| Beri hak penerbitan Suara Keadilan - PKR |
| PUTRAJAYA, 17 Mac (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membuka ruang demokrasi kepada seluruh parti politik di negara ini dalam konteks kebebasan sebenar mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. "Gesaan ini dibuat berikutan tindakan kerajaan yang sehingga kini masih tidak membenarkan permohonan PKR untuk mendapatkan permit akhbar rasminya Suara Keadilan yang dipohon sejak beberapa tahun lalu," kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika ditemui selepas penyerahan memorandum kepada Abdullah di Jabatan Perdana
Menteri, dekat sini pagi tadi. Turut hadir ialah, Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh; Naib Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua Pengarang Suara Keadilan, Zunar. Mengulas lanjut gesaan itu Tian Chua berkata, sejak pertengahan tahun 2005, PKR telah mengemukakan tiga kali permohonan atas nama PKR untuk mendapatkan permit akhbar rasmi parti. Bagaimanapun, permohonan itu tidak pernah dijawab malah permohonan untuk bertemu dengan Perdana Menteri (PM) yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri sendiripun tidak pernah dilayan kerajaan pimpinan Abdullah. "Kita menuntut permit akhbar parti berdasarkan hak kita yang termaktub dalam syarat penerbitan akhbar parti sepertimana yang dikata oleh Perdana Menteri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen tahun lalu kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Dalam jawapan bertulis itu PM menyebut bahawa setiap parti
politik ada hak untuk menerbitkan akhbar rasminya sekali seminggu.Kami mahu janji yang dijawab dalam jawapan bertulis ini dikotakan," katanya kepada wartawan. Sementara itu Fuziah pula mahu kerajaan segera meluluskan permit akhbar Suara Keadilan kerana baginya tidak ada apa yang perlu ditakutkan sekiranya permit itu diluluskan. Ini kerana, pembangkang hari ini tidak mempunyai ruang untuk mengemukakan pendapat atau menyalurkan maklumat dalam media arus perdana yang dilihat hanya menyiarkan laporan yang berat sebelah, katanya. Justeru bagi merealisasikan sebuah negara yang bebas berdasarkan prinsip demokrasi dan semangat Perlembagaan Persekutuan, kerajaan harus membenarkan permit Suara Keadilan diluluskan untuk diterbitkan. "Kami dah muak dengan segala tindakan kerajaan sebelum ini yang menyekat pengedaran akhbar kami dengan merampas akhbar dari penjual dan pengedar kami," katanya. Bercakap
mengenai isu yang sama Shamsul Iskandar pula mahu kerajaan meluluskan segera permit Suara Keadilan seperti mana mereka meluluskan empat akhbar lain dalam masa sebulan baru-baru ini bagi menggantikan akhbar Sarawak Tribune yang digantung penerbitannya. |
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
