Salam~
 
Firman Allah ta'ala dalam Al-quran, surah At-Taubah ayat 24 yang bermaksud;
 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
 
Ada suatu dialog antara orang-orang Islam yang suka berfikir,
 
A: Apa pendapat mu tentang seorang muslim yang menyibukkan diri dengan urusan selain sejurus azan solat dilaungkan ?
 
B: Apa masalahnya hingga dia mengabaikan tuntutan ?
 
A: Dia tidak cuai untuk solat, cumanya dilewatkan, dilengahkan setelah selesai urusannya yang lain itu..
 
B: Apa penting sangatkah urusannya itu ?
 
A: Terpulang pada justifikasi diri mu. Misalan ku berikan, ia sibuk mengemas rumahnya, membasuh pinggan mangkuk, mengelap cermin dan menyapu sampah..
 
B: Loh ! Itu kan boleh dibuat sesudah solat ? Tapi mengapa itu yang diutamakannya ? Hairan tu..
 
A: Nah.. Itu motifnya dialog ini. Bukan masalah kaum muslim memperbaiki diri dalam hal keduniaan seperti memperindah kediaman, memperelok kenderaan, menikmati siaran TV puluhan channel, menambah koleksi antik, meningkat ilmu sains dan teknologi, serta lain-lain hal.. akhirnya, jika dibedah ayat Allah tadi dengan cermat serta serius, ternyata tersirat suatu tuntutan yakni ALLAH WAJIB DIUTAMAKAN.
 
B: Ya betul. Saya amat setuju.
 
A: Selain tuntutan Allah yang berbentuk 'ain (individual), begitu pula dengan tuntutan jama'iy (collective). Misalnya, induk kefardhuan yakni KHILAFAH dimana ia menjadi ma'lumun minaddin bi ad-dharurah (kenyataan yang amat penting dalam Islam) oleh kaum muslim yang sedar dan mahu berfikir, apatah lagi ke atas mereka yang segera bertindak. Kini, realitinya Khilafah telah dilupai hasil pemisahannya oleh barat ke atas sistem pendidikan. Khilafah menjadi nama yang tercatit dalam buku sejarah yang disorokkan dalam library barat. Namun usaha barat untuk memadam cahaya Allah telah diatas dengan pembongkaran segolongan mukhlis muslim. Nama Khilafah kembali diwar-war disana-sini, hingga musuh utamanya pun sering meracau-racau dalam hidup mereka saban hari. Nama itulah yang digeruni musuh Allah lantas membuatkan mereka terpinga-pinga dan beraksi agar melengah-lengahkan kebangkitannya kembali.
 
B: Jadi, jika kita melengahkannya apa kita termasuk dari kalangan musuh Allah ?
 
A: Jika dah sedar maka ubahlah posisi. Tunggu apa lagi ??
 
Wassalam


Yahoo! Mail
Bring photos to life! New PhotoMail makes sharing a breeze.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam Malay


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke