Salam.... YES!... Memang betul... Supaya rakyat tahu yang didalam kepemimpinan yang CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG ni, yang dilaung-laungkan oleh bos2 kita, yang di"pangkah" oleh sedara/sedari kita, sebenarnya ada banyak hal yang KECUNDANG, TENGGELAM dan TERHILANG dari pengetahuan kita. Kalo dah "MEDIUM PERDANA" sebagai LIDAH RASMI KERAJAAN asyik dok keluar berita-berita yang entah apa2 ( sebab nak lariskan jualan...nanti dapat untung lebih ), macam mana rakyat nak tahu hal2 yang sebenar yang patut diBERITAhu? So, kat sini kita boleh share sesama kita, apa hal sebenar punca kenaikan harga minyak. RM4.4 billion tu Kerajaan dapat SAVE tu nak buat apa? Apa besar sangat ker MENINGKATKAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM kalo dibandingkan dengan SISTEM PERUBATAN? SISTEM PENDIDIKAN? Yang mana satu yang lebih diperlukan oleh rakyat?? Sistem LRT di sekitar Lembah Klang aje ker.....atau kos pembedahan budak sakit jantung berlubang yang kena tunggu duit cukup ( tunggu mati?? )dulu baru nak operatE??? Jambatan Indah di Gerbang Selatan ker....atau bebudak sekolah yang mak bapak terpaksa jual tanah, kambing-lembu ( kalo ada ) untuk tampung kos masuk Universiti ( local / oversea? ). SEBAGAI RAKYAT, KALO KAMI UNDI PEMBANGKANG PUN, TAK BERERTI KAMI NAK KALAHKAN KERAJAAN YANG MEMERINTAH... AT LEAST...JIKA KAMI BERJAYA MENINGKATKAN KERUSI PEMBANGKAN DI PARLIMEN PUN, ALHAMDULILLAH...SEMOGA DENGAN ITU, KERAJAAN YANG MEMERINTAH TIDAK LAGI DENGAN SEWENANG2 BOLEH MEMUTUSKAN APA2 HAL YANG DIFIKIRKAN PERLU / PATUT, TANPA ADANYA PRO - KONTRA. SUPAYA MEREKA TAHU BUKAN SEMUA TINDAKAN GEMILANG, CEMERLANG , TERBILANG MEREKA ITU DISOKONG SEPENUHNYA. Kalo dah hampir 90% semua orang dia kat dalam Parlimen, ikut suka dia lah nak buat apa,kita rakyat ni sekadar mampu tunjuk perasaan je lah, nak tak nak kena tanggung juga additional RM0.30 per liter atas harga minyak...susu anak? Makan minum? Orang meniaga pun isi petrol RM1.92 seliter juga untuk antar barang dagangan mereka... AKU SUNGGUH HAIRAN DENGAN SIKAP PENYOKONG2 KERAJAAN BN NI!!!
--- [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: > Alaikum salam semua, Setuju dengan Caring Mommy, > mengapa kita mesti cukup memperkatakan hal yg > memberi kesan dan tekanan terhadap hidup kita, hidup > keluarga dan hidup seluruh rakyat malaysia? Adakah > benar ia tidak akan mengubah apa-apa? Mungkin tidak > akan mengubah keputusan yg ditelah dipaksakan kepada > rakyat, tetapi ia bisa mengubah tahap pemikiran > rakyat. Itu yg penting, maklumat disampaikan supaya > berlakunya tranformasi pemikiran. Paling-paling > kesedaran itu akan membuat mereka tahu siapa > Pemimpin mereka, sayangkah pemimpin mereka kpd > mereka, apakah benar-benar tidak ada cara lain > selain menaikkan harga minyak?? Mengapa ada > diskriminasi dalam pembahagian cukai? Kenapa cukai > perniagaan koperat 28% kenapa cukai Syarikat > Perjudian hanya 17% (apakah ini bukan subsidi?). > Semua negara pengeluar minyak (tauke minyak) memberi > subsidi kepada rakyatnya? (lebih murah daripada > harga pasaran) so apa alasan Malaysia? sebagai > taukeh minyak? dan minyaknya yang dikira terbaik > dari minyak keluaran Arab saudi dan lain-lain > negara?. Fakta-fakta > inilah yang harus rakyat tahu...Atau adakan satu > perdebatan dengan rakyat tentang wajarnya kenaikan > harga minyak ini. Ini bukan perjuangan membela diri > sendiri tapi untuk semua. > Jadi teruskan menulis..biar rakyat punya > pengetahuan, tak senang diperbodohkan dengan > alasan-alasan yang dengkel. > > Mira Ahmad - terpaksa rela dalam paksa minyak oh > minyak > > > > > > [EMAIL PROTECTED] wrote: > Assalamualaikum > > Well said. It is true that only daulah islamiyah > is the answer. > > IslahGateway > > ----- Original Message ----- > From: Caring Mommy > To: Ikhwan Muslimun > Sent: Thursday, March 09, 2006 2:53 AM > Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] harga minyak > naik 30 sen....please sudah ya diskusinya...?? > > > Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, > > Saudari Nawar Khalila yang dihormati, > > Jika saudari kurang minat dengan diskusi tentang > minyak naik, saudari boleh delete posting itu tetapi > bukan menghalang orang lain membincangkannya. Isu > harga minyak naik bukan sekadar isu 30 sen tetapi > isu ekonomi. Masalah pengagihan kekayaan ( > distribution of wealth) yang berpaksi pada sistem > ekonomi Kapitalis, nukilan Adam Smith. Sistem > ekonomi yang sibuk memukul canang ke sana kemari > yang boleh diperiksa di dalam buku-buku ekonomi > klasik dan kontemporari bahawa masalah ekonomi > adalah masalah kekurangan sumber (scarcity of > resources). Sedikit pun tidak disentuh bahawa bukan > masalah kekurangan sumber tetapi masalah pengagihan > kekayaan ( distribution of wealth) sehingga minoriti > rakyat menguasai majoriti kekayaan. > > Sebuah laporan PBB yang diterbitkan pada September > 2005 menunjukkan bahawa 20 peratus teratas daripada > penduduk dunia tinggal di negara-negara utara dan > menguasai 80 peratus kekayaan dunia manakala baki 80 > peratus tinggal di negara-negara selatan memiliki 20 > peratus sahaja (petikan Utusan Malaysia, 4-5 > Disember 2005). > > Saudari mungkin seorang yang memiliki harta yang > banyak, yang mana kehidupan harian saudari tidak > terjejas apabila harga minyak naik. Tetapi bagaimana > dengan orang-orang yang sebelum kenaikan harga > minyak memang cukup-cukup makan sahaja? Ngam-ngam > aje... Of course dalam kapasiti kita sebagai seorang > individu nothing much that we can do tetapi kita > tidak boleh sekadar tutup mata, tutup telinga dan > anggap seolah-olah ' business as usual'. Nabi > berpesan tidak beriman seseorang itu sehingga dia > mahu saudaranya mendapat apa yang dia sendiri > menyukainya (HR Bukhari). Bermakna, jika kita suka > hidup selesa, iman kita tidak sempurna jika kita > tidak mahu saudara seagama kita mendapat apa yang > kita suka. Kita juga diperingatkan tentang mengambil > berat jiran (hak jiran ke atas kita), dan juga > diminta berbuat baik hatta kepada seekor anjing > sekalipun. Jika dengan binatang pun kita kena buat > baik, inikan pula manusia. > > Mengeluh sepanjang hari memang tidak akan mengubah > harga minyak yang telah naik tetapi bagaimana pula > tentang tanggungjawab melaksanakan amar ma'ruf nahu > munkar? (ali-imran 110,104). Kita diminta mengajak > orang pada kebaikan ( Al-Khair). Cegah kemungkaran > termasuk highlight kemungkaran yang dilakukan oleh > pemerintah yang secara terang-benderang menzalimi > rakyat. Bila kita highlight isu ini, memang betul > kita tetap menanggung kesan kenaikan harga minyak > yang tempiasnya terpercik sama ke atas harga roti > canai, tepung, gula, tarif elektrik dll. Tetapi kita > akan menumbuhkan dan mencetuskan kesedaran di dalam > pemikiran umat Islam yang ramai masih lena dibuai > juara lagu, anugerah bintang popular dsb bahawa > mereka perlu lakukan sesuatu. Mereka akan berfikir > adakah aku boleh ubah keadaan ini? Jika boleh, > bagaimana? Mungkin hasilnya tidak dapat dituai > semasa hayat kita tetapi mahukah anak-cucu kita > meneruskan sebuah hikayat derita yang tak kunjung > reda? > > Semasa Nabi berdakwah di Mekah iaitu di atas Bukit > Safa, Nabi telah memberitahu masyarakat Mekah bahawa > umat Islam akan dapat menakluki Rom dan Parsi. > Ketika itu pengikut baginda hanyalah 3 orang. Jika > kenyataan itu datang dari orang biasa, pasti > masyarakat akan ketawa bedekah-dekah sambil > mengatakan inilah lawak paling lucu pernah mereka > dengar. Tetapi statement yang datang dari seorang > manusia yang memegang status Al-Amin sebelum > kenabiannya menyebabkan masyarakat terpinga-pinga. > Apa yang hendak baginda sampaikan adalah penaklukan > ke atas dua kuasa besar dunia saat itu memerlukan > lebih dari sekadar aqidah Islam tetapi kuasa > politik. Dakwah baginda bukan sekadar dakwah > membetulkan akidah tetapi dakwah baginda turut > mengandungi dakwah siyasah (politik). Dengan kuasa > politik, Islam akhirnya berkembang hingga menawan > 2/3 dunia. Nabi juga pernah bersabda bahawa umat > Islam akan menakluki Konstantinople dan Rom. > Konstantinople (kota Raja Heraclius) telah ditawan > oleh Sultan Muhammad > al-Fatih pada tahun 1453 M lebih kurang 800 tahun > setelah Nabi menyebutnya. Ini juga contoh bagaimana > kuasa politik boleh merubah corak geopolitik dunia. > Membebaskan manusia (Muslim & non-Muslim) dari > kemiskinan dan kemelaratan. Semasa pemerintahan > singkat Khalifah Umar Abdul Aziz, tidak ada orang > yang layak menerima zakat di Afrika hingga wang > zakat digunakan untuk membebaskan hamba abdi di > Eropah. Di era pemerintahan Umar al-Khattab, semasa > zaman kebuluran di Madinah, bantuan datang dari > Sudah. Bayangkan nasib Sudan pada hari ini? > > Teramat panjang jika hendak dituliskan semuanya > tetapi masalah manusia ini tetap ada jalan > penyelesaiannya kerana Islam itu adalah rahmatan lil > 'alamin. Maka, bukan isu minyak naik 30 sen tetapi > 'the main culprit' ialah isu pemerintahan yang > berasaskan Sistem Sekular-Kapitalis. Isu kekuasaan. > Jika umat Islam menjadi kuasa adidaya dunia (super > power) pasti umat Islam memiliki kapasiti untuk > memastikan tiada manipulasi harga minyak hingga > menyebabkan negara pengeluar dan rakyat jelatanya > menderita. Secara fakta, negara-negara yang ramai > didiami umat Islam mengandungi banyak minyak. Si > Kafir ini pun mengakui : > > The problem is that the good Lord didn't see fit > to put oil and gas reserves where there are > democratic governments." - Dick Cheney, Bush's Vice > President at a 1996 energy conference > > Pemerintahan Islam dalam bentuk Daulah Islamiyyah > yang berlangsung lebih 1300 tahun semenjak di > Madinah hingga dicantas agen British, Mustafa Kamal > Atarturk pada tahun 1924 di Istanbul pernah berlaku. > Daulah Islamiyyah pernah ujud. Hendak tahu apa > testimoni orang Kafir akan hebatnya Daulah Islam > ini? Sekadar memetik beberapa contoh: > > "Islam is the best chance the poor of the planet > have for any hope of decency in their lives. It is > the one revolutionary force that cares about > humanity." [1998] - Former U.S. Attorney General > Ramsey Clark > > "Here in the land of the Turks we have nothing to > complain of. We possess great fortunes; much gold > and silver are in our hands. We are not oppressed by > heavy taxes and our commerce is free and unhindered. > Rich are the fruits of the earth. Everything is > cheap and each one of us lives in freedom. Here a > Jew is not compelled to wear a yellow star as a > badge of shame as is the case in Germany where even > wealth and great fortune is a curse for a Jew > because he therewith arouses jealousy among the > Christians and they devise all kinds of slander > against him to rob him of his gold. Arise my > brethren, gird up your loins, collect up your forces > and === message truncated === __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
