Protes akan sertai demo anti kenaikan harga minyak oleh MTUC Ahad ini PDF Cetak
Tue | Mar 21, 06 | 04:28:48 PM
Oleh -
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - Gerakan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes) akan menyertai demonstrasi besar-besaran yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membantah kenaikan harga minyak Ahad ini.
 
Demo yang dianjurkan oleh MTUC itu akan diadakan di perkarangan KLCC Ahad 26 Mac ini mulai jam 10 pagi. Menurut AJK Protes, Dr Hatta Ramli, pihaknya akan menyokong demo yang dianjurkan oleh MTUC itu dengan mengerahkan semua penyokong PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan NGO yang berada dalam Protes menyertai demo itu.
 
Sehingga kini, Protes dengan slogannya 'Protes Sampai Turun' sudah mengadakan dua demo besar-besaran di KLCC di samping demo yang diadakan di seluruh negara pada setiap hujung minggu khasnya pada hari Jumaat.
 
Jumaat lepas, 2 demo diadakan di Terengganu sahaja iaitu di Besut dan Kemaman. Timbalan Presiden PAS yang juga Jurucakap Protes, Nasharudin Mat Isa mengetuai demo di Besut.
 
Pemuda PAS Kepala Batas, Pulau Pinang pula akan mengadakan demontrasi secara aman di tempat yang disifatkan sebagai 'jantung' Perdana Menteri sendiri iaitu  Komplek Dato' Kailan, Kepala Batas pada 26 Mac 2006 jam 5.00 petang. Demikian kenyataan daripada Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas, Surizman Mohamad.
 
Petronas tanggung F1
Sementara itu, ketika berucap di Besut baru-baru ini, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat isa berkata Petronas membelanjakan RM98 juta bagi mempromosikan perlumbahan Formula 1 (F1), dalam masa kerajaan Pak Lah suruh rakyat berjimat cermat.  Manakala bagi penajaan pula Petronas membelanjakan sebanyak RM2.4 billion bagi menjayakan perlumbaan F1.
 
Nasharuddin  memberitahu perkara berkenaan sewaktu demotransi membantah kenaikan harga minyak di Jerteh, Terengganu semalam.
 
“Rakyat telah dibebani dengan kenaikan harga minyak, mandat rakyat yang memilih kerajaan sekarang ini telah dikhianati,” katanya.
 
“Barisan Nasional (BN) bukan hendak membela rakyat, tetapi telah mendera rakyat,” katanya lagi.
 
Beliau juga berkata, akibat tidak pandai mentadbir negara oleh BN, yang menjadi mangsa adalah rakyat, manakala alasan yang diberi untuk menaikan harga minyak juga tidak munasabah.
 
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Terengganu, Dato’ Mutalib Embong pula berkata, negeri Terengganu kehilangan RM2 billion satu tahun selepas royaliti ditarik oleh kerajaan pusat.
 “Sudahlah mereka tarik royaliti dari negeri Terengganu sebanyak RM2 billion setahun, kali ini pula mereka naikkan harga minyak,” katanya.
 
Manakala Yang DiPertua PAS Jerteh. Ustaz Husin berkata di dalam program yang sama, dalam masa tiga tahun kenaikan minyak telah mencecah 70 sen.
 
Beliau berkata lagi, kenaikan minyak ini akan menyusahkan semua lapisan golongan rakyat tidak kira pembangkang ataupun penyokong kerajaan.
 
Sementara itu, media arus perdana telah diarahkan supaya tidak menceritakan isu kenaikan minyak atas arahan dari pihak kerajaan. Media arus perdana ini hanya membenarkan menceritakan keuntungan dan kebaikan hasil kenaikan harga minyak sekarang ini.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke