|
Antara Nuzul dan Asbabul Nuzul II
Bagaimana untuk melihat perbezaan
antara nuzul dan AN
ini?
Pertama sekali ayat AN ini tidak boleh ditafsirkan dan
didefinisikan melalui akal semata-mata. AN boleh diketahui melalui riwayat
yang sahih dan didengar secara langsung dari orang-orang yang mengetahui turunya
Al-Quran atau dari orang yang
memahami AN
lalu mereka meneliti dan mengkaji
dengan baik dan cermat, baik dari kalangan sahabat, tabiin atau mereka yang
alim.
Catatan Al-Wahidy ada
mengatakan;
Tidak halal berpendapat mengenai
AN kecuali dengan
berdasarkan pada riwayat atau mendengar secara langsung dari orang-orang yang
menyaksikan turunya, mengetahui sebab2 dan membahasnya tentang pengertian serta
bersungguh-sungguh mencarinya
Begitu juga catatan Ibnu Taimiyah
mengatakan;
Mengetahui AN akan membantu memahami suatu ayat,
sebab ilmu tentang sebab akan menghasilkan ilmu tentang
akibat
Lihat contoh ayat yang sering kita
bacakan. Ayat ini jika tidak diketahui akan AN , akan membolehkan seseorang
berijtihad serong.
Ayat AN
Contoh 1: Surah Al-Baqarah ayat
185
Dan kepunyaan Allah lah timur dan
barat , maka ke mana pun kamu menghadap disitulah wajah Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Luas rahmatNya lagi Maha Mengetahui
Jika kita lihat ayat ini, ditafsirkan
dengan akal yang pendek, kita boleh solat di mana2 pun kerana wajah Allah
berada di mana2. Pemahaman ini adalah sangat
serong!
Menurut tafsir Ibnu Kathier, ayat
ini diturunkan kepada segolongan kaum yang bermusafir kemudian tidak mengetahui
akan rah kiblat, maka AN
ayat ini adalah di dalam surah
ini.
Berkenaan dengan ayat itu tadi,
dengan mengtahui akan AN
itu tadi, maka ayat ini diturunkan
kepada mereka yang bermusafir dan tidak mengetahui akan arah kiblat. Syarat sah
solat ialah menghadap kiblat dan oleh sebab itu orang yang dalam perjalanan
boleh melakukan ijtihad untuk menentukan arah kiblat. Bila seandainya
setelah selesai salat, dan arahnya salah, tetapi berdasarkan ayat tersebut ,
mereka tidak perlu salat lagi.
Contoh 2: Surah Al-Maidah
93
Tidak ada dosa bagi orang-orang
yang beriman dan mengerjakan amalan yang shaleh, kerana mereka memakan makanan yang telah
mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa serta
beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh. Kemudian merekatetap juga
bertaqwa dan berbuat kebaikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat
kebajikan
Bagaimana dan apa yang akan berlaku
jika AN
tidak diketahui berkenaan dengan
ayat ini?
Ayat ini adalah berkenaan dengan
pengharaman arak, judi dan menunding anak panah. Jika mereka yg jahil, boleh
dikatakan bahawa arak boleh diminum dan jika kita beriman maka ia boleh dan
Allah tetap terima selagi beriman tetapi minum arak. Bukan kah ianya
sesat?
Lihat pada periwayat ayat ini, ia
diturunkan selepas pengharaman
arak.
Jika kita lihat firman sebelum ayat
93, saesungguhnya khamr, judi, berkorban utk berhala, mengundi nasib, adalah
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat
keuntungan dan beberapa orang sahabt bertanya kepada rasul; Bagaimanakah
halnya dengan orang-orang yang berperang di jalan Allah dan telah gugur sedang
mereka biasa minum khmar padahal khamar adalah sauatu yang kotor?
Maka barulah ayat al-Maidah itu
turun bagi menjelaskan bagi orang yang meminum khamar sebelum diharamkan, Allah
telah memaafkannya. Mereka tidak dilabel sebagai berdosa dan Allah tidak akan
memberi hokum ke atas perbuatan seorang hamba sebelum Islam atau sebelum turunya
pengharaman. Bukankah AN
itu menjawab persoalan bagi mereka
yang bertanya?
Mohd Syamil Bin Hj Mohd
Yusuff
Antara Nuzul dan Asbabul Nuzul
II
Moderator
Hidayahnet
Group Information
hidayahnet · eGroup For The Muslim Ummah
(Malay)
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay. {Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125) -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|
