Assalamualaikum,
 
Muslimin Muslimat yang dikasihi,
 
Dalam sibuk-sibuk hendak memboikot kenaikan harga barang akibat harga minyak naik - ramai yang mahu kita secara serius lakukan secara besar-besaran. Bayangkan Pak-Pak Menteri yang sedang duduk di kerusi empuk di Putrajaya itu tersedak mendengar aksi boikot seluruh Malaya, Sabah dan Sarawak... lebih teruk dari insiden black-out seMalaya beberapa tahun silam..
 
Saya terfikir, alangkah indahnya jika umat Islam tanpa mengira bangsa, dari gerakan atau parti Islam manapun, NGO2, bersatu hati demi kalimah Laa ila Ha ilallah yang disebut setiap hari sepakat hendak memboikot hukum Kufur sehingga pemerintah berjanji akan melaksanakan Sistem Islam sepenuhnya termasuk Sistem Ekonomi Islam yang dijamin akan dapat menyelesaikan masalah pokok/primer manusia (makan, pakai, tempat tinggal) dan memenuhi keperluan sekunder. Selagi tidak setuju, rakyat akan boikot, buat demo dan sistem tak berjalan, produktiviti mencecah negatif hingga negara jadi 'jam'. Macet kata orang Indonesia. Langsung tak boleh jalan. Bas tak bergerak. Teksi tak berjalan. LRT Star dan PUTRA serta ERL tak berfungsi. Kecoh di kedai dan pasaraya. Pegawai kerajaan memulaukan tugas di pejabat kerajaan hingga tiada orang dapat berurusan. Suasana menjadi kal angkabut (kelam-kabut seperti labah-labah) apabila rakyat memprotes bahawa mereka tidak akan berundur kecuali pemerintah yang hebat menggembar-gemburkan salasilah keturunan ulamaknya hendak menerapkan hukum syarak secara total yang bukan sekadar hukum hudud dan qisas serta UUKI sahaja tetapi hukum-hakam Islam lain secara menyeluruh dan komprehensif.
 
Tetapi...sayang seribu kali sayang...
 
Niat untuk melihat Islam berkuasa tidak sekadar untuk merampas takhta sahaja sebaliknya kita sebagai umat Islam juga perlu kenal agamanya. Kenal bermakna belajar hingga tahu bab hukum-hakam. Tahu dan sedar bahawa memahami agama bukan tanggungjawab ustaz, mufti, qadhi atau lulusan pengajian Islam sahaja sebaliknya ia adalah fardu ain atas setiap mukallaf (orang yang terbeban hukum). On top of that, dia juga perlu mengajarkan individu lain dalam sesi usrah, taalim atau apa jua majlis ilmu hingga Islam diperkatakan dimana-mana. Islam menjadi penentu, bukan sekadar mencari  manfaat dan menghilangkan mudarat. Ini penting kerana jika ketaqwaan tidak menjadi standard perbuatan (miqyas al-'amal), akan ujud dikalangan umat Islam sendiri yang kurang meyakini Islam dapat menyelesaikan seluruh permasalah manusia, sesuai statusnya sebagai non-other but rahmatan lil alamin. Ibarat telah tergelincir matahari, bermakna telah masuk waktu solat Zohor. Bukan masanya untuk kita menyelak-nyelak kitab Ahkam as-Solah untuk mencari cara-cara menunaikannya sebaliknya kita bersedia sebelum itu. Umur yang merupakan pinjaman dari Allah ini sewajarnya kita manfaatkan untuk mengejar semua itu supaya kita tidak terkapai-kapai mencari Ghazali dan Syafie bila Izrail datang menjemput.
 
Sedihnya, umat Islam hari ini lebih peka apabila masalah menyangkut survival mereka di dunia (perut kenyang, anak2 dpt 18 1A, rumah besar, kereta menjalar, endless cuti2 Malaysia, never-ending Konsert Karnival SureDosa) tetapi bab survival di Yaum al-Mahsyar ~ ia kurang diperhatikan (isk! isk! isk!).
 
Apakah perjuangan hanya atas doing something rather than sit down doing nothing?
 
Apakah redha manusia itu lebih tinggi dari redha Allah?
 
Semuga Allah beri kita hidayah hingga kita nampak yang haq dan kita mampu mengikuti dan mematuhinya, dan menunjukkan kepada kita yang batil ~ hingga kita mampu menjauhinya.
 
Sama-sama kita fikirkan dan act on it. Wassalam.
 
On 3/16/06, sitihana <sitihana> wrote:
salam...
 
bg saya jgnlah pandg semua tuh -ve sgt ... dlm hal +ve pun ade juga ... cth kita takyah selalu keluar ... takyah hantar anak tuisyen .. ajar sendiri .. kalo kita tak pandai ... kita pun kena blaja ... kurengkan apa yg patut ... insyaallah keluarga makin rapat & kureng masalah sosial ....
 
dan kalo semua org sanggup tanggung beban nih ... insyaallah ALLAH mudahkan ... kalo peniaga still nak untung byk tak nak tanggung beban sesama takpelah nak buat camna .. apapun terpulang pada diri sendiri ...
 
yg saya tahu semuanya ade hikmah ... kalo ALLAH tak bg ilham utk depa naikkan harga minyak mungkin tak naik pun ... mungkin inilah ujian ALLAH melihat tahap kesabaran kita menaham kesusahan ... ade ramai dalam dunia nih yg tak bernasib baik ...
 
cuma saya memang nak sgt tgk pengorbanan pemimpin saya .. sanggup bersusah dgn rakyat  ... pulangkan semua kemudahan yg diorg dpt cthnya kete, umh, turun gaji etc... kalo ade yg offer .. itulah pemimpin sejati ..
 
 
 


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum,
 
Disini saya nak minta tumpang lalu sikit. Pada pendapat saya kalau setakat kita berkumpul ramai2 memprotes kenaikan minyak dgn membawa sepanduk2 minta turun minyak...habis kuat kerajaan akan lihat saja. Saya berpendapat kalau semua kedai2 runcit memboikot bersama seperti tidak menjalankan perniagaan mereka lagi bagus. DAri situ semua rakyat mula akan membuka mata...meraka2 ini yg mula nya tidak mahu mengambil tahu berkenaan kenaikan harga minyak ini pasti juga akan turut bersama2 menyertai kumpulan memprotes kenaikan harga minyak ini kerana ini akan melibatkan anak isteri punya periuk nasi. Kerana pada pendapat saya bagi yang berpendapatan tinggi setakat minyak naik 30 sen apalah sangat. Tetapi kalau bagi yang berpendapatan sederhana 30 sen adalah sgt membebankan. tetapi jika semua kedai runcit juga mengambil bahagian dlm perkara ini...saya rasa bukan setakat yg berpendapatan yg tinggi silap2  pembesar2...menteri2 serta raja2 guna akan turun padang...so mcm mana...? sanggup kah kita melakukan ini...? tepuk dada tanya selera...!!! Sekadar pendapat.......

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:


Assalamu'alaikum.
 
Saya setuju dengan cadangan 'rakyat hampa' di bawah. Hanya ingin menambah sedikit lagi.
 
Tambahan untuk usaha kita menjatuhkan sekurangnya harga minyak - kalau boleh pemerintah parti Barang Naik ini - adalah dengan menganjurkan boikot. Dalam keadaan rakyat tengah marah dan tidak puas hati, insyAllah, ramai akan turut sama.
 
Saranan saya hampir serupa ini telah dihantar kepada groups seperti di atas, namun tidak ramai yang menyambutnya. Tapi, cuba kita fikir sejenak (dan bukan saya tidak sokong protes), bila kita protes, berita itu tidak sampai kepada khalayak ramai kerana media boikot atau blackout. Selepas ini pula, Polis dijangkakan akan bertindak lebih ganas kepada protes selanjutnya. Rakyat akan berbelah bagi untuk menyahut protes seterusnya.
 
Namun, jika ianya jenis 'silent protes' di mana tiada perhimpunan mahupun tindakbalas ganas dari Polis, insyAllah rakyat akan menyambutnya. 'Silent Protes' yang kita anjurkan ini adalah dalam bentuk mogok besar besaran onleh kakitangan awam dan semua GLC yang mahukan perubahan untuk kebaikan. Kemudian diikuti oleh ahli ahli persatuan dan pertubuhan ngo seperti MTUC, FOMCA dan sebagainya. InsyAllah, Penyakit Barang Naik akan melutut menyerah - tidak kira berapa lama, kita harus menjayakan nya.
 
Jika kita kaji sejarah, Gandhi telah berjaya membawa kejatuhan empayar British di India dengan mogok umum ini. Apabila British mahu mengenakan tax kepada garam lautan dan tidak membenarkan sebahagian besar rakyat India untuk mengusahakan sendiri garam laut, Gandhi mengetuai protes tanpa kegenasan diikuti dengan mogoknya. Dia sejarah membuktikan dia berjaya. Bukankah itu juga kemahuan kita?
 
 
From: Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Mon, 13 Mar 2006 18:51:59 -0800 (PST)
Subject: Boikot barangan kerajaan sampai minyak turun

 
 
Oleh Rakyat hampa

Salah satu cara yang berkesan untuk menunjukkan protes kita terhadap kenaikan harga minyak ialah dengan memboikot segala barangan yang berkaitan dengan kerajaan contohnya Petronas, Utusan, Celcom, TM, TV1, TV2, TV3 atau rakan-rakan yang sewaktu dengannya.

Untuk mengisi minyak sila guna petrol selain dari Petronas. Jika anda menggunakan Celcom, maka bertukarlah kepada Maxis atau Digi. Untuk menonton TV, sila gunakan satu saluran sahaja dan adalah dicadangkan agar semua rakyat memboikot sesuatu saluran itu untuk 3 bulan, contohnya kita mulakan dengan TV1, adalah dinasihatkan agar kita tidak menonton TV1 selama 3 bulan atau 6 bulan dan TV2 untuk 3 bulan atau 6 bulan yang berikutnya.

Bagi mereka yang mengunakan talifon rumah (fixed line), adalah lebih baik diputuskan sahaja dan pakai talifon bimbit yang mana lebih murah kerana tiada sewa bulanan. Parti-parti pembangkang dan NGO hendaklah membantu dan mempromosi kempen memboikot barangan dan service yang berkaitan dengan kerajaan. Jika kempen ini ingin menunjukkan kejayaan maka ketua-ketua pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, MTUC dan semua badan-badan NGO yang menentang kenaikan harga minyak ini mestilah hadir bagi merasmikan kempen memboikot ini. Kita mesti tunjukkan kepada pihak kerajaan bahawa parti-parti pembangkang dan NGO boleh berkerjasama untuk membantu semua rakyat tanpa mengira kaum kerana kenaikan minyak ini tidak membezakan kaum.

Ayuh! Bersatu-padulah menentang kezaliman yang disebabkan oleh salah urus pentakbiran, kuasa dan rasuah yang makin parah. Jalan ini telah digunakan oleh rakyat Thailand bagi memboikot syarikat Singapura yang mengambilalih syarikat telekomunikasi milik Perdana Menteri Thailand. Kesepakatan dan kerjasama parti pembangkang, NGO, dan rakyat akan menjamin kempen ini berjaya. Ayuh! kita memboikot barangan, produk dan perhidmatan kerajaan dan GLC.

Can't remember an address in your address book? Enter the first few letters and Address AutoComplete will automatically finish it. Get Yahoo! Mail


Yahoo! Mail
Use Photomail to share photos without annoying attachments.


Yahoo! Mail
Use Photomail to share photos without annoying attachments.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS






--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam Malay


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke