Saya juga adalah salah seorang dari mangsa menjadi penjamin kepada kawan
ni.
Betul apa yang dikatakan oleh En Mohd. Pastikan anda hadir ke mahkamah.
Yang paling penting anda masih lagi tahu dimana peminjam tersebut,dan
beranikan diri untuk memanggil peminjam ke mahkamah. Sekiranya peminjam
berdegil untuk hadir, anda perlu memberitahu pihak bank dan mahkamah dimana
lokasi peminjam untuk mereka sendiri mendapatkan peminjam tersebut.
Juga jelaskan kepada mahkamah tentang situasi anda yang mungkin tidak
dapat membayarnya.
Saya juga kesal dengan sikap kawan2 yang manis mulut semasa nak meminjam
dan meminta kitya untuk menjadi penjamin. Ingatkan nak tolong kawan2,tapi
penjamin pula yang kena bersusah payah dan bertanggungjawab. Tapi ingat
didunia mereka mungkin boleh terlepas tapi diakhirat kena tanggunglah kerana
menzalimi orang. Pasal hutang ni jangan main2. Tak b erbau syurgalah
akibatnya.. selamanya dalam neraka..
Nasihat saya kepada kawan2,jangan jadi penjamin kepada kawan2 yang baru
kita kenal atau elakkan. Memandangkan sekarang ni juga ekonomi pun tak
stabil,minyak naik dan macam2 boleh jadi. Berjimat dan meyimpan selalu..
Hutang elakkan apatah lagi menjamin..
Wa'alaikumussalam,
kalo s'dari tak dapat jumpa dengan peminjam yang tak
bertanggungjawab
tu saya rasa semua bank akan cuba untuk dapatkan baki tertunggak
dari s'dari.
kalo s'dari dikehendaki hadir ke mahkamah... sila hadirkan diri
saudari..
saya ulang, sila hadirkan diri sebab ketidak hadiran saudari
menyebabkan
pihak bank mendapat Judgement In Default (JID) & bank ada hak untuk
meneruskan saman terhadap s'dari keperingkat yang lebih tinggi.. contoh
:
proceed dengan bankruptcy / attach (tahan) segala harta (contoh rumah)
atau berkerjasam dengan polis untuk menahan s'dari.
sekiranya s'dari hadir dimahkamah (Consent Judgement) saudari
boleh
meminta untuk mendapatkan Judgement. Semasa dimahkamah nanti
s'dari
perlu men'declare' segala harta s'dari (termasuk cash, savings, rumah,
kilang,
dusun dsb).. & segala tanggungan. Selapas declare baru hakim akan
tanya
berapa yang saudari mampu untuk jelaskan bulan2..
masa tu s'dari boleh cadangkan untuk bayaran yang piling minimun,
contoh:
RM50.00 atau 70.00 sebulan. kalo bank bersetuju & berpuas hati
dengan
jumlah ang saudari cadangkan, satu perjanjian baru akan dibuat.
Sekiranya
bank tidak bersetuju, mahkamah yang akan membuat keputusan.
Saya memang bersimpati dengan nasib penjamin2 yang dikenakan
tindakan
oleh pihak bank disebabkan kecuaian atau kelakuan perangai
peminjam2
yang tak bertanggungjawab...
cuma itu yang saya boleh nasihatkan s'dari. Maafkan saya sekiranya
cara
di atas adalah salah & saya mengalu2 alukan sesiapa yang betul2
tahu
untuk membetulkan kesilapan saya..
sekian, assalamualaikum.
o.com wrote:
,
Masalah ini memang banyak
berbangkit akibat tingkahlaku yang tidak bertanggungjawab dikalangan orang
yang meminjam. Bagi si penjamin memang tidak boleh lari daripada hakikat
bahawa kegagalan si peminjam menjelaskan hutangnya memang akan
berkesudahan dengan tanggungannya berpindah kepada para penjamin, seperti
sdri, mengikut syarat2 perjanjian pinjaman asal. Ada kalanya pula, jika si
penjamin tidak mampu menjelaskan tanggungan ini si penjamin boleh
dikenakan tindakan pengistiharan 'muflis' oleh pihak institusi
pinjaman/bank. Perkara seperti ini memang telah banyak
berlaku.
Ada baiknya sdri berjumpa
dengan kawan sdri tersebut (jika tahu di mana dia tinggal atau melalui
panggilan telefon) lalu merayu kepadanya agar dia berusaha mengambil
langkah-langkah tertentu untuk menyelesaikan pinjamanya itu dengan pihak
bank berkenaan secara beransur-ansur. Ini adalah kerana beban
tanggungannya itu boleh di anggap sebagai 'hutang' terhadap sdri. Dan
hutang perlu dibayar ketika kita masih hidup; bila dah mati dia akan
menanggung risikonya di alam barzah & akhirat kerana hutang yang tak
berbayar yang belum pun dihalalkan lagi.
Jika dia masih enggan
menjelaskannya terpulanglah kepadanya; dan sdri perlulah menanggung beban
yang dipindahkannya kepada sdri ekoran tindakan pihak bank terhadap sdri.
Sebagai panduan umum, sebagai
individu, kita harus berwaspada dan tidak seharusnya dengan mudah menjadi
penjamin untuk mana-mana individu yang kita kurang pasti tentang
latarbelakang serta peribadinya; kecuali jika ia merupakan ahli keluarga
yang terdekat. Kawan memang ada banyak je nis kawan...tak ubah macam
kacang lupakan kulit!:-)
Sekian,
wallahu'alam!
Wassalam
----- Original Message -----
From: [EMAIL PROTECTED]
To: Ikhwanul
Muslimun
Sent: Friday, March 10, 2006 10:47 AM
Subject: Bismillah
[hidayahnet] Masalah menjadi penjamin
Assalammualaikum,
Pada sahabat2 semua
saya ingin mendapatkan pandangan / cadangan / pertolongan tentang masalah
yang saya hadapi sekarang. Saya di kehendaki ke mahkamah kerana disaman
sebagai penjamin pada seorang kawan yang membuat pinjaman pendidikan tapi
beliau gagal membayar loan tersebut.
Pinjaman ini di buat
dengan pihak bank rakyat, yang pelik nya dulu saya tak pernah pon
dapat surat dr bank rakyat menyatakan kawan saya tak bayar. Cuma last year
saya pergi untuk membuat pinjaman disana baru saya tahu masalah ini dan
nama saya tlh di block dr pinjaman b.rakyat.
Jadi sekarang saya nak
tahu apa hak2 saya sebagai penjamin.Ada ke cara utk saya pohon tidak di
potong gaji bagi membayar hutang kawan tersebut, kerana biasa nya mereka
akan terus buat potongan gaji bulanan. Kawan saya itu masih bekerja dan
hidup senang sahaja.
Di
harap kawan2 dapat memberi pandangan atau idea utk saya menyelesaikan
masalah ini sama ada segi undang2 atau apa saja.Segala pandangan dan
nasihat saya ucapkan berbanyak2 terima kasih.
SPONSORED
LINKS
Send instant messages to your online friends
http://uk.messenger.yahoo.com