Antara Nuzul dan Asbabul Nuzul I
 
Sudah menjadi satu kemestian dan kelaziman bagi lidah-lidah para daie membaca serta menghayati ayat-ayat Allah yang suci. Namun ada juga di kalangan kita yang konsisten dan ada juga yang sebaliknya. Akhirnya mudah-mudahan Al-Quran menjadi pembimbing bagi diri dalam menuju Allah.
 
Kebiasaan Al-Quran yang kita ketahui bermaksud kalamullah. Ia bersifat mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallalhualaihiwassalam yang dinukilkan secara tawatur dan orang yang membacanya adalah tergolong kepada orang yang beribadah.
 
Kita akan melihat sedikit berkenaan dengan latarbelakang Al-Quran yang berorientasikan kepada hal berkenaan dengan nuzul dan asbabun nuzul.
 
Nuzul
 
Perkataan nuzul (turun) dalam bahasa Arab beerti hulul (berhenti, diam).  Dalam frasa arab, ia sering dikaitkan juga dengan nazala fulanun bi al-madinah  yang bermaksud Fulan telah turun di kota. Kata nuzul  dari sudut bahasa pula ialah habatha min uluwwin ilaa asfalin iaitu jatu atau bergerak dari ats ke bawah dan apabila dikaitkan nuzul Quran, ia bermaksud turunnya Quran kepada Rasul sallalhualaihiwassalam.
 
Atau yang lebih mudah untuk memahaminya, nuzul bermaksud turunnya Al-Quran kepada Rasulullah sallalhualaihiwassalam yang dibawa turun melalui perantaraan Malaikat Jibrail.
 
Kita lihat pula berkenaan dengan asbabun nuzul,
 
Asbabun Nuzul (AN)
 
Sebelum kita mendalami kepada pendekatan definasi, kita lihat dahulu berkenaan dengan kandungan Al-Quran. Pertama, kita perlu ketahui bahawa Al-Quran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu ada yang mempunyai dan ada yang tidak mempunyai AN.
 
Ada sebahagian ulama mengatakan bahawa turunya Al-Quran disebabkan satu peristiwa atau pertanyaan dan kedua ditutunkan terus tanpa AN.
 
Maka, tidak semua ayat yang diturunkan mempunyai AN dan kebanyakkan ayat yang tidak mempunyai AN ini adalah lebih banyak.
 
AN ini amat penting kepada para ulama dan daie bagi memahami situasi sebenar dan keadaan ayat itu diturunkan. Jika tidak difahami dengan betul dan sahih, maka tafsiran yang sesat akan terhasil.
 
Definisi AN adalah suatu hal yang kerananya satu atau beberapa ayat diturunkan yang mana ayat tersebut mempunyai sebab-sebab tertentu atau memberi jawapan terhadapnya atau menerangkan hokum pada saat terjadinya sebab itu.
  

Mohd Syamil Bin Hj Mohd Yusuff

Antara Nuzul dan Asbabul Nuzul I
 

 
Moderator
Hidayahnet

Group Information

  • Members: 7865
  • Category: Islam
  • Founded: Sep 6, 2003
hidayahnet · eGroup For The Muslim Ummah (Malay)

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.


{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125)



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke