JOM KITA DEMO PROTES MINYAK NAIK
AHAD 26 Mac 10 Pagi Perkarangan KLCC , Kuala Lumpur
ISNIN 27 Mac 10 Pagi Perkarangan Parlimen
Datanglah beramai-ramai !
Dari laman web UMNO Reform http://www.umno-reform.com/
M.Jaafar Malek adalah Ahli UMNO - Wilayah Persekutuan,
merangkap AJK Biro dalam MTUC, Setiausaha Kerja
Kesatuan Sekerja IWK
6 hari lagi MTUC yang mewakili pekerja - pekerja di
bawah gabungan mereka akan bangkit menyatakan bantahan
ke atas peningkatan harga minyak. Suara pekerja ini
sekali gus melenyapkan tanggapan bahawa isu era
kenaikan harga minyak sudah berakhir. Ini juga pasti
akan melenyapkan sebarang hujah yang mendakwa hanya
parti - parti politik sahaja yang membantah dan
menggunakan isu kenaikan harga minyak sebagai gimmik
politik mereka. Kehadiran MTUC dan disokong oleh
gabungan - gabungan NGO akan menyemarakan bantahan ini
dan bantahan ini bagi saya akan memulakan langkah baru
bila pekerja bangkit menentang kenaikan harga minyak.
Pekerja - saudara dan saya sendiri pasti akan
merasakan bebanan apabila harga minyak meningkat
dengan begitu drastik sekali. Persoalan keuntungan
Petronas seakan tidak sealiran dengan peningkatan
harga minyak. Akhirnya dengan alasan seperti "kita
tidak boleh menjadi masyarakat subsidi" di lontarkan
seolah - olah pengguna, pekerja dan rakyat semua
adalah pengemis di sisi pemerintah.
Ini bertentangan sekali dengan hasrat dan penekanan
Pak lah mengenai 'modal insan". Kempen "kita tidak
boleh jadi masyarakat subsidi" harus dihentikan oleh
kerajaan kerana rakyat bukan peminta sedekah. Amanah
yang diberi oleh rakyat kepada kerajaan memerintah
tidak harus menyebabkan golongan ini mendabit dada
konon - kononnya subsidi itu adalah sifat peminta
sedekah.
Kerajaan sepatutnya menjangka bahawa peningkatan harga
minyak ini akan menimbulkan reaksi marah dan kecewa
mereka terhadap kerajaan yang ada sekarang ini. Pasti
kenaikan harga ini akan membebankan mereka kerana
kerajaan tidak akan mampu menahan lain - lain barang
untuk terus kekal pada harga yang sama. Saya sendiri
hampir pasti bahawa peningkatan harga ini akan
menimbulkan reaksi seperi apa yang ada sekarang ini.
Mungkin kerajaan boleh menuruti teknik SYABAS - dengan
mengumpulkan ahli - ahli UMNO untuk turut berdemo
menyokong kenaikan harga minyak seperti mana yang
SYABAS lakukan untuk kenaikan harga air dan
penswastaan air. Bayangkan sekumpulan orang datang
menjerit - jerit HIDUP SYABAS di pejabat MTUC yang
menandakan sokongan mereka terhadap kenaikan air dan
penswastaan.
Apa pun sekiranya kerajaan dan kepimpinan parti
memerintah mahu membuat bentuk - bentuk demo tersebut
maka saya selaku ahli biasa UMNO harus meminjam kata -
kata petikan dalam wayang Puteri Gunung Ledang - kalau
menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar,
lantas tidak akan sertai demo seperti itu.
Beberapa hari lagi - MTUC mewakili hampir 800,000
pekerja akan hadir menyatakan suara mereka mengenai
kenaikan harga minyak. Tidak akan ada pekerja yang
menyokong kenaikan harga minyak tersebut, itu saya
pasti. Kalau ada yang menyokong kenaikan maka mereka
dicabar untuk berkumpul menyatakan sokongan kenaikan
minyak - satu perbuatan yang pasti akan memalukan diri
atau memberi hasil kecil kepada yang hadir.
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
"Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau
kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya"
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/