Askum
Saudara-saudari. Saya berkesempatan melayari www.bharian.com.my selepas solat Maghrib semalam bagi mengetahui perkembangan semasa yang berlaku di tanah air. Antara berita-berita yang menarik minat saya ialah berita penderitaan adik ALIFF yang berusia 41 hari.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru jasa saudara- saudari untuk membantu anak ini. Saya hanya dapat membayangkan, komuniti HIDAYAH.NET dan TERATAK_ILMU yang menjangkau 7000 orang ahli. Andainya setiap seorang mampu menyumbang RM20 seorang, dengan jumlah 7000 ahli, ianya mampu mengumpul sebanyak Rm 14,000.00 yang pastinya mampu
meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu & ayah serta anak ini. Saya tidak dapat membayangkan perasaan hati seorang ayah dan seorang ibu yang berpendapatan hanya RM 380 sebulan, sanggup bertekad menghantar anaknya ke Hospital Swasta bagi mendapatkan rawatan demi hayat anaknya dapat dipanjangkan. Saya yakin, tindakan mereka disusuli rasa pengharapan kepada Allah agar didatangkan khawariqul addah atau suatu keajaiban buat membantu mereka.
Buktikanlah rasa prihatin kita serta rasa ukhwah berkasih sayang yang sering kita laungkan melalui email dan sessi chatting. Buktikanlah bahawa apa yang ingin dilaungkan bukanlah satu slogan bagi meraih simpati dan penyedap kuliah yang kita syarahkan kepada pembaca email dan pendengar chatting. Bantulah anak ini. Ringankanlah bebanan ayah & ibu mereka. Saya tidak layak untuk memberi sebarang janji kepada saudara-saudari
yang membantu. Namun apa yang mampu saya sampaikan ialah janji Allah bahawa kasih sayang Allah buat mereka yang membantu saudara muslimnya yang dalam kesukaran. Yakinilah bahawa janji Allah adalah pasti.
Bantulah. Bantulah. Bantulah.
Semoga usaha saudara-saudari mendapat nialaian sewajarnya di sisi Allah sebagai salah satu amal taqwa. Dan menjadi asbab yang menyelamatkan kita yang jahat ini dari menjadi bahan bakaran api neraka.
Wassalam
Aliff perlu RM18,000
GEORGETOWN: Seorang bayi lelaki berusia 41 hari yang menghidap sakit jantung, mengharapkan simpati orang ramai bagi menampung kos pembedahannya yang berjumlah RM18,000.
Pembedahan dilakukan pakar perunding kardiotorasik, Dr Hafiz Law Abdullah di Pusat Perubatan Gleneagles di sini.
Anak kedua kepada pasangan Siti Mariam Ahmad dan Muhammad Shafiee, terpaksa menjalani pembedahan segera kerana keadaannya yang serius dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Siti Mariam berkata, anaknya dikesan menghidap penyakit itu selepas dia dilahirkan di Hospital Alor Star pada 28 Januari lalu.
Memandangkan keadaannya semakin tenat, Muhammad Aliff disyorkan supaya dipindahkan ke Pusat Perubatan Gleneagles bagi menjalani pembedahan kecemasan.
"Saya tidak sanggup lagi melihat Muhammad Aliff menderita dengan keadaannya memerlukan alat bantuan pernafasan sejak dilahirkan," katanya di sini, semalam.
Siti Mariam dan suaminya yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah, memperoleh pendapatan kira-kira RM380 sebulan hasil menoreh getah, tidak mampu untuk menanggung pembiayaan pembedahan itu.
"Suami saya sukar untuk mendapatkan pekerjaan lain kerana bisu," katanya.
Dr Hafiz berkata, bayi itu dilahirkan keadaan tidak cukup bulan, mengakibatkannya menghidap penyakit digelar 'Patent Ductus Arteriosus'(PDA).
PDA ialah satu keadaan di mana sejumlah besar darah mengalir ke dalam paru-paru pesakit dan menyebabkannya tersumbat, maka ia mengakibatkan Muhammad Aliff mengalami kesukaran bernafas.
Orang ramai yang ingin menderma boleh menghantar cek atau wang pos kepada Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama penerima di belakang cek masing-masing.
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
