|
Penulisan oleh Dr. Hafidzah Mustakim (AJK
JIM Pusat & Timbalan Ketua Wanita JIM Pusat sesi 2005-2007) yang telah
berada di New York bersama Dr. Harlina (Ketua Wanita JIM Pusat) menghadiri
persidangan United Nation.
____________________________________________
Assalamualaikum wr wb,
Bertemu lagi...
Perjalanan yang panjang dan
memenatkan
Perjalanan ke Stockholm mengambil masa 12 jam,
merentasi ruang angkasa Thailand, India, Bukhara, Samarkhand, Moscow sebelum ke
destinasi pertama Stockholm. Aku telah membuat beberapa persediaan untuk
perjalanan panjang ini bersama buku nota dan beberapa buku
bacaan.Paling lama aku boleh terlena hanyalah beberapa jam sahaja. Aku
menuliskan beberapa noktah misi perjalanan ini :
Sesekali fikiran ini melayang kepada detik-detik
sebelum perjalanan ini. Laluan untuk sampai ke saat ini tidak mudah untuk aku
dan keluarga. Banyak perkara yang harus diambil kira dalam membuat keputusan.
Belanja yang mahal, wajarkah untuk organisasi? Meninggalkan keluarga dengan anak
yang masih kecil dan memerlukan perhatian intensif; adilkah untuk
mereka? Meninggalkan klinik untuk tempoh yang lama, tiada aku maknanya
pesakit yang datang juga akan turun dengan mendadak; bolehkah kami menanggung
defisit ini? Dari awal aku telah mengusulkan agar dicari pengganti untuk
menemankan Dr Har ke New York. Akhirnya aku bersyukur dengan bantuan Akhi Che
Rahimi, suami penyayang yang sentiasa memberikan galakan , kami membuat
keputusan untuk mengatasi segala cabaran yang ada dan akhirnya sampailah aku ke
saat ini. (Inilah juga ciri-ciri yang aku dapati di kalangan semua suami akhawat
2 dari Mesir, 1 Jordan dan 1 Libyan yang tinggal di
Ireland ) dalam kumpulan kami mewakili wanita islam di UN ini.
Mereka adalah dari kaum lelaki yang begitu gender sensitif hasil dari
pentarbiyahan syumul yang sanggup berkorban demi untuk dakwah
ini.
Masa terus berlalu ; baca,tulis, tidur, makan,
baca, makan dan akhirnya pada jam 10 malam ( 3 petang waktu tempatan) pesawat
Boeing 747 MAS mendarat di Lapangan Terbang Alanda Stockholm yang putih
diselimuti salji yang masih tebal. Kelihatan beberapa jentera berat pembersih
salji dipinggir landasan. Juruterbang memaklumkan suhu diluar adalah - 5
C. Transit selama 1.5 jam kuhabiskan bersama seorang wanita India Mangalam
berusia lebih separuh umur yang dalam perjalanan ke New Jersey mengunjungi
keluarga abang iparnya yang telah menetap di Amerika selama lebih 30
tahun. Suami Mangalam telah meninggal dunia 2 bulan sebelum itu akibat
Asthma dan komplikasi jantung. Beliau yang memiliki status permanent resident
(green card) saban tahun mengunjungi US untuk mengaktifkan status penduduk
tetapnya.
Tepat jam 4.30 petang waktu tempatan , kami
berangkat menuju New York dalam perjalanan selama 6 jam . Hati begitu lega
melihat Dr Harlina sudah sedia menunggu di lapangan terbang Newark, New Jersey.
Brother Imam Shamsi Ali, warga Indonesia yang bertugas di Indonesian Mission dan
juga Imam Masjid Islamic Centre New York sedia menjadi pemandu kami. Saki baki
salji masih kelihatan di merata tempat. Sejuk terasa. Perjalanan ke
Helmsley Middletown Hotel melalui jalan Broadway yang terkenal itu.
"Culture Shock' aku melihat iklan yang terpampang ; inilah gambaran ekploitasi
wanita dan lelaki diperingkat maksimum. Memang golongan ini memerlukan cahaya
Islam untuk membebaskan mereka dari perhambaan meraka kepada nafsu dan diri
mereka sendiri.
Pengalaman di United Nation akan
menyusul.....
Wassalam
Dr Hafidzah
Manhattan 9/3/06
Moderator
Hidayahnet
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Group Information
hidayahnet ยท eGroup For The Muslim Ummah
(Malay)
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay. {Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125) -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|
