mahadi <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
 Lebih 5000 sertai Bantahan di Kuala Terengganu
Posted by hakim on 2006/3/10 10:13:56 (25 reads)
Kuala Terengganu- Lebih 5000 orang menyertai bantahan kenaikan harga minyak yang diadakan di pentas budaya Batu Buruk,Kuala Terengganu.



Beberapa Pemimpin PAS serta wakil kaum Tiong hwa telah berucap bagi menyatakan sikap bantahan diatas ketidaktelusan kerjaan yang menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen yang merupakan rekod kenaikan paling tinggi di Malaysia setakat ini.

Antara pemimpin yang hadir adalah Pesuruhajaya PAS Terengganu, Dato' Hj Mustaffa Ali, Dato' Abu Bakar Chik serta Dr. Rosli Yaakub, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.





Antara pemimpin yang menyampai ucapan dalam bantahan tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Hj Azman Shapawi,Ustaz Ariffin Draman,Sdr Ng Chai Heng ,Ustaz Abu Bakar Abdullah, Hj mohd Abdul Wahid Endut, Hj Yahaya Ali, Ustaz Hj Abu Bakar Chik dan disudahi dengan ucapan oleh Dato' Hj Mustaffa Ali.

Para peserta bantahan membawa pelbagai poster dan kain pemidang mengutuk tindakan menaikkan harga minyak.



Dato' Hj Mustaffa Ali Mndesak Kerajan agar mengkaji balik kenaikan harga minyak.


Antara tulisan yang dibawa adalah , BN Menang Rakyat Senang?????Gemilang, Terbilang dan Temmmberanggggggg.....Minyak naik...turunkan BN..



Apa yang memeranjatkan adalah kehadiran pemandu Lori Majlis Perbandaran Kuala Terengganu yang turut sama menyertai bantahan tersebut bersama lori masing-masing.





14 Buah Lori MPKT yang dibawa bersama oleh pemandunya didalam menyatakan bantahan kenaikan harga minyak, mereka bersama sama membawa poster dan ada yang melekatkanya pada lori masing-masing.Ini merupakan satu fenomena baru dalam cuaca politik di Terengganu.Syabas kepada semua kerana anda berani...






Bantahan di akhiri dengan bacan doa oleh Ustaz Dato' Abu Bakar Chik


Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke