuk sistem pondok sedaya mungkin memandangkan ianya benteng yang paling berjaya mempertahankan syaksiah umat Islam.
Setiausaha Agung PAS yang juga anggota Parlimen Tumpat, Dato’ Haji Kamaruddin Jaffar berkata,  sistem yang berteraskan pengajian pondok yang kini telah berkembang menjadi sekolah agama Arab, adalah menjadi teras kepada kemajuan pendidikan negara ketika ini
 
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikkan Hari Terbuka Sekolah Maahad Muhammadi, Tumpat 2006 yang ke-20, di perkarangan sekolah tersebut di  sini semalam.
 
Beliau juga berkata, walaupun sekolah agama rakyat (SAR), mendapat sekatan dari Kerajaan Pusat, namun bagi kerajaan  Kelatan, sekolah berkenaan  menjadi program terpenting khususnya dalam pembentukan syaksiah masyarakat.
 
“Ada pihak yang sanggup menghapuskan SAR ini cara halus dengan menyekat bantuan perkapita kerana mengatakan sekolah tersebut merupakan tempat mendidik penganas.
 
Image
Dato' Kamarudin menyerahkan komputer untuk Maahad Muhammadi
“SAR juga dikatakan berkepentingan politik parti terentu, kerana itu  mereka (pemimpin kerajaan) takut dengan SAR,” katanya lagi.
 
Kamaruddin seterusnya berharap masyarakat umum menjadikan SAR sebagai medan mendidik khususnya untuk membentuk syaksiah yang baik di kalangan umat Islam.
Beliau juga berkata, program memperkasakan SAR ini bukanlah aktiviti yang bermusim, tetapi ianya adalah aktiviti yang berpanjangan dan berterusan.
 
Kamaruddin juga turut mendedahkan,  dengan kos pendidikan yang tinggi sekarang membuatkan banyak IPTS bumiputra yang telah ditutup.
 
“Ditambah dengan kenaikan harga minyak sekarang ini pula, membuatkan ramai lagi bumiputra ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak mampu untuk memasuki pusat pengajian tinggi,” ujarnya.
 
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Persekolahan) Yayasan Islam  Kelantan (Yik), Ustaz Mohamad Ya, pula berkata, pihaknya  ingin menjadikan sekolah di bawahnya sebagai institusi masyarakat.
 
Katanya, kini Yik  mempunyai 18 buah Sekolah Mahaad, 68 Sekolah Menengah Arab bantuan kerajaan negeri, tiga mahaad tahfis, satu ahaad tahfis sains, satu pusat pengajian pondok dan satu tadika Islam.
 
Beliau juga memberitahu, sekolah di bawah Yik memakai sepenuhnya sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran selain dari sukatan dari Universiti Al-Azhar.
 
Oleh itu, pelajar dari sekolah YIK, mempunyai kelebihan berbanding dengan mereka dari sekolah di bawah kementerian.
 
“Pelajar lepasan YIK, akan untung setahun sekiranya mereka melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar atapun di Universiti Malaya dalam pengajian Islam kerana sukatan yang digunakan di YIK, membolehkan mereka melangkah terus tidak perlu duduk di tahun satu,” katanya.
 
Beliau juga berkata, sekolah YIK tidak ketinggalan dalam ko-korikulum dengan wujudnya pelbagai aktiviti seperti kadet polis, kadet bomba dan lain-lain lagi.
 
Beliau juga mengingatkan kepada pelajar sekolah YIK, supaya menjaga indentiti mereka khususnya yang belajar di Mahaad kerana mereka ini dipandang tingi oleh masyarakat.
 
Berucap pada majlis yang sama, pengarah progam berkenaan, Ainun Mardhiah Abdul Awal pula berkata, program ini diadakan sempena 20 tahun umur sekolah berkenaan.
 
Manakala objektif program pula untuk menjalinkan hubungan sekolah dengan masyarakat, memberi peluang pelajar berorganisasi selain melancarkan dana PIBG sekolah berkenaan.
 
Pelbagai aktiviti diadakan sepanjangan dua hari program itu berjalan. Antara program yang diadakan ialah, motivasi ibubapa pelajar, konsert kesenian, forum perdana dan macam-macam lagi.
 
Turut sama dalam majlis itu, YDP PIBG sekolah, Haji Razali Ismail. Selepas majlis perasmian, Dato’ KJ telah meluangkan masa untuk melawat bilik pameran dan juga tapak pasaria.


Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke