Assalamualaikum.
Sehingga kini banyak pehak telah memberi idea pro dan kontra disebalik kenaikan harga minyak yang mengalami kenaikan sejak 28 Februari 2006 yang lalu. Ada pehak yang menentang tidak kurang yang berkecuali serta ada pehak yang menyokong dasar kerajaan menaikkan harga.
Kali ini saya ingin membuka fakta apa isu sebenar disebalik kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen sehingga menjadi kemarahan pada banyak pehak. Pada pehak Pemerintah dinasihatkan berhati-hati membawa isu ini kerana sedikit kesilapan akan membawa padah yang buruk pada negara. Ibarat menarik rambut dalam tepung , rambut tak putus dan tepung tak rosak.
Jika tak pandai membawa pada jalan penyelesaian, dikhuatiri negara Malaysia terjebak dalam Gelombang
Kebangkitan Rakyat di Asia Tenggara seperti mana yang berlaku pada negara jiran Thailand dan Filipina.
Isu sebenar nya ialah harga minyak pada pasaran antara bangsa telah menurun dari US Dollar 70 setong pada tahun 2005 kepada US 60 Dollar setong pada awal tahun 2006. Di jangka harga minyak mungkin turun lagi jika tidak berlaku peperangan seperti peperangan Amerika dengan sekutu PBB melawan Iran.
Jadi tiada sebab mengapa negara Malaysia selaku negara pengeluar minyak hendak menaikkan harga minyak . Sepatutnya yang berlaku penurunan harga minyak ekoran kejatuhan harga minyak dipasaran antarabangsa!
Mengikut data dari Petronas, Perolehan kos operasi oleh PETRONAS pada tahun 2004/2005 hanya 5.89%atau 9.54 sen bagi setiap liter petrol RON97, RM1.62 perLiter(sumber:PETRONAS).
Bermakna bagi setiap liter minyak petrol kos operasinya hanya berkisar pada 9.54 sen. ( tidak sampai sepuluh sen) Dan jika dijual pada harga sebelum 28 Februari ,pehak kerajaan masih lagi mengalami keuntungan sebanyak RM 1.524 bagi satu liter!
Jadi dimana rasionalnya untuk menaikkan lagi harga minyak sebanyak 30 sen? Dikatakan pehak kerajaan terpaksa menampung subsisdi pada paras harga minyak dipasaran antara bangsa yang berkisar sebanyak RM 2.00 seliter!
Jika negara Malaysia adalah negara pengeluar minyak tidak timbul soal isu subsidi! Isu subsidi hanya berlaku jika negara Malaysia bukan sebagai negara pengeluar minyak dan terpaksa
mengimport minyak. Jika harga pasaran sebanyak RM 2.00 seliter dan di Malaysia harga minyak berkisar pada harga RM 1.92 sen barulah dikatakan pehak kerajaan membelanjakan subsidi 8 sen bagi setiap liter petrol!
Tapi dimana rasionalnya jika kos operasi hanya sekitar 0.94sen ( tidak sampai sepuluh sen) seliter dan dipehak kerajaan menaikkan lagi sebanyak 30 sen. Ini bukan dikatakan memberi subsidi minyak tetapi menekan kuasa beli rakyat dan menindas rakyat untuk kepentingan pehak kapitalis dan kroni kerajaan!
Amat malang minyak adalah anugerah Illahi pada rakyat Malaysia tetapi yang merasainya ialah pembesar negara, wakil-wakil rakyat serta kroni negara. Pada rakyat jelata tidak merasai apa-apa. Pada majoriti masyarakat rakyat Malaysia seperti orang kampung , buruh kasar, para nelayan dan petani serta yang bekerja sendiri akan
merasa kesempitan hidup ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang!
Ini adalah suatu kezaliman dan penindasan pehak pemerintah pada rakyat jelata. Pehak pemerintah memberi alasan terpaksa mengawal pengeluaran minyak dengan menaikan harga kerana simpanan minyak di Malaysia hanya mampu menampung bertahan selama 10 tahun sahaja!
Persoalannya wajarkah alasan yang sedemikian? Selama beberapa lama simpanan minyak mampu bertahan, pada Allah jua yang menentukan.Pada pehak yang dipertanggungjawab menjaga amanahnya hanya mampu menganalisa tetapi tidak semestinya tepat! Pehak pemerintah sepatutnya berpegang pada janji Allah bahawa jika rakyatnya beriman dan bertaqwa, maka bantuan Allah akan tiba sepanjang masa dan bukan sekitar 10 tahun sahaja!
Ibarat
menentukan rezeki para nelayan, kita tidak mengetahui sejauh mana simpanan ikan dalam laut dalam! Dan adalah haram untuk bergantung pada spekulasi dalam menentukan harga ikan . ini adalah ibarat perjudian dan yang sepatutnya adalah pergantungan pada Illahi akan rezeki, ajal dan jodoh!
Inilah bahananya jika para pegawai kerajaan samada yang dilantik atau yang memegang amanah dari rakyat tidak Mengenal Tuhan dalam menjalankan tugas pada rakyat! Tidak terasa Tuhan adalah Penentu segala-galanya! Yang dirasai hanya wang! Keseluruhan pemikiran dan kehidupan mereka bergantung pada wang untuk hidup! Ibarat haiwan yang tidak berakal! Haiwan mana ada pergantungan pada Illahi. Semuanya mengikut hawa nafsu!
Sudah tiba masanya kenaikan harga minyak dikaji semula. Kita tidak mahu rakyat Malaysia yang berlemah lembut bertukar seperti
rakyat Thailand dan Filipina yang menganjurkan demontrasi!
Demontrasi dan revolusi mana ada dalam Islam! Yang ada hanyak kaedah EVOLUSI . Kaedah lembut dan lunak . Jika para pemimpin terasa kewibawaan mereka semakin menurun, baik mereka turun dari jawatan secepat yang mungkin! Supaya hak dan amanah rakyat dipulangkan kembali pada mereka yang lebih berhak! Hak pemerintahan menurut Islam!
Wassalam.
Dari Moderator
SiberMelayu.
Kamunting.
Yahoo! Mail
Use Photomail to share photos without annoying attachments.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
