From: qalyubi
sakura
Sent: Sunday, March 12, 2006 12:04
PM
Subject: ~ ArTiKaL ~ :- ANDARTU, Bila Mawar
Kering Dipupuk Angin -:
~ ArTiKaL ~ :- ANDARTU, Bila
Mawar Kering Dipupuk Angin -:
Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu, yang
menjadikan kamu dari diri yang satu (jenis) dan menjadikan isterinya dari
jenisnya (bangsanya) sendiri, dan kemuadian Tuhan memperkembang-biakkan dari
keduanya, laki-laki dan perempuan-perempuan yang
banyak.
Apabila
seseorang perempuan mengandung janim dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
Andartu atau Andalusia
ibarat bunga kering di hujung ranting. Cantik perawannya bertempoh. Kalau duri
terlalu banyak dan tajam, ia tidak memungkinkan di petik. Dan apabila tiada
jemari yang sudi menyunting ketika ia mekar berkembang, kelopaknya akan layu.
Merahnya akan pudar lalu kuntum pun berguguran. Cantiknya hanya akan tinggal
sejarah. Sejarah yang tidak mungkin berulang. History wont repeat
itself.
Pepatah inggeris ada menyebut, Houses are but walls and
beams; homes are buit of love and dream. Itulah hakikat harganya cinta
dalam kehidupan manusia. Tiada yang bernama manusia kecuali terselit di benak
hatinya keinginan untuk membina keluarga serta hidup bahagia bersama pasangan
dan anak-anak anugerah Allah S.W.T.
Bagaimanapun, tidak semua yang berjaya
mendaki ke puncak, dan tidak semua yang diberikan kesempatan mengecap
kebahagian. Ada yang tersungkur di tengah jalan lalu mengharap simpati dan belas
ihsan. Dalam kehidupan berumahtangga di Negara kita, insan yang gagal
mendapatkan jodoh biasanya akan terpinggir dari arus kehidupan
berkeluarga.
Di mana silapnya ummah ini hingga memungkinkan wujud golongan
yang gagal memperolehi pasangan? Salah mereka yang tidak mendapat jodoh atau
salah masyarakat yang melulu meletakkan label? Saya ingin mengajak kita semua
menerobos ruang hakikat sebenar yang berlegar di dalam masyarakat.
Ada yang
menyatakan faktor utama kepada wujudnya andartu ialah soal wajah dan
kecantikan. Pandangan ini walaupun ada kebenaran namun tidaklah
seratus peratus benar. Buktinya, tidak semua yang berumahtangga dan mempunyai
keluarga yang bahagia mempunyai rupa paras yang cantik. Begitu juga tidak semua
yang lambat berkahwin dan sukar mempunyai jodoh mempunyai rupa paras yang kurang
cantik.
Hakikatnya, faktor utama yang mewujudkan andartu ialah
anggapan umum masyarakat terhadap proses perkahwinan yang di anggap
sebagai sukar dan memayahkan. Ia juga adalah satu amplikasi yang
wujud secara tidak langsung apabila harga mas kahwin dijadikan kayu
ukur bagi menilai prestij anak gadis dan keluarganya. Wujudnya
keluarga atau masyarakat yang melihat bahawa bahawa perkahwinan ialah satu
institusi yang berharga memberikan tekanan kepada anak gadis dan keluarganya
sendiri. Masakan tidak, untuk diletakkan harga mas kahwin yang murah dan
berkat akan mengundang malu andainya ia menjadi buah mulut
masyarakat. Bahkan, ada yang menganggap bahawa jika anak gadis diletakkan mas
kahwin yang lebih rendah daripada 2,000, maka lebih baik menjual lembu daripada
menjual anak dara!! Di sinilah sebenarnya ramai di antara ahli masyarakat yang
lupa (atau buat-buat lupa) terhadap pesanan Rasullah S.A.W yang diriwayatkan
oleh Aisyah R.A : Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah
mas kahwinnya hadis riwayat Iman Ahmad, Kitab Baqi
Musnad Ansor, no 23966.
Hakikat sebenar yang berlaku di dalam masyarakat ialah
kadang-kadang mas kahwin yang dibayar oleh pengantin lelaki bukannya diberikan
sepenuhnya kepada pengantin perempuan, tetapi ia digunakan untuk menampung
perbelanjaan majlis perkahwinan yang tentunya diadakan secara besar-besaran.
Sikap ahli keluarga yang sanggup berhabis demi menjaga maruah dan prestij adalah
satu paradigma yang salah dan menyeleweng.
Andartu juga wujud apabila
poligami diboikot. Bukan menjadi rahsia sikap wanita yang
seboleh-bolehnya tidak mahu berkongsi kasih. Sekalipun poligami dibenarkan dalam
Islam, namun semanis-manis madu, ia tetap pahit bagi wanita. Bagaimanapun, di
dalam keadaan yang tertentu, seharusnya pihak isteri tidak terlalu memusuhi
malah memboikot poligami. Apabila diyakini suami mampu berlaku adil di dalam
masalah pemberian nafkah kepada isteri, maka suami perlu diberikan lampu hijau
untuk beristeri lagi. Benar, bercakap tidak semudah melaksanakannya. Hanya yang
bergelar isteri sahaja yang tahu betapa peritnya jiwa yang terpaksa bermadu,
namun andainya ia dilakukan demi untuk menyelamatkan jiwa serta maruah gadis
lain yang bergelar andartu sekaligus mengelakkannya dari terjebak di dalam
lembah kehancuran, adakah ia tidak berbaloi?
Andartu juga wujud apabila
terdapat golongan muslimat yang langsung tidak mengambil sebarang
langkah untuk mencari jodoh mereka sendiri. Benar, baik bagi
muslimat jika menyerahkan soal jodoh mereka kepada keluarga sahaja. Namun,
hakikat yang berlaku pada zaman sekarang tidak lagi demikian. Percampuran yang
boleh dikatakan tidak dapat dielakkan secara seratus peratus di antara lelaki
dan wanita yang berlaku sejak dari sekolah rendah lagi memberikan peluang secara
tidak langsung untuk mereka sendiri mencari jodoh sesama sendiri. Dari konteks
mahasiswa, siapakah yang dapat menafikan bahawa pergaulan di sebalik tabir
sekalipun tidak di jadikan batu loncatan untuk mencari jodoh? Siapakah yang
dapat menafikan kebersamaan di dalam menganjurkan program kadangkala bertukar
menjadi jalinan cinta dan berakhir di jinjang pelamin? Namun, langkah pertama
biasanya bermula dari pihak lelaki. Kenapa tidak, andainya pihak perempuan
memulakan langkah, maka akan kedengaranlah suara-suara sumbang yang meberikan
label Perigi mencari timba.
Soalnya,
salahkah perigi mencari timba? Jika diperhatikan di dalam
al-Quran, dinyatakan kisah seorang ayah yang menawarkan anaknya kepada Nabi Musa
untuk di kahwini. Kisah ini disebut di dalam surah Al-Qashash, ayat 27. seorang
ulama masakini, Dr Wahbah Az-Zuhaili semasa mentafsirkan ayat ini juga turut
membawakan contoh-contoh lain di dalam sejarah Islam yang menunjukkan wakil
pihak wanita mengemukakan tawaran untuk dijodohkan dengan mana-mana lelaki.
Contohnya, Ummul Mukminin Khadijah yang meminang Rasulullah S.A.W. begitu juga
dengan Saidina Umar yang menawarkan anaknya Hafsah setelah kematian suaminya
untuk dijodohkan dengan Abu Bakar dan Usman. Kedua-dua sahabat itu hanya
mendiamkan diri tanda menolak. Rupa-rupanya kelewatan Hafsah mendapat jodoh ada
hikmahnya. Dia kemudiannya di kahwinkan dengan Rasulullah S.A.W, insan yang
terbaik di kalangan yang baik. Sebab itu, golongan yang lambat mendapat jodoh
tidak wajar berputus asa. Mungkin mereka senasib dengan Hafsah, belum tentu
tidak! Apa yang penting, kesanggupan pihak perempuan untuk turut mencari jodoh,
bukan hanya berteleku di tepi dinding menuggu pinangan orang. Apa salahnya kalau
sekali sekala muslimah mengambil langkah merisik dan
meminang?
Sebab lain
yang mewujudkan andartu ialah apabila seseorang wanita terlalu mementingkan kerjaya
hingga menganggap perkahwinan sebagai satu konkongan dalam
hidupnya. Mereka memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang
menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula
berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Golongan seperti ini kebanyakkannya wujud di bandar-bandar besar di mana
terdapat wanita yang menjawat jawatan tinggi di dalam sektor perkhidmatan awam
atau swasta lalu masa yang sama mengabaikan tuntutan fitrah mereka sendiri.
Mereka sepatutnya menyedari bahawa perkahwinan akan memberikan ketenangan dan
kebahagian kepada jiwa. Walaupun nampak seolah-olah kerjaya yang ada sudah
mencukupi buat mereka, namun hidup seorang diri tanpa sebarang pergantungan
adalah bertentangan sama sekali dengan fitrah seorang wanita.
Di Malaysia,
walaupun golongan ini sudahpun wujud namun dalam jumlah yang terkawal. Apa yang
kita bimbang, andainya senario ini tidak dikawal, masyarakat Malaysia khususnya
umat Islam akan berubah sedikit demi sedikit menjadi seperti masyarakat Barat
yang menganggap proses perkahwinan sebagai bahan mainan. Bukan menjadi rahsia
dan keaiban lagi di kalangan mereka yang baru berkahwin sekalipun sudah bersama
berpuluh tahun dan beranak pinak berdozen-dozen.
Revolusi pendidikan juga kdang kala menyumbangkan kepada wujudnya gejala
andartu. Golongan wanita mula menerobos alam pendidikan hingga meraih kejayaan
yang kadang-kadang mengatasi kehebatan kaum lelaki. Ekoran itu, hampir tiada
lagi perbezaan di antara lelaki dan wanita dalam menggariskan cita-cita dalam
hidup. Kalau dulu, kebanyakkan wanita meletakkan perkahwinan sebagai matlamat
terakhir dalam hidup. Menumpukan tugas kepada menjaga dapur
dan mengasuh anak merupakan dunia paling global bagi wanita. Bagaimanapun,
senario itu hampir pupus pada hari ini. Sebagaimana kaum lelaki mengejar
kejayaan dalam pelajaran hingga ke peringkat PhD, begitu juga kaum wanita.
Malah, di institusi-institusi pengajian tinggi, kaum wanita melebihi kaum lelaki
berkali-kali ganda. Salah satunya di Universiti Utara Malaysia, satu perangkaan
yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, 6 Julai 2003 dulu menunjukkan jumlah
siswi ialah 71% manakala siswa 29%! Lalu, setakat manakah peluang kaum wanita
untuk mencari jodoh yang sekufu dengan mereka?
Kadang-kadang
mencari calon suami yang terlalu
ideal juga merupakan masalah bagi kaum wanita. Muslimat
khususnya selalu beranggapan, sukar lagi dicari suami yang bertanggungjawab,
soleh dan mampu menyayangi sepanjang hayat. Apatah lagi, jika mahu di tambah
pula dengan wajah yang kacak seperti hero filem-filem Hindi. Sebagaimana kaum
lelaki perlu menerima hakikat bahawa sukar mencari wanita yang mempunyai
segala-galanya; kecantikan, kecerdikan, kekayaan, berketurunan baik dan solehah,
begitu jugalah kaum wanita perlu menerima hakikat bahawa terlalu sukar untuk
mencari lelaki yang sempurna dan mempunyai segala-galanya. Janganlah kerana
terlalu memilih calon suami yang terlalu ideal menyebabkan kita terlepas
segala-galanya. Berpadalah dengan agama, faktor lain pula sebagai
pelengkap.
ANDARTU &
KESANNYA
Psikologi
& Tekanan Emosi
Secara
umumnya gadis-gadis yang di label andartu akan mengalami tekanan dan
depresi dari segi mental dan emosi. Mereka dianggap memberi malu
dan aib kepada keluarga lantas dicemuh oleh masyarakat serta dilempar dengan
pelbagai tuduhan.
Hasilnya, inferiority complex mula membasah di sanubari.
Rasa malu yang menguasai akan menghalang mereka daripada berhadapan dengan
masyarakat. Perlahan-lahan mereka terpinggir dan terasing daripada persekitaran.
Mereka yang lemah imannya akan mula menyalahkan takdir. Merasakan paras yang
diberi belum cukup menarik lalu mempersoal ketentuan Tuhan, kenapa tidak
dianugerahkan raut wajah semanis Siti Nurhaliza, seramping Haifa atau secantik
Britney Spears? Tuntas ramai yang berkorban supaya tampak cantik dan menarik
pada pandangan lelaki. Anorexia dan Bulimia adalah natijah yang biasa. Lebih
menggerunkan apabila ada yang sanggup menjadi mangsa teknologi, rela kulit
mereka disiat-siat dan dikelar sinar laser.
Cinta
& Tuntutan Naluri
Perempuan yang normal tidak dapat lari daripada perasaan
ingin menyintai dan dicintai. Cinta adalah suatu anugerah yang tidak terhitung
nilainya. Women are so lovely, full of love and should be loved.
Masing-masing mengimpikan kehidupan yang dilimpahi kasih sayang disamping suami
dan anak-anak tercinta, lalu mereka mencari-cari perhentian yang dinanti selama
ini. Apabila yang ditunggu-tunggu tidak muncul, jiwa akan lebih menyesak.
Tekanan makin mendesak. Ini menyebabkan syaitan-syaitan berwajah kacak lebih
mudah mengambil kesempatan. Pengakhirannya ialah penipuan, perkosaan, penderaan,
pelacuran dan seribu satu macam lagi tragedi.
Mereka yang tidak menjadi
mangsa manusia akan menjadi mangsa nafsu sendiri. Namun, awas! Jangan sesekali
menghukum semuanya begitu, kerana iman yang berpasak di dada adalah benteng
segalanya.
Kesuburan &
Kehamilan
Tahap kesuburan perempuan akan semakin menurun apabila
memasuki usia 40 an. Jadi, mereka yang berkahwin pada usia ini mempunyai peluang
yang tipis untuk mendapatkan anak dan sekiranya dia mengandung, kandungan
tersebut akan membahayakan nyawanya. Selain itu, kelahiran anak terpaksa juga
dihadkan.
Menurut pakar obstetrik dan ginekologi, Dato Dr Hamid Arshat, bagi
yang berkahwin dalam usia lewat, risiko pada kesihatan meningkat kerana apabila
mengandung, jantung dipaksa mengepam 40 peratus lebih daripada biasa di samping
kandungan air dalam badan meningkat, sendi-sendi longgar, berlaku perubahan pada
usus, sakit buah pinggang dan sakit tulang belakang.
Kesimpulannya,
beberapa faktor yang di gariskan ialah antara faktor-faktor utama yang
mewujudnya andartu. Tanpa menafikan faktor-faktor yang lain, andainya
faktor-faktor yang digariskan dapat di atasi, insyaAllah gejala kahwin lambat
hingga mewujudkan andartu ini tentu dapat disifarkan. Apa yang penting, doa dan
tawakkal perlulah diiringi dengan usaha khususnya dari pihak wanita itu sendiri.
Kita wajar menentukan hidup kita sendiri. Saranan buat lelaki; kikislah sifat
pilih umur dalam diri. Jadilah seperti Rasulullah S.A.W yang pada pertama
kalinya memilih seorang wanita yang berbudi pekerti mulia dan berusia walaupun
baginda masih teruna. Siapa lagi yang boleh diletakkan harapan untuk membela
nasib andartu dan yang bakal bergelar andartu kecuali lelaki yang benar-benar
berperibadi serta mempunyai rasa keperimanusiaan yang tinggi? Benar, Siti
Khadijah tiada pengganti. Namun, Siti Aisyah juga sukar dicari! Juga saranan
buat wanita; letakkan perasaan redha dalam diri jika di takdirkan bermadu,
buangkan sifat boikot terhadap poligami dan jangan takut kepada adat yang
terpesong. Lamarlah pihak lelaki, jangan mengharapkan kaum lelaki sahaja yang
memulakan rentak. Ayuh izzahkan untuk kebahagian bersama selagi mana tidak
melanggari nas-nas syariat Islam.
Sabda Rasulullah
S.A.W :Wanita adalah tiang Negara, bila ia baik, baiklah Negara. Dan
bila ia rosak, maka rosak pula Negara. Jesteru itu, penyelesaian
yang paling utama untuk menyelesaikan masalah andartu ini ialah dengan mengatur
perkahwinan mengikut syariat tanpa menyusahkan mana-mana pihak.
~~~@
BuNgA LaYu SeBeLum BeRkeMbaNg @~~~
::- KeKaiZeNan
MiNda KeIzZahAn BerSaMa -::
Moderator
Hidayahnet
Group Information
- Members: 7879
- Category: Islam
- Founded: Sep 6, 2003
hidayahnet · eGroup For The Muslim Ummah
(Malay)
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
Hidayahnet is for Muslims to share their
knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay
or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from
Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.
{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of
your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the
Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly,
your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware
of those who are guided.}(Holy
Quran-16:125)