Slogan BN menang, rakyat senang satu pembohongan PDF Cetak
Sun | Mar 19, 06 | 07:32:44 PM
Oleh Azmi Yusof
KUALA TERENGGANU, 19 Mac (Hrkh) -  Bendahari PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan slogan kempen pilihan raya Umno dalam pilihan raya umum lalu 'BN menang rakyat senang' adalah satu pembohongan.
Katanya, sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan negeri ini dua tahun lalu, rakyat semakin tertekan dan menderita.

Menurutnya, rakyat tidak senang dengan kerajaan BN malah semakin menderita dengan pelbagai masalah yang gagal diselesaikan.

"Umno kempen `BN menang rakyat senangÂ’ itu satu pembohongan kepada rakyat. Walau pun kita tidak kata PAS menang rakyat senang tetapi kita berusaha membantu rakyat," ujarnya yang juga Adun Wakaf Mempelam.

Menurutnya, semasa kerajaan PAS memerintah usaha membantu rakyat dibuat termasuk pemberian tanah, menghapuskan cukai pintu, menghentikan bayaran tol di Jambatan Sultan Mahmud dan mengawal harga barang.
 
Katanya, dalam masa dua bulan lagi rakyat akan lebih rasa terhimpit serta tertekan ekoran kenaikan harga minyak dan gas.

Menurutnya, syarikat-syarikat di Kuala Lumpur telah mula menaikkan harga barangan kesan daripada kenaikan minyak itu.
 
"Ramai yang tidak tahu di kalangan rakyat di negeri ini ada yang terpaksa mencari rezeki di tempat-tempat pembuangan sampah.
 
"Kita yakin minyak akan naik lagi dengan alasan-alasan yang diberi sedangkan kita adalah negara pengeluar minyak dan gas, tidak seperti Singapura," ujarnya.

Beliau turut menggesa agar kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter itu diturunkan kembali.
"Kita beri amaran sekiranya mereka (kerajaan) tidak turun harga minyak ini dan kalau terus dinaikkan. Kita akan terus membuat bantahan demi bantahan sehingga mereka tunduk pada tekanan rakyat," tegasnya.

Setiausaha Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Terengganu, Ng Chai Hing menyifatkan kesilapan memilih pemimpin dalam pilihan raya umum lalu telah mengundang bahana kepada rakyat.

"Rakyat Malaysia telah melakukan satu kesilapan yang besar pada pilihan raya 2004 di mana rakyat memberi kuasa 92 peratus dalam parlimen kepada kerajaan Barisan Nasional," ujarnya.

Sepatutnya, kata beliau kerajaan yang memerintah boleh membela nasib rakyat tetapi telah gagal melaksanakan tanggungjawab itu dengan sempurna.

Menurutnya, para pemimpin Umno dan kerajaan BN tidak amanah dalam mengurus tadbir negara.

"Mereka itu pemimpin yang tidak amanah dalam pengurusan dan mentadbir negara. Jadi kalau hendak mengelak daripada pemimpin yang tidak amanah ini terus membebankan rakyat, kita harus membuat keputusan yang bijak dalam pilihan raya akan datang," ujarnya.

Beliau menggesa agar rakyat tidak lagi mengulangi kesilapan seperti pada tahun 2004 dan rakyat harus bekerjasama dengan parti-parti Barisan Alternatif (BA).

Katanya, hanya dengan kemenangan BA dalam pilihan raya umum akan datang mampu mengubah keadaan ekonomi di negara ini.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke