Assalamualaikum,

Persoalan minyak bukan setakat tu saja, tapi ia adalah lebih kepada 
persoalan hukum dan kewajipan pemerintah.

Bukan persoalan pendapatan drpd subsidi 4.4 Bilion, jika nak bantu rakyat 
keuntungan yg 55 Bilion tulah wangnya. Lagipun bukankah sudah ada 
perbelanjaan yg dibentangkan untuk sektor awam pd oktober lalu. Tapi 
kemanakah perginya 55Bilion dan bajet 2006.

Gah saya tengok F1 kat sepang kat TV tapi adakah ia memberi manfaat kpd 
rakyat. Perlukah petronas menaja perlumbaan tersebut?

Kenapa teori ekonomi-produk meningkat, harga akan turun tidak terjadi pada 
kes minyak, tambah lagi malaysia negara pengeluar malah kebanyakan negara 
pengeluar adalah negara umat Islam yg mana penggunaan dlm negeri kurang drpd 
pengeluaran. Kenapa harga menggunakan minyak perlu meningkat?, lainlah kalau 
mereka adalah negara pengimport. Disinilah peranan para kapitalis mengaut 
kekayaan umat di tanah umat Islam sendiri. Ada sesuatu yg disembunyikan....

Ketidaktanggungjawaban kerajaan

i. Keuntungan minyak dimilikkan kepada petronas..
ii. Menjaga masalah sosial seperti kemiskinan diserahkan kepada pihak swasta 
seperti TV3 bersamamu..
iii. Masalah pendidikan diberikan kepada insuran pelajaran dan pinjaman 
PTPTN serta menabung sendiri.
iv. Rakyat disuruh belanja berhemat sedangkan pemerintah menabur duit dengan 
projek yg langsung tidak berfaedah.

Penyelesaian kita adalah mengikut hukum syara'. Pemerintah Islam yg 
menjalankan semua hukum Islamlah yg akan benar-benar menjaga urusan umat 
samada dalam dan luar negeri. Islam telah menerangkan secara jelas sistem 
ekonominya tapi kenapakah kita masih mempertahankan sistem kapitalis kufur, 
kroni-kroni kitakah syarikat gergasi petronas, shell, exxon, chevron. Tidak 
inginkah kita supaya hak kita dikembalikan kepada kita semula?.

Kembalilah kepada sistem Islam yg akan menjadi rahmat bagi seluruh umat 
manusia.

Penyelesaian masalah minyak bukan dengan hanya berdoa, beribadat, sabar dgn 
musibah, belanja berhemat tapi adalah dengan syariat Allah.

ISU SEBENAR DISEBALIK KENAIKAN HARGA MINYAK ADALAH KERANA KITA  MENGAMALKAN 
SISTEM KAPITALIS DAN MENINGGALKAN SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM YANG SEPATUTNYA 
KITA YAKIN KERANA LAHIRNYA DARI AQIDAH YG BENAR DAN PASTI.


>From: "asetip" Reply-To: [email protected]
>To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
>Subject: RE: Bismillah [hidayahnet] ISU SEBENAR DISEBALIK KENAIKAN HARGA 
>MINYAK!
>Date: Fri, 17 Mar 2006 14:54:47 +0800
>
>Apa-apalah........
>
>Lain orang lain ceritanya...... sumber yang rasional pun ada kat EPU. 
>Sebelum buat apa-apa conclusion tak salahnya gi tengok buat own research. 
>Saya pun kurang setuju minyak naik tapi bila diberi penerangan dan faham, 
>memang ada rasionalnya......
>
>Kalau besok bila malaysia dah jadi negara penguimport minyak suka atau 
>tidak kita akan terikat pada harga sebenar minyak dunia yang mana pada masa 
>itu adalah berkali ganda dari harga subsidi. Pada masa tu mana kerajaan nak 
>cari duit subsidi? Nak amik dari cukai yang kita bayar? Dari pada guna duit 
>cukai untuk buat subsidi minyak kenderaan persendirian, lebih baik duit tu 
>diguna untuk subsidi keperluan lain seperti pelajaran, kesihatan, 
>pengangkutan awam, kebajikan, etc. Lagi berfaedah kepada semua. Iyelah, 
>kalau subsidi diberi ke pengangkutan awam adalah lebih baik dan efficient 
>kerana semua boleh merasa berbanding memberi subsidi ke kenderaan 
>persendirian. Lagipun bukan semua orang pakai kereta. Ada yang pakai kereta 
>besar, maka dgn secara tidak langsung dia amik bahagian subsidi yang besar. 
>Dah tu, ada juga ynag jual kat pasaran luar, buat untuk menyalahgunakan 
>subsidi.
>
>Saya setuju kalu kongsi kenderaan kerana ianya lebih adil. Kenderaan yang 
>saya maksudkan ialah kenderaan awam yang berpatutan dan reliable. Ada org 
>kata improve pengangkutan awam dulu barulah kurangkan subsidi minyak. 
>Masalahnya, siapa nak naik kenderaan awam kalu mampu bawa kereta sendiri? 
>Macamana kenderaan awam nak hidup kalau kurang penumpang? Penumpang pula 
>kata siapa nak naik kenderaan awam sebab tak reliable? It is chicken & egg 
>problem. Kit akena start from somewhere. Tapi dlm masa yg sama mana boleh 
>bagi subsidi kedua-dua sekali. Membazir woo..
>
>Kerajaan pun dah janji nak improve public transport, maka berilah peluang. 
>Dulu masa LRT diperkenalkan, berapa ramai sangat orang nak pakai? Masa tu 
>tiket punyalah mahal. Baik pakai kereta sendiri. Dan LRT sendiri pernah nak 
>bangkrupt sehingga kerajaan take over dan kena subsidi. Tapi cuba tengok 
>sekarang, keaddanya jauh berbeza. Dah sesak dan padat. Begitu juga ERL. 
>Tiket bulanan ERL pun jauh lebih murah dari tiket harian. Tinggal lagi 
>sistem feeder bus yang tambang murahnya belum reliable. Basnya pun selalu 
>kosong sebab takde orang nak naik.
>
>Baru ni, RAPIDKL pun dah umumkan sistem rangkaian pengangkutan awan RM 2 di 
>sekitar KL. RM2 sebab dah kena subsidi kerajaan nak galakkan orang awam 
>guna. Bukankah elok camtu. Mudah-mudahan kesemua sistem integrated dan 
>berpatutan ini diperluaskan bukan setakat lembah Klang tetapi ke seluruh 
>negara. Kalau penangkutan awam dah cekap, mesti ramai yang gunakannya dan 
>tak adalah kesesakkan jalanraya sana sini. Insiden, potong Q guna lorong 
>kecemasan,  "kiasu" atau samseng jalanraya pun kurang. Tak payah lah nak 
>bina jalan-jalan raya , highway yang membazir tu. Baik duit tu diguna untuk 
>pengangkutan awam atau keperluan lain. Kereta kat rumah pun boleh kita jual 
>dan beli yang kecik je untuk tujuan sekali sekala/emergency. Jimat duit 
>maintainance dan installment bank bulanan. Itu belum masuk lagi kerugian 
>akibat susut nilai kenderaan yang boleh dielakkan.
>
>Pihak lori pengangkutan pula kata kos penghantaran naik. Ia memang betul 
>naik tapi sebenarnya ianya boleh diminimumkan dengan kaedah amalan 
>kecekapan. Ini tidak, angkat barang sikit guna lori besar (cuba tengok kat 
>highway tu). Tak efficient langsung. Itu belum lagi dengan stail mereka 
>memandu laju macam pelesit kat lebuhraya (ramai yang dah komplen ni). Makin 
>laju dipandu, makin laju lah lori dia cekik minyak. Dah tu, selalu tak 
>amalkan periodical maintenance. Asap ekzoz menyembur hitam pekat. Dari situ 
>dah nampak yang sistem pembakaran minyak kat enjin tak efficient. Bila tak 
>efficient maka mesti guna banyak minyak.
>
>Yang pengusaha bas sekolah ni pulak, pergilah apply e-Diesel. Nak minta 
>subsidi lebih macam tu sahaja memang agak susah tapi tunjuklah kertas kerja 
>kena minta lebih kat kementerian terbabit. Kerajaan cuba bagi yang minimum 
>kerana cuba mengurangkan risiko diesel subsidi kita disalahguna dan dijual 
>kepada pasaran gelap. Sekarang ni pun dengar kata kerajaan nak siasat 
>sistem pemberian minyak bersubsidi ke nelayan. Jumlah diesel ditingkatkan 
>tapi jumlah penangkapan ikan menurun. Faktor-faktor lain juga diambil kira. 
>Bukan apa takut-takut ada dalang yang ambil kesempatan menjual subsidi 
>minyak ni untuk untung lebih (macam kes jual baja subsidi dululah). Kes 
>nelayan tempatan menjual ikan ke nelayan asing ditengah lautan bukan cerita 
>baru. Tidak mustahil minyak yang juga bahan komoditi boleh dijadikan bahan 
>jual beli. Ada segelintir orang yang tidak jujur dan amik kesempatan.
>
>Ada satu pelajaran yan saya dapt dari rakan-rakan dari Kelantan. Kawan saya 
>pernah berkata, kalau kita ingin membantu saudara mara kita, jangan terus 
>menerus memberi bantuan duit kerana duit itu akan habis begitu sahaja. 
>Tetapi bantulah dia dengan kemudahan. Contohnya, kalau kita peniaga warung 
>tomyam, kita ajak dia bekerja dengan kita supaya saudara kita akan dapat 
>gaji dan pengalaman. Lepas tu ajar dia cara berniaga dan bila dah OK, 
>pinjamkan dia bantuan modal berniaga dan berdikari di tempat lain. 
>Sekurang-kurangnya sama-sama "Win-Win situation". Kita tidak perlu terus 
>menerus dibebani memberi duit dan pada masa yg sama orang yang kita bantu 
>boleh berdikari dan mencari duit sendiri dgn ilmu dan modal yang kita 
>bantu.  Cara ini lebih mapan atau "sustainable". Sebab itulah ramai orang 
>kelantan ni ramai yang berjaya dikenali sebagai usahawan samada 
>kecil-kecilan atau korporat.
>
>Begitu juga dengan kes minyak ni. Subsidi berterusan tidak akan ke mana 
>atau kekal. Subsidi ini sepatutnya digunakan untuk tujuan bantuan dan modal 
>ke arah yang lebih baik dan berdaya saing sehingga satu tahap boleh 
>berdikari atau "sustain". Daripada berterusan digunakan untuk subsidi 
>kenderaan persendirian, adalah lebih baik digunakan untuk memberi subsidi 
>kepada kendaraan awam. Sekurang-kurangnya boleh menyelesaikan masalah 
>"chicken & egg" tadi. Kalau ramai yang guna kenderaan awam maka pengusaha 
>pengangkutan awam boleh beroperasi secara lancar, cekap dan mempunyai 
>pendapatan tetap. Bila keuntungan tetap maka perkhidmatan boleh di berikan 
>secara reliable dan cekap. Akhirnya pengangkutan awam boleh hidup dan 
>memberi manafaat kepada orang awam juga. Sekurang-kurangnya, bila rakyat 
>dah menggunakan kenderaan awam dan tidak bergantung lagi pada kenderaan 
>sendiri, subsidi minyak kenderaan persendirian akan dikurangkan lagi 
>sekaligus mengekang penyeludupan minyak dipasaran. Juga, pada ketika 
>Malaysia jadi negara pengimport minyak, bila subsidi minyak kenderaan 
>persendirian dihapuskan atau di kurangkan, orang awam tidak akan merasa 
>beban kenaikan harga minyak yang keterlaluan. Dan pada masa itu jika 
>kerajaan hendak membantu untuk mengurangkan kos pengangkutan, kerajaan cuma 
>perlu mambantu sdikit subsidi ke pengankutan awam dan juga sektor-sektor 
>yang melibatkan perkongsian awam.  Cara sebegini adalah lebih sustainable, 
>berdaya saing dan baik untuk untuk kita.
>
>Memang betul minyak ini anugerah ilahi dan kita cuma boleh menganalisa dan 
>menjangka bila ianya akan "habis". Ramai yang mempersoalkan ketepat minyak 
>akan habis. Mungkin betul minyak tak akan habis tapi yang pasti minyak akan 
>jadi sukar diperolehi. Syarikat minyak terpaksa mengali telaga lebih dalam 
>dan mencari telaga-telaga baru. Semua ini melibatkan kos dan ianya sentiasa 
>meningkat. Sekiranya kita terpaksa mengali lebih dalam dan mengunakan 
>jentera yang lebih besar capasitynya untuk menyedut minyak, maka sudah 
>tentu kos per isipadu minyak akan meningkat. Mahu tak mahu, harga minyak 
>juga akan terus meningkat. Juga Statistik penggunaan minyak dalam negara 
>terus meningkat selari dengan pengingkatan GDP negara. Dengan membandingkan 
>kadar peningkatan penggunan minyak dlm negara dengan statistik pengeluaran 
>minyak negara, dianggarkan dalam kira-kira 10-15 tahun lagi negara kita 
>akan jadi negara pengimport minyak. Bila sudah jadi pengimport, sudah 
>tentulah negara tertakluk kepada harga pasaran minyak dunia yang turun 
>naik. Maka pada masa itu sekiranya negara sudah tidak mempu nak beri 
>subsidi, harga minyak kat kiosk akan sentiasa berubah macam yang berlaku 
>sekarang kat Singapora, Thailand, negara lain, dll. Tetapi sekiranya pada 
>masa itu kita (org awam) telahpun bebas dari bergantungan  harga minyak, 
>kesannya tidak lah terlalu berat kerana kita menggunakan pengangkutan awam 
>yang sebahagiannya dibantu oleh kerajaan. Pastinya, orang awam yang akan 
>merasa keperitannya ialah orang-orang kaya yang menggunakan kereta 
>persendirian. Masa itu kerajaan tidak perlu nak beri subsidi minyak ke 
>kenderaan persendirian kerana bila mereka pakai minyak maksudnya mereka ini 
>mampu membayar kemewahan yang mereka beli. Keadaan inilah yang sedang 
>berlaku di negara-negara maju seperti Jepun, Singapura, Denmark, Norway, 
>dll. Orang awam kat sana majoritinya mengunakan kenderaan awam yang mana 
>kadar tambangnya dikawal oleh kerajaan. Jalanraya pun tak sesak sangat .
>
>APa yang kerajaan perlu ialah memantau dan membantu pengangkutan awam dan 
>sektor yang melibatkan orang awam seperti pelajaran, kesihatan, kemudahan 
>asas, dll. Saya kira begini lebih baik kerana bantuan (atau subsidi jika 
>ada pada masa itu) lebih bermakna.
>
>Sebahagian dari duit subsidi tenaga juga dijangka akan di salurkan kepada 
>aktiviti-aktiviti yang lebih mapan atau sustainable. Contohnya, bantuan 
>penyelidikan sumber tenaga-tenaga baru seperti solar, biomass, fuelcell dan 
>juga usaha-usaha ke arah kecekapan tenaga. Kalau dilihat, dunia akan 
>mengalami kesusutan bekalan minyak untuk tenaga di masa hadapan. Kerana 
>permintaan sumber tenaga yang terhad ini lah beberapa negara besar sanggup 
>menceroboh dan berperang demi mendapat minyak untuk menyokong keperluan 
>tenaga di negara mereka. Ini lah yang terjadi di timur tengah dan negara 
>arab. Pada masa kita "mewah" minyak inilah sepatutnya duit keuntungan 
>Petronas atau sebahagian subsidi untuk tenaga di salurkan untuk tujuan 
>pembanguna tenaga alternatif dan penjimatan tenaga. Petronas selain 
>daripada membuat pelaburan dan mencarigali minyak di luar negara, 
>sepatutnya lebih proaktif dalam membangunkan teknologi dan aplikasi tenaga 
>alternatif. Sekiranya petronas masih ingin wujud dalam perniagaan, maka 
>sudah sepatutnya petronas mempelbagaikan pencarian sumber alternatif. Dah 
>banyak dah syarikat gergasi minyak yang tumbang kerana tiada perniagaan. 
>Kalau ada pun atas sebab perniagaan JV dengan negara pengeluar minyak. 
>Sesetengahnya masih mampu bertahan kerana berjaya mendapat kontrak minyak 
>dengan bantuan politik negara mereka samada secara rundingan diplomatik 
>atau penjajahan secara paksa (berperang macam kat Iraq, syarikat penceroboh 
>yang menyedut minyak kat sana).
>
>Demi keselamatan negara samada ekonomi atau diplomatik dan dibuli dengan 
>pasaran tenaga dunia, negara kita perlu mengurang kebergantungan kepada 
>minyak dan mencari sumber tenaga yang sustainable seperti renewable energy. 
>Tetapi pemakaian sistem renewable energy ini masih terlalu baru di Malaysia 
>dan masih mahal untuk dilaksanakan. Disini berlaku lagi rantaian masalah 
>"chicken & egg". Industri RE dikatakan mahal kerana kurang permintaan, bila 
>kurang permintaan maka sudah tentu pemasanganya mahal. Dan permintaan dari 
>sektor penjanaan tenaga/ pengguna sudah tentu menolak sistem RE ini kerana 
>mahal tetapi dalam masa yang sama mahu mengekalkan kadar tenaga / minyak 
>yang rendah. Di sini peranan kerajaan diperlukan untuk menyelesaikan 
>masalah ini dengan menyalur/menyuntik peruntukan dan kemudahan yang 
>membolehkan sistem RE ini berjaya dan di terima pakai di Malaysia. Tapi 
>dari mana dana tersebut? Jumlahnya bukan sikit. Sudah tentulah dari 
>sebahagian subsidi minyak/tenaga tadi. Bukan ambil semua pun cuma beberapa 
>portion sahaja. Sekurang-kurangnya pelaburan untuk RE ini ada pulangannya 
>pada jangka panjang malah (macam kes cerita kawan dari kelantan tadi 
>itulah). Bukan itu sahaja, sekiranya industri RE ini berkembang, ia juga 
>boleh menjana ekonomi negara serta memberi peluang pekerjaan domestik 
>kepada rakyat Malaysia. Para pemyelidik tempatan dan pelajar berpeluang 
>memajukan diri dalam bidang RE dan apabila sudah cekap nanti, tidak 
>mustahil kita pula menjadi pengeksport teknologi dan sistem RE kepada 
>negara - negara lain. Peluang perniagaan RE ini amat tinggi kerana di masa 
>hadapan ia akan menjadi sistem yang paling diperlukan di dunia kerana ianya 
>lebih sustainable dan menjaga alam sekitar.
>
>Kita negara bertuah kerana dikurniakan iklim yang sangat baik. Industri 
>kelapa sawit kita berpotensi sangat besar untuk dimajukan lagi kerana ianya 
>menyediakan peluang penyediaan biodiesel yang besar. Berbanding dengan 
>kacang soyo, jagung, tebu, etc. Dikatakan, kelapa sawit mempunyai nilai 
>produk RE/tan yang lebih tinggi. Dari minyak kelapa sawit hingga ke tandan 
>dan "waste" boleh digunakan untuk tujuan RE. Teknologi pengguna diesel dari 
>kelapa sawit atau bio-diesel sebenarnya sudah lama wujud di Malaysia. 
>Tinggal lagi sukar dikomersilkan kerana minyak bio-diesel ini lebih mahal 
>dari diesel petroleum kita (kerana disubsidikan). Kerajaan mempunyai 
>perancangan serius untuk memajukan sektor bio-diesel ini kerana inilah 
>sumber tenaga alternatif yang bukan semua negara memilikinya. Sekiranya 
>industri bio-desel ini matang maka kita boleh bebas pergantungan dari pada 
>petroleum. Selagi ada matahari dan pengurusan ladang yang baik maka dengan 
>izin Ilahi kita akan boleh kekal memenuhi keperluan tenaga untuk 
>rakyat.Bukan itu saja, malah kita boleh mengeksport produk biodesel ini ke 
>negara-negara yang memerlukannya. Kalu tengok kat surat khabar semakin 
>ramai syarikat negara luar berebut-rebut hendak menjadi JV dalam industri 
>biomass dan bio-diesel kerana mereka sudah lama menggunakanya. Di Brazil, 
>umpamanya sudah lama menggunakan methanol dari gula untuk sumber tenaga RE. 
>Itu belum lagi kira peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia sendiri.
>
>Dengan itu, saya percaya apa yang dilakukan oleh kerajaan memang ada 
>rasionalnya. Tidakkan kerajaan  begitu bodoh dan mengambil langkah yang 
>memakan diri secara melulu. Sekiranya semuanya berjalan lancar, dan dalam 
>masa yang sama kita semua mengamalkan kecekapan tenaga di senua aspek, saya 
>yakin satu hari nanti negara kita akan bebas dari bergantung dengan minyak 
>petroleum dan tidak terumbang-ambing dgn harga turun naik minyak secara 
>mendadak.
>
>Sekiranya ditakdirkan minyak kita masih belum habis, dan kadar permintaan 
>minyak petroluem domestik menurun berbanding kadar pengeluaran minyak, maka 
>anggaplah itu satu bonus kepada negara kita. Duit keuntungan minyak 
>tersebut boleh terus disalur ke aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengguna 
>awam, spt pelajaran, kesihatan, kebajikan, etc.  Sebagai contoh, negara 
>Norway pada masa dulu terlelu bergantung kepada import minyak. Di sebabkan 
>kebergantungan tersebut serta survival, mereka terpaksa 
>mengguna/membangunkan sistem RE seperti solar, arus lautan, angin, 
>geothermal, biomass untuk mengurangkan kebergantungan pada minyak 
>petroleum. Hasilnya, timbul bermacam-macam program serta kesedaran terhadap 
>RE dan kecekpan tenaga. Dan bila minyak ditemui di North Sea (Norway), 
>mereka masih meneruskan amalan RE & kecekapan tenaga dan hasil petroleum 
>negara dijadikan export dan menjadikan Norway salah sebuah negara kaya 
>(satu bonus bagi mereka). Duit inilah juga digunakan untuk memajukan sistem 
>prasana negara seperti pendidikan, pengangkutan, kesihatan, dll. Semasa 
>saya pergi ke Denmark, Norway dan Jepun, saya sempat bertanya kepada 
>rakyatnya kenapa mereka tidak mengunakan kereta pergi kerja? Mereka 
>mengatakan kereta hanya untuk kegunaan kecemasan. Harga petrol terlalu 
>mahal berbanding dengan pengangkutan awam. Malah satu pembaziran jika 
>membeli kereta kerana ianya sebenarnya tidak perlu memandangkan publik 
>transport adalah memadai dan cekap. Kereta yang dikeluarkan dalam negara 
>(Jepun dan Sweden) adalah untuk pasaran luar negara. Berjalan kaki beberapa 
>meter dari stesen bus ke rumah adalah sangat digemari kerana mereka 
>menganggap itu adalah satu riadah yang menyihatkan. Malah kalu nak naik 
>pejabat beberap tingkat mereka sanggup menggunakan tangga berbanding dengan 
>lift. Begitu jauh berbeza cara mereka dengan kita. Di Malaysia, ramai yang 
>malas nak berjalan kaki. Kalau boleh masing-masing hendak park kereta depan 
>pintu rumah masing-masing. Parking jauh sikit dah mula bising. Maka tidak 
>heranlah ramai yang kena sakit itu dan ini kerana kurang penjagaan 
>kesihatan.
>
>Sekian.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>Kalau pengangkutan awam
>
>
>
>-----Original Message-----
>From: grad it
>Sent: 2006-03-14T03:20:23.000Z
>To: [email protected]
>Cc:
>Subject: Bismillah [hidayahnet] ISU SEBENAR DISEBALIK KENAIKAN HARGA 
>MINYAK!
>Assalamualaikum.
>
>   Sehingga kini banyak pehak telah memberi idea pro dan kontra disebalik 
>kenaikan harga minyak yang mengalami kenaikan  sejak 28 Februari 2006 yang 
>lalu. Ada pehak yang menentang tidak kurang yang berkecuali serta ada pehak 
>yang menyokong dasar kerajaan menaikkan harga.
>
>   Kali ini saya ingin membuka fakta apa isu sebenar disebalik kenaikan 
>harga minyak sebanyak 30 sen sehingga menjadi kemarahan pada banyak pehak. 
>Pada pehak Pemerintah dinasihatkan berhati-hati membawa isu ini kerana 
>sedikit kesilapan akan membawa padah yang buruk pada negara. Ibarat menarik 
>rambut dalam tepung , rambut tak putus dan tepung  tak  rosak.
>
>   Jika tak pandai membawa pada jalan penyelesaian, dikhuatiri negara 
>Malaysia terjebak dalam Gelombang Kebangkitan Rakyat di Asia Tenggara 
>seperti mana yang berlaku pada negara jiran Thailand dan Filipina.
>
>   Isu sebenar nya ialah harga minyak pada pasaran antara bangsa telah 
>menurun dari US Dollar 70 setong pada tahun 2005  kepada US 60 Dollar 
>setong pada awal tahun 2006. Di jangka harga minyak mungkin turun lagi jika 
>tidak berlaku peperangan seperti peperangan Amerika dengan sekutu PBB 
>melawan Iran.
>
>   Jadi tiada sebab mengapa negara Malaysia selaku negara pengeluar minyak 
>hendak menaikkan harga minyak . Sepatutnya yang berlaku penurunan harga 
>minyak ekoran kejatuhan harga minyak dipasaran antarabangsa!
>
>    Mengikut data dari Petronas, Perolehan kos operasi oleh PETRONAS pada 
>tahun 2004/2005 hanya 5.89%atau 9.54 sen bagi setiap liter petrol RON97, 
>RM1.62 perLiter(sumber:PETRONAS).
>
>   Bermakna bagi setiap liter minyak petrol kos operasinya hanya berkisar 
>pada 9.54 sen. ( tidak sampai sepuluh sen) Dan jika dijual pada harga 
>sebelum 28 Februari ,pehak kerajaan masih lagi mengalami keuntungan 
>sebanyak RM 1.524 bagi satu liter!
>
>   Jadi dimana rasionalnya untuk menaikkan lagi harga minyak sebanyak 30 
>sen? Dikatakan pehak kerajaan terpaksa menampung subsisdi pada paras harga 
>minyak dipasaran antara bangsa yang berkisar sebanyak RM 2.00 seliter!
>
>   Jika negara Malaysia adalah negara pengeluar minyak tidak timbul soal 
>isu subsidi! Isu subsidi hanya berlaku jika negara Malaysia bukan sebagai 
>negara pengeluar minyak dan terpaksa mengimport minyak. Jika harga pasaran 
>sebanyak RM 2.00 seliter dan di Malaysia harga minyak berkisar pada harga 
>RM 1.92 sen barulah dikatakan pehak kerajaan membelanjakan subsidi 8 sen 
>bagi setiap liter petrol!
>
>   Tapi dimana rasionalnya jika kos operasi hanya sekitar 0.94sen ( tidak 
>sampai sepuluh sen) seliter dan dipehak kerajaan menaikkan lagi sebanyak 30 
>sen. Ini bukan dikatakan memberi subsidi minyak tetapi menekan kuasa beli 
>rakyat dan menindas rakyat untuk kepentingan pehak kapitalis dan kroni 
>kerajaan!
>
>   Amat malang minyak adalah anugerah Illahi pada rakyat Malaysia tetapi 
>yang merasainya ialah pembesar negara, wakil-wakil rakyat serta kroni 
>negara. Pada rakyat jelata tidak merasai apa-apa. Pada majoriti masyarakat 
>rakyat Malaysia seperti orang kampung , buruh kasar, para nelayan dan 
>petani serta yang bekerja sendiri akan merasa kesempitan hidup ibarat kais 
>pagi makan pagi dan kais petang makan petang!
>
>   Ini adalah suatu kezaliman dan penindasan pehak pemerintah pada rakyat 
>jelata. Pehak pemerintah memberi alasan terpaksa mengawal pengeluaran 
>minyak dengan menaikan harga kerana simpanan minyak di Malaysia hanya mampu 
>menampung bertahan selama 10 tahun sahaja!
>
>   Persoalannya wajarkah alasan yang sedemikian? Selama beberapa lama 
>simpanan minyak mampu bertahan, pada Allah jua yang menentukan.Pada pehak 
>yang dipertanggungjawab menjaga amanahnya hanya mampu menganalisa tetapi 
>tidak semestinya tepat!  Pehak pemerintah sepatutnya berpegang pada janji 
>Allah bahawa jika rakyatnya beriman dan bertaqwa, maka bantuan Allah akan 
>tiba sepanjang masa dan bukan sekitar 10 tahun sahaja!
>
>   Ibarat menentukan rezeki para nelayan, kita tidak mengetahui sejauh mana 
>simpanan ikan dalam laut dalam! Dan adalah haram untuk  bergantung pada 
>spekulasi dalam menentukan harga ikan . ini adalah ibarat perjudian dan 
>yang sepatutnya adalah pergantungan pada Illahi akan rezeki, ajal dan 
>jodoh!
>
>   Inilah bahananya jika para pegawai kerajaan samada yang dilantik atau 
>yang memegang amanah dari rakyat tidak Mengenal Tuhan dalam menjalankan 
>tugas pada rakyat! Tidak terasa Tuhan adalah Penentu segala-galanya! Yang 
>dirasai hanya wang! Keseluruhan pemikiran dan kehidupan mereka bergantung 
>pada wang untuk hidup! Ibarat haiwan yang tidak berakal! Haiwan mana ada 
>pergantungan pada Illahi. Semuanya mengikut hawa nafsu!
>
>   Sudah tiba masanya kenaikan harga minyak dikaji semula. Kita tidak mahu 
>rakyat Malaysia yang berlemah lembut bertukar seperti rakyat Thailand dan 
>Filipina yang menganjurkan demontrasi!
>
>   Demontrasi dan revolusi mana ada dalam Islam! Yang ada hanyak kaedah 
>EVOLUSI . Kaedah lembut dan lunak . Jika para pemimpin terasa kewibawaan 
>mereka semakin menurun, baik mereka turun dari jawatan secepat yang 
>mungkin! Supaya hak dan amanah rakyat dipulangkan kembali pada mereka yang 
>lebih berhak! Hak pemerintahan menurut Islam!
>
>   Wassalam.
>
>   Dari Moderator
>   SiberMelayu.
>   Kamunting.
>
>
>
>---------------------------------
>  Yahoo! Mail
>  Use Photomail to share photos without annoying attachments.
>

_________________________________________________________________
Get an advanced look at the new version of MSN Messenger. 
http://messenger.msn.com.my/Beta/Default.aspx





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke