| Protes bantah kenaikan minyak perlu berterusan |
| KOTA BHARU, 13 Mac (Hrkh) Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan di negara ini disaran mengadakan bantahan secara berterusan bagi mendesak supaya kerajaan menurunkan semula harga minyak. Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa berkata, bantahan perlu diadakan melalui rapat umum,
demontrasi atau penyebaran risalah sebagai menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. Tindakan memprotes kerajaan melalui bantahan perlu dilakukan secara berterusan sehingga kerajaan menurunkan semula harga minyak, katanya ketika meraikan petugas-petugas PAS bagi kawasan Parlimen Kubang Kerian, baru-baru ini. Menurutnya melalui siri-siri bantahan itu juga kita mendesak kerajaan supaya menyatakan secara terperinci ke mana keuntungan Petronas sebelum ini dibelanjakan. Sejak Petronas beroperasi sehingga ke hari ini kita anggarkan sudah lebih RM500 bilion keuntungan dari hasil minyak diperolehi, kerana itu
kita ingin tahu ke mana dihabiskan keuntungan yang begitu besar, ujarnya. PAS juga menubuhkan Jawatankuasa Protes Harga Minyak yang bermoto Protes Sampai Turun. Mengulas isu yang sama Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, punca sebenar kerajaan menaikan harga minyak kerana kedudukan kewangan negara dalam keadaan tidak stabil. Menurutnya punca sebenar masalah itu berlaku kerana cara menguruskan negara tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam. Ketidakstabilan kewangan negara kerana cara mengurus
kewangan yang terlalu boros dan bermewah-mewah sehingga berlaku pembaziran. Pemborosan dan pembaziran yang berterusan inilah akhirnya telah membawa natijah kepada kedudukan kewangan negara seperti sekarang, katanya. Selain itu kerajaan juga membelanjakan wang untuk membina perojek-projek mega dan mewah walaupun projek tersebut tidak menjadi keutamaan kepada negara. Misalnya
litar lumba kereta F1 di Sepang, menara berkembar dan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya akhirnya menyebabkan rakyat menangung beban. Kata beliau, lebih parah lagi kenaikan harga minyak menyebabkan harga barangan keperluan harian naik dan ia memberikan kesan berganda kepada kehidupan rakyat. Kata beliau juga, biar pun Kelantan mempunyai sumber kewangan terhad, namun hasil usaha berjimat
cermat membolehkan kerajaan negeri terus bertahan. Antara tindakan berjimat cermat yang dilakukan di Kelantan iaitu elaun Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, anggota-anggota Exco dan Adun turut dipotong, ujarnya. |
Win a BlackBerry device from O2 with Yahoo!. Enter now.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
