Didoakan semoga semua berada dalam keadaan kesihatan yang baik, iman yang 
mantap dan diberi kekuatan beramal liridhalLah. Mudah-mudahan kita semua 
senantiasa beroleh kesenangan dan ketenangan dalam berurusan dengan penghidupan 
insya ALLAH.

 

Sahabat-sahabat, rakan sekerja dan saudara-saudara seaqeedahku sekalian.. € ¢Â 
Mengikuti perkembangan semasa mutakhir ini, terlalu banyak pesta hedonisme, 
penganugerahan dan karnival hiburan yang dianjur dan dihebahkan.. Anugerah 
Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular, Konsert SureHeboh (kini JomHeboh) dan 
pelbagai lagi konsert-konsert dan pesta-pesta hiburan yang kalau tidak 
keseluruhannya, pasti sebahagiannya akan membawa kepada SureDosa atau mengajak 
kepada JomDosa.

 

Alhamdulillah dan segala puji bagi Allah yang Maha Pemberi Petunjuk di atas 
nikmat kesedaran yang tertanjap di dalam jiwa, hati nurani dan diri kita semua. 
Berikut dikongsikan sebuah artikel untuk kita fikir-renungkan secara bersama 
dan semoga bermanfaat ke arah membimbing jalan serta menunjuk arah kepada kita 
mencari redha Allah dalam kehidupan kita di dunia dan beroleh SyurgaNya di 
Akhirat sana. Ayuh.. Bersama Kita Mencari Redha Allah.. Kita Pasti Tidak Akan 
Kecewa!

 

MAKSIAT YANG TERSEMBUNYI

Petikan: Budaya Hiburan € ¢â’ ’³ Maksiat yang € ¢â’ ’¸Makan Dalam€ ¢â’ ’¹.


"Yahudi adalah penaja utama hiburan yang merosakkan ini. Tujuannya adalah untuk 
menjajah dan melemahkan fikiran dan jiwa umat Islam. Bagi membendung hiburan 
yang merosakkan ini ialah dengan menyediakan alternatifnya, iaitu hiburan yang 
mampu menghidupkan dan mendidik jiwa.€ ¢â’ ’½

Kalau seseorang itu memakan racun, jelas bahawa dia telah membuat sesuatu yang 
bahaya dan yang akan mendatangkan mudharat pada dirinya. Memakan racun bukanlah 
satu kerja yang waras. Orang yang siuman dan berfikiran waras tidak akan 
memakan racun. Bahaya dan mudharatnya jelas diketahui.

Kalau dia memakan racun di hadapan keluarga, sanak saudara atau orang ramai, 
maka mereka akan menghalang dan menegahnya. Kalau dia berkeras juga hendak 
makan racun itu, mereka akan merampas racun itu darinya. 

Akan tetapi, kalau orang yang sama memakan lemak dan minyak dengan banyak, 
memakan gula tanpa had atau memakan makanan yang pedas-pedas belaka, tidak ada 
siapa yang akan menghalangnya. Sedangkan cara pemakanan sedemikian boleh 
membahayakan kesihatan.Walaupun makanan-makanan itu boleh menjejas dan 
membahayakan kesihatan tetapi mudharatnya tidak begitu ketara kalau 
dibandingkan dengan racun. Oleh itu orang ambil ringan dan menganggap ia 
perkara biasa. 

Begitu jugalah keadaannya dengan maksiat. Ada maksiat yang macam racun. Ini 
termasuklah mencuri, merompak, membunuh, berzina, merogol, berjudi dan 
sebagainya. Tidak mudah maksiat-maksiat seperti ini dilakukan di khalayak 
ramai. Orang akan menegah dan menghalang. Orang akan bertindak untuk 
menumpaskan orang yang melakukannya. 

Dalam pada itu, ada pula maksiat yang macam lemak, gula dan cili, sekali 
pandang ia tidak kelihatan seperti maksiat. Malahan ia tidak pun dianggap 
sebagai maksiat. Maka seluruh manusia bergelumang di dalamnya. Dari pihak 
atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Dari pemimpin hinggalah kepada rakyat 
jelata. Dari guru hinggalah kepada anak murid. Orang bandar hinggalah kepada 
orang kampung. Namun mudharatnya makan dalam. Sedikit demi sedikit, ia 
merosakkan. Lama kelamaan seluruh masyarakat jatuh sakit dan pincang. 

Maksiat yang tidak dianggap maksiat ini ialah maksiat yang ada hubungkait 
dengan hiburan. Ini termasuklah tari-menari, nyanyian dan muzik, olahraga dan 
sukan. Ramai orang sukar menerima bahawa tarian, nyanyian, muzik dan sukan 
adalah bentuk-bentuk maksiat sepertimana juga ramai yang tidak dapat menerima 
bahawa lemak, gula atau cili itu adalah racun kerana kita telah terbiasa 
dengannya. Kalau tak ada, makan tak sedap. 

Tetapi siapakah yang boleh menolak hakikat bahawa semua itu mudharat dalam 
jangka panjang. Siapa yang boleh menolak hakikat bahawa mudharatnya € ¢â’ 
’¸makan dalam€ ¢â’ ’¹. Kalau mudharatnya telah berleluasa dalam masyarakat, ia 
susah untuk dipulihkan. Sama susahnya untuk memulihkan orang yang sudah terkena 
penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan lemah jantung akibat dari 
terlalu banyak makan lemak, gula dan cili. 

Orang-orang yang terlibat secara terus dengan tari-menari, nyanyian dan muzik, 
olahraga dan sukan yang kita lihat di pentas, di auditorium, di kaca TV, di 
stadium dan gelanggang sukan dan yang berkumandang suara mereka di radio 
tidaklah ramai. Mereka itu pula tertakluk kepada syarat-syarat dan disiplin 
yang tertentu dan tidak bebas berbuat sesuka hati mereka. Tetapi apa yang 
menjadi masalah ialah peminat-peminat di seluruh negara yang terdiri daripada 
pelbagai peringkat umur, pelbagai tahap pendidikan dan pelbagai tahap akhlak 
dan moral. Mereka tidak tertakluk kepada apa-apa syarat dan disiplin. Mereka 
bebas berbuat apa sahaja sesuka hati mereka. 

Semua mereka ini terpengaruh dengan tari-tarian yang mereka lihat, dengan 
nyanyian dan muzik yang mereka dengar dan dengan olahraga dan sukan yang mereka 
turut memberi sokongan. Mereka dibuai dan dilalaikan dengan hiburan-hiburan 
seperti ini. 

Lama-kelamaan, watak psikologi dan minat mereka ini akan cenderung semata-mata 
kepada segala apa yang berbentuk hiburan. Hiburan menjadi tunjang utama dalam 
hidup mereka. Apa-apa pun berhibur. Lapang-lapang sikit berhibur. Sudah tidak 
ada perkara yang serius dalam hidup mereka lagi. Hidup mereka tidak lain hanya 
untuk berhibur. 

Masyarakat atau bangsa yang mempunyai psikologi seperti ini susah untuk dididik 
supaya menjadi satu bangsa yang membangun dan yang berkemajuan. Jauh sekalilah 
untuk menjadi satu bangsa yang mendukung, menguatkan dan memperjuangkan agama. 

Bangsa yang asyik dengan berhibur ialah bangsa yang lemah jiwa, lemah 
pendirian, suka meniru orang, tidak ada jati diri, suka berfoya-foya dan 
berjiwa hamba. Bangsa yang gila dengan berhibur ialah bangsa yang tidak tahu 
apa erti pengorbanan dan apa erti tanggungjawab untuk memartabatkan bangsa dan 
agama. 

Lebih teruk lagi, bangsa yang terkena sindrom berhibur ini sangat terdedah 
kepada pengaruh-pengaruh liar dan jahat. Mereka jinak dengan maksiat. Rokok, 
dadah, arak, pergaulan bebas, seks bebas, rosak moral, bohsia, bohjan dan 
seribu satu macam salah laku. Tidak ada apa-apa kekuatan dalam jiwa dan diri 
mereka untuk menolak pengaruh-pengaruh liar dan jahat ini. Malahan apa yang ada 
dalam diri mereka hanyalah dorongan dan kecenderungan untuk berbuat apa sahaja 
asalkan dapat berhibur. 

Tidak ada siapa yang dapat mereka contohi dan dapat jadikan role model dalam 
hidup mereka kecualilah para-para artis, dan jaguh-jaguh sukan. Mereka inilah 
yang menjadi idola mereka. Mereka inilah yang cuba mereka tiru. Apa hasilnya?. 
Apakah akan terjadi pada orang yang meniru para artis dan ahli sukan juga. 
Mungkin ada sedikit yang mampu dan berkebolehan. Yang ramainya akan kecundang. 
Mereka akan cari jalan lain untuk memenuhi keinginan mereka itu. 

Mereka akan ikut pop, rock, thrash metal, heavy metal, doom metal, black metal 
dan sebagainya. Mereka akan memenuhi disko dan pusat-pusat karaoke. Mereka 
berfoya di sini dan berfoya di sana. Melepak di sini dan melepak di sana. Dalam 
benak mereka tidak ada lain melainkan artis, lagu, muzik, sukan, pelakon dan 
isu-isu yang hanya ada sangkut paut dengan dunia hiburan. Bahan bacaan mereka 
hanyalah akhbar dan majalah hiburan. Percakapan dan bualan mereka di sekitar 
dunia hiburan. Hiburan, hiburan, hiburan! 

Mereka terlalu asing dengan persoalan iman, taqwa, akhlak, memperbaiki diri, 
bermujahadah, mengenal diri dan pembinaan insan. Mereka tidak faham apa 
hablumminallah dan hablumminannas. Mereka tidak tahu apa dia fardhu € ¢â’ ’¸ain 
dan apa dia fardhu kifayah. Mereka tidak tahu membaca Al Quran. Yang mereka 
tahu hanya melalak sini, melalak sana. 

Inilah kesan dari budaya hiburan. Maksiat yang € ¢â’ ’¸makan dalam€ ¢â’ ’¹. 
Kita sibuk dan kita marah anak-anak muda kita tidak berdisplin, tidak ada 
tujuan hidup, tidak ada cita-cita dan tidak berkemajuan. Walhal kitalah yang 
telah merosakkan dan mengusir semua itu dari dalam hati dan jiwa mereka dengan 
tidak berhenti-henti menyogok mereka dengan hiburan. Maksiat yang selama ini 
kita tidak anggap sebagai maksiat. 

Percaya atau tidak, sedar atau tidak, inilah dia perancangan Nasrani dan Yahudi 
yang halus dan licik. Setelah jiwa anak-anak muda kita dilemahkan, dilalaikan 
dan diracuni dengan hiburan-hiburan; ada yang berbentuk tari-menari, nyanyian, 
muzik dan sukan; maka mudahlah bagi mereka memperkotak-katikkan masyarakat dan 
bangsa kita. Para artis, para pemuzik, ahli-ahli sukan dan olahraga hanyalah 
alat-alat mereka. Matlamat mereka yang sebenar ialah untuk merosak dan menjajah 
dan melemahkan fikiran dan jiwa masyarakat, rakyat dan bangsa kita.

 

Bersama-samalah kira renung-fikirkan. Sebarang yang tiada kena atau sepatutnya, 
mana-mana yang bersalahan dan punya kelemahan, maafkanlah dan segeralah 
perbetul andai ada keperluannya. Maaf juga atas keterlanjuran budi bahasa dan 
tutur kata.

 

Hadith Rasulullah SAW buat renungan: 

(Sahih Bukhari, Volume 3, Book 39, Number 513): 

 

Narrated Anas bin Malik: Allah's Apostle said, "There is none amongst the 
Muslims who plants a tree or sows seeds, and then a bird, or a person or an 
animal eats from it, but is regarded as a charitable gift for him." 

 

Di dalam salah satu ayat Al-Qur'an, Allah SWT mengajarkan satu penyerahan diri 
setelah berikhtiar sebagai hambaNya: "Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki 
sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya 
melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan 
kepadaNyalah aku kembali" (Hud: 88).

 

Sekian terima kasih. Siiru € ¢â’ ’¸ala barakatillah. Wallahu a'la wa a'lam. 
Wassalam. Ilal liqa'.

 

 Best Regards,

_______________________________

MUHTAR BIN SUHAILI

Engineer, PVD Department

Perodua Manufacturing Sdn. Bhd.

(: +603-6092 8888 Ext: 3447

(: +6016-3697978

*: [EMAIL PROTECTED] 

€ ¢â’ ’¼Kebahagiaan orang yang beriman adalah

dgn mencintai Tuhannya. Cinta kepadaNya

adalah kebahagiaan yang mendasar yang

dasarnya lebih dalam dari segala yang dalam."

_______________________________
 
 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke