Assalamualaikum,
Adik Hasmarizam,
Walau apa jua yang adik lalui, sentiasa baik sangka dengan Allah. Dalam surah al Baqarah ayat 216 - dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Saya sendiri pernah mengalami iaitu sehari sebelum boyfriend mengatakan hendak merisik - dia memberitahu " I think it's better for us to stop seeing each other. Call off the wedding although it was perfectly planned".
Menurutnya, keluarga beliau telah solat istikharah dan mendapat ramalan ' tidak sesuai'.
Sedih juga saya sebab rasa terhina. Feel insulted in the highest order. Tapi saya rasa there must be some logical explanation behind it... at least, he said it.
Selepas itu, years after that, Allah tunjukkan kenapa dan mengapa. Saya terpaksa juga mengaku bahawa saya tidaklah jatuh cinta padanya, hanya merasakan dia seorang yang 'down to earth' dan rajin melakukan amalan sunat. That was the main attraction that prompted me to accept him despite the fact that we were as different as day and nite, physically. Memang tidak ada "chemistry" antara kami. Our case might be different. Yang sama ialah - tak ada jodoh.
Jika adik tahu dan jelas tujuan hidup, tanya dengan ikhlas diri sendiri - what is your purpose of life? Adik akan redha menerima qada' Allah. Adik berdoalah supaya mendapat jodoh yang sesuai, yang bakal menjadikan adik manusia yag lebih baik, dapat berbakti pada manusia dan especially pada Islam. Sebelum adik bergelar isteri, kata-kata akak ini mungkin adik anggap sebagai satu teori. Tetapi percayalah, setelah cincin tersarung di jari, inai menghiasi jari-jemari dan hari-hari di lalui sebagai isteri - adik akan faham apa yang akak maksudkan.
Perkahwinan bukan seperti yang orang Barat perkatakan iaitu marriage is made in Heaven hingga orang Kristian tidak boleh bercerai (sesetengah mazhab). Sepatah kata orang putih, the taste of the puddings in on the eating. Nak tahu, rasa sendiri. Insyallah, berkat doa adik sendiri, doa akak dan netters lain di hidayahnet ini, adik akan ditemukan dengan seseorang yang baik, beriman, berakhlak. Bukan sekadar berjanji untuk memetik bintang untuk dijadikan kerongsang seperti puisi Usman Awang tetapi menerima adik seadanya - your strengths & weaknesses, flaws & imperfections.
Wassalam.
On 3/15/06, hasmarizamdhashim <hasmarizamdhashim> wrote:
salam....perasaan saya terusik bila membaca artikel ini..memang saya bukan tergolong dalam golongan andartu/andalusia..umur masih 20-an (tapi dah hampir nak kehujung jugak dah)...pernah ada pengalaman bertunang, tapi tidak sebagai seorang isteri...kalau dulu sewaktu bergelar tunang orang, rasa sangat bahagia...tapi tak lama..terlalu banyak cabaran dan tekanan yang saya hadapi...ada ketikanya terlintas juga difikiran...betul dia ni memang ditakdirkan utk ku? istikharah dibuat tapi saya masih ragu sehingga akhirnya bukan ke6 pertunangan kami....hubungan yang terjalin terlerai begitu je..sedih memang sedih..yelah kalau nak diikutkan, lagi 2 bulan kami akan bernikah..kami putus kerana terlalu banyak perselisah....masalah kewangan (sebab dia asyik bertukar pekerjaan)...taste dia tinggi...itu yang dia perjelaskan kepada saya dan orgnya juga agak sosial...lebih sosial daripada saya...suatu hari, sehari selepas dia lafazkan kata putus, kami masih bertemu dan makan bersama..itupun saya yang belanja...(alah, selama ni pun saya yang banyak keluarkan duit..ish, ungkit pulak!) saya nekad utk tidak mengeruhkan keadaan..bagi saya, yang dah berlaku biarlah berlalu..dan saya perlu mulakan hidup baru walaupun kesannya agak besar jugak kepada saya...akhirnya dia bongkarkan segala-galanya pada saya...kisah-kisah lama dia sebelum kami bertemu..(tak taulah betul ataupun tidak)..dia pernah bersekedudukan dengan sorg gadis..sehingga gadis itu mengandungkan anaknya beberapa kali (tapi semuanya digugurkan....) antara ceritanya kepada saya.....berdenyut jugaklah jantung saya bila mendengar cerita dia waktu itu...pernah juga beberapa kali saya menerima panggilan telefon dari seseorg..kononnya dialah kekasih hati bekas tunang saya..saya hanya diamkan diri sehingga hari ni.....
malahan sehingga ke hari ni, hubungan kami masih tidak diputuskan secara rasmi..walaupun kami masing2 tahu, kami tak mungkin bersatu kembali....keluarganya juga terus menyepi.....
saya redha dengan apa yang berlaku...sebab yakin janji Allah atas setiap ujian yang diturunkan kepada hambaNya...insayaAllah..pasti penggantinya yang lebih baik..tapi...sehingga hari ini, selepas 6 bulan perpisahan berlaku..saya masih takut-takut utk teruskan hubungan dengan sesiapa saja...entahlah....bila sebut pasal isu andartu/andalusia ni...cuak jugakle......tapi, tanngan ini masih tak berhenti menadah..memohon daripada yang maha esa.....amin....
IslahGateway <[EMAIL PROTECTED] > wrote:From: qalyubi sakuraSent: Sunday, March 12, 2006 12:04 PMSubject: ~ ArTiKaL ~ :- ANDARTU, Bila Mawar Kering Dipupuk Angin -:~ ArTiKaL ~ :- ANDARTU, Bila Mawar Kering Dipupuk Angin -:"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu, yang menjadikan kamu dari diri yang satu (jenis) dan menjadikan isterinya dari jenisnya (bangsanya) sendiri, dan kemuadian Tuhan memperkembang-biakkan dari keduanya, laki-laki dan perempuan-perempuan yang banyak".
Apabila seseorang perempuan mengandung janim dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
Andartu atau Andalusia ibarat bunga kering di hujung ranting. Cantik perawannya bertempoh. Kalau duri terlalu banyak dan tajam, ia tidak memungkinkan di petik. Dan apabila tiada jemari yang sudi menyunting ketika ia mekar berkembang, kelopaknya akan layu. Merahnya akan pudar lalu kuntum pun berguguran. Cantiknya hanya akan tinggal sejarah. Sejarah yang tidak mungkin berulang. History won't repeat itself.
Pepatah inggeris ada menyebut, Houses are but walls and beams; homes are buit of love and dream. Itulah hakikat harganya cinta dalam kehidupan manusia. Tiada yang bernama manusia kecuali terselit di benak hatinya keinginan untuk membina keluarga serta hidup bahagia bersama pasangan dan anak-anak anugerah Allah S.W.T.
Bagaimanapun, tidak semua yang berjaya mendaki ke puncak, dan tidak semua yang diberikan kesempatan mengecap kebahagian. Ada yang tersungkur di tengah jalan lalu mengharap simpati dan belas ihsan. Dalam kehidupan berumahtangga di Negara kita, insan yang gagal mendapatkan jodoh biasanya akan terpinggir dari arus kehidupan berkeluarga.
Di mana silapnya ummah ini hingga memungkinkan wujud golongan yang gagal memperolehi pasangan? Salah mereka yang tidak mendapat jodoh atau salah masyarakat yang melulu meletakkan label? Saya ingin mengajak kita semua menerobos ruang hakikat sebenar yang berlegar di dalam masyarakat.
Ada yang menyatakan faktor utama kepada wujudnya andartu ialah soal wajah dan kecantikan. Pandangan ini walaupun ada kebenaran namun tidaklah seratus peratus benar. Buktinya, tidak semua yang berumahtangga dan mempunyai keluarga yang bahagia mempunyai rupa paras yang cantik. Begitu juga tidak semua yang lambat berkahwin dan sukar mempunyai jodoh mempunyai rupa paras yang kurang cantik.
Hakikatnya, faktor utama yang mewujudkan andartu ialah anggapan umum masyarakat terhadap proses perkahwinan yang di anggap sebagai sukar dan memayahkan. Ia juga adalah satu amplikasi yang wujud secara tidak langsung apabila harga mas kahwin dijadikan kayu ukur bagi menilai prestij anak gadis dan keluarganya. Wujudnya keluarga atau masyarakat yang melihat bahawa bahawa perkahwinan ialah satu institusi yang berharga memberikan tekanan kepada anak gadis dan keluarganya sendiri. Masakan tidak, untuk diletakkan harga mas kahwin yang murah dan " berkat" akan mengundang malu andainya ia menjadi buah mulut masyarakat. Bahkan, ada yang menganggap bahawa jika anak gadis diletakkan mas kahwin yang lebih rendah daripada 2,000, maka lebih baik "menjual lembu daripada menjual anak dara"!! Di sinilah sebenarnya ramai di antara ahli masyarakat yang lupa (atau buat-buat lupa) terhadap pesanan Rasullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A : "Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah mas kahwinnya" hadis riwayat Iman Ahmad, Kitab Baqi' Musnad Ansor, no 23966.
Hakikat sebenar yang berlaku di dalam masyarakat ialah kadang-kadang mas kahwin yang dibayar oleh pengantin lelaki bukannya diberikan sepenuhnya kepada pengantin perempuan, tetapi ia digunakan untuk menampung perbelanjaan majlis perkahwinan yang tentunya diadakan secara besar-besaran. Sikap ahli keluarga yang sanggup berhabis demi menjaga maruah dan prestij adalah satu paradigma yang salah dan menyeleweng.
Andartu juga wujud apabila poligami diboikot. Bukan menjadi rahsia sikap wanita yang seboleh-bolehnya tidak mahu berkongsi kasih. Sekalipun poligami dibenarkan dalam Islam, namun semanis-manis madu, ia tetap pahit bagi wanita. Bagaimanapun, di dalam keadaan yang tertentu, seharusnya pihak isteri tidak terlalu memusuhi malah memboikot poligami. Apabila diyakini suami mampu berlaku adil di dalam masalah pemberian nafkah kepada isteri, maka suami perlu diberikan lampu hijau untuk beristeri lagi. Benar, bercakap tidak semudah melaksanakannya. Hanya yang bergelar isteri sahaja yang tahu betapa peritnya jiwa yang terpaksa bermadu, namun andainya ia dilakukan demi untuk menyelamatkan jiwa serta maruah gadis lain yang bergelar andartu sekaligus mengelakkannya dari terjebak di dalam lembah kehancuran, adakah ia tidak berbaloi?
Andartu juga wujud apabila terdapat golongan muslimat yang langsung tidak mengambil sebarang langkah untuk mencari jodoh mereka sendiri. Benar, baik bagi muslimat jika menyerahkan soal jodoh mereka kepada keluarga sahaja. Namun, hakikat yang berlaku pada zaman sekarang tidak lagi demikian. Percampuran yang boleh dikatakan tidak dapat dielakkan secara seratus peratus di antara lelaki dan wanita yang berlaku sejak dari sekolah rendah lagi memberikan peluang secara tidak langsung untuk mereka sendiri mencari jodoh sesama sendiri. Dari konteks mahasiswa, siapakah yang dapat menafikan bahawa pergaulan di sebalik tabir sekalipun tidak di jadikan batu loncatan untuk mencari jodoh? Siapakah yang dapat menafikan kebersamaan di dalam menganjurkan program kadangkala bertukar menjadi jalinan cinta dan berakhir di jinjang pelamin? Namun, langkah pertama biasanya bermula dari pihak lelaki. Kenapa tidak, andainya pihak perempuan memulakan langkah, maka akan kedengaranlah suara-suara sumbang yang meberikan label "Perigi mencari timba".
Soalnya, salahkah perigi mencari timba? Jika diperhatikan di dalam al-Quran, dinyatakan kisah seorang ayah yang menawarkan anaknya kepada Nabi Musa untuk di kahwini. Kisah ini disebut di dalam surah Al-Qashash, ayat 27. seorang ulama masakini, Dr Wahbah Az-Zuhaili semasa mentafsirkan ayat ini juga turut membawakan contoh-contoh lain di dalam sejarah Islam yang menunjukkan wakil pihak wanita mengemukakan tawaran untuk dijodohkan dengan mana-mana lelaki. Contohnya, Ummul Mukminin Khadijah yang meminang Rasulullah S.A.W. begitu juga dengan Saidina Umar yang menawarkan anaknya Hafsah setelah kematian suaminya untuk dijodohkan dengan Abu Bakar dan Usman. Kedua-dua sahabat itu hanya mendiamkan diri tanda menolak. Rupa-rupanya kelewatan Hafsah mendapat jodoh ada hikmahnya. Dia kemudiannya di kahwinkan dengan Rasulullah S.A.W, insan yang terbaik di kalangan yang baik. Sebab itu, golongan yang lambat mendapat jodoh tidak wajar berputus asa. Mungkin mereka senasib dengan Hafsah, belum tentu tidak! Apa yang penting, kesanggupan pihak perempuan untuk turut mencari jodoh, bukan hanya berteleku di tepi dinding menuggu pinangan orang. Apa salahnya kalau sekali sekala muslimah mengambil langkah merisik dan meminang?
Sebab lain yang mewujudkan andartu ialah apabila seseorang wanita terlalu mementingkan kerjaya hingga menganggap perkahwinan sebagai satu konkongan dalam hidupnya . Mereka memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak. Golongan seperti ini kebanyakkannya wujud di bandar-bandar besar di mana terdapat wanita yang menjawat jawatan tinggi di dalam sektor perkhidmatan awam atau swasta lalu masa yang sama mengabaikan tuntutan fitrah mereka sendiri. Mereka sepatutnya menyedari bahawa perkahwinan akan memberikan ketenangan dan kebahagian kepada jiwa. Walaupun nampak seolah-olah kerjaya yang ada sudah mencukupi buat mereka, namun hidup seorang diri tanpa sebarang pergantungan adalah bertentangan sama sekali dengan fitrah seorang wanita.
Di Malaysia, walaupun golongan ini sudahpun wujud namun dalam jumlah yang terkawal. Apa yang kita bimbang, andainya senario ini tidak dikawal, masyarakat Malaysia khususnya umat Islam akan berubah sedikit demi sedikit menjadi seperti masyarakat Barat yang menganggap proses perkahwinan sebagai bahan mainan. Bukan menjadi rahsia dan keaiban lagi di kalangan mereka yang baru berkahwin sekalipun sudah bersama berpuluh tahun dan beranak pinak berdozen-dozen.
Revolusi pendidikan juga kdang kala menyumbangkan kepada wujudnya gejala andartu. Golongan wanita mula menerobos alam pendidikan hingga meraih kejayaan yang kadang-kadang mengatasi kehebatan kaum lelaki. Ekoran itu, hampir tiada lagi perbezaan di antara lelaki dan wanita dalam menggariskan cita-cita dalam hidup. Kalau dulu, kebanyakkan wanita meletakkan perkahwinan sebagai matlamat terakhir dalam hidup. Menumpukan tugas kepada "menjaga dapur" dan mengasuh anak merupakan dunia paling global bagi wanita. Bagaimanapun, senario itu hampir pupus pada hari ini. Sebagaimana kaum lelaki mengejar kejayaan dalam pelajaran hingga ke peringkat PhD, begitu juga kaum wanita. Malah, di institusi-institusi pengajian tinggi, kaum wanita melebihi kaum lelaki berkali-kali ganda. Salah satunya di Universiti Utara Malaysia, satu perangkaan yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, 6 Julai 2003 dulu menunjukkan jumlah siswi ialah 71% manakala siswa 29%! Lalu, setakat manakah peluang kaum wanita untuk mencari jodoh yang sekufu dengan mereka?
Kadang-kadang mencari calon suami yang terlalu ideal juga merupakan masalah bagi kaum wanita. Muslimat khususnya selalu beranggapan, sukar lagi dicari suami yang bertanggungjawab, soleh dan mampu menyayangi sepanjang hayat. Apatah lagi, jika mahu di tambah pula dengan wajah yang kacak seperti hero filem-filem Hindi. Sebagaimana kaum lelaki perlu menerima hakikat bahawa sukar mencari wanita yang mempunyai segala-galanya; kecantikan, kecerdikan, kekayaan, berketurunan baik dan solehah, begitu jugalah kaum wanita perlu menerima hakikat bahawa terlalu sukar untuk mencari lelaki yang sempurna dan mempunyai segala-galanya. Janganlah kerana terlalu memilih calon suami yang terlalu ideal menyebabkan kita terlepas segala-galanya. Berpadalah dengan agama, faktor lain pula sebagai pelengkap.
ANDARTU & KESANNYA
Psikologi & Tekanan Emosi
Secara umumnya gadis-gadis yang di label andartu akan mengalami tekanan dan depresi dari segi mental dan emosi. Mereka dianggap memberi malu dan aib kepada keluarga lantas dicemuh oleh masyarakat serta dilempar dengan pelbagai tuduhan.
Hasilnya, inferiority complex mula membasah di sanubari. Rasa malu yang menguasai akan menghalang mereka daripada berhadapan dengan masyarakat. Perlahan-lahan mereka terpinggir dan terasing daripada persekitaran. Mereka yang lemah imannya akan mula menyalahkan takdir. Merasakan paras yang diberi belum cukup menarik lalu mempersoal ketentuan Tuhan, kenapa tidak dianugerahkan raut wajah semanis Siti Nurhaliza, seramping Haifa atau secantik Britney Spears? Tuntas ramai yang berkorban supaya tampak cantik dan menarik pada pandangan lelaki. Anorexia dan Bulimia adalah natijah yang biasa. Lebih menggerunkan apabila ada yang sanggup menjadi mangsa teknologi, rela kulit mereka disiat-siat dan dikelar sinar laser .
Cinta & Tuntutan Naluri
Perempuan yang normal tidak dapat lari daripada perasaan ingin menyintai dan dicintai. Cinta adalah suatu anugerah yang tidak terhitung nilainya. Women are so lovely, full of love and should be loved. Masing-masing mengimpikan kehidupan yang dilimpahi kasih sayang disamping suami dan anak-anak tercinta, lalu mereka mencari-cari perhentian yang dinanti selama ini. Apabila yang ditunggu-tunggu tidak muncul, jiwa akan lebih menyesak. Tekanan makin mendesak. Ini menyebabkan syaitan-syaitan berwajah kacak lebih mudah mengambil kesempatan. Pengakhirannya ialah penipuan, perkosaan, penderaan, pelacuran dan seribu satu macam lagi tragedi.
Mereka yang tidak menjadi mangsa manusia akan menjadi mangsa nafsu sendiri. Namun, awas! Jangan sesekali menghukum semuanya begitu, kerana iman yang berpasak di dada adalah benteng segalanya.
Kesuburan & Kehamilan
Tahap kesuburan perempuan akan semakin menurun apabila memasuki usia 40 an. Jadi, mereka yang berkahwin pada usia ini mempunyai peluang yang tipis untuk mendapatkan anak dan sekiranya dia mengandung, kandungan tersebut akan membahayakan nyawanya. Selain itu, kelahiran anak terpaksa juga dihadkan.
Menurut pakar obstetrik dan ginekologi, Dato' Dr Hamid Arshat, bagi yang berkahwin dalam usia lewat, risiko pada kesihatan meningkat kerana apabila mengandung, jantung dipaksa mengepam 40 peratus lebih daripada biasa di samping kandungan air dalam badan meningkat, sendi-sendi longgar, berlaku perubahan pada usus, sakit buah pinggang dan sakit tulang belakang.
Kesimpulannya, beberapa faktor yang di gariskan ialah antara faktor-faktor utama yang mewujudnya andartu. Tanpa menafikan faktor-faktor yang lain, andainya faktor-faktor yang digariskan dapat di atasi, insyaAllah gejala kahwin lambat hingga mewujudkan andartu ini tentu dapat disifarkan. Apa yang penting, doa dan tawakkal perlulah diiringi dengan usaha khususnya dari pihak wanita itu sendiri. Kita wajar menentukan hidup kita sendiri. Saranan buat lelaki; kikislah sifat pilih umur dalam diri. Jadilah seperti Rasulullah S.A.W yang pada pertama kalinya memilih seorang wanita yang berbudi pekerti mulia dan berusia walaupun baginda masih teruna. Siapa lagi yang boleh diletakkan harapan untuk membela nasib andartu dan yang bakal bergelar andartu kecuali lelaki yang benar-benar berperibadi serta mempunyai rasa keperimanusiaan yang tinggi? Benar, Siti Khadijah tiada pengganti. Namun, Siti Aisyah juga sukar dicari! Juga saranan buat wanita; letakkan perasaan redha dalam diri jika di takdirkan bermadu, buangkan sifat boikot terhadap poligami dan jangan takut kepada adat yang terpesong. Lamarlah pihak lelaki, jangan mengharapkan kaum lelaki sahaja yang memulakan rentak. Ayuh izzahkan untuk kebahagian bersama selagi mana tidak melanggari nas-nas syariat Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W :"Wanita adalah tiang Negara, bila ia baik, baiklah Negara. Dan bila ia rosak, maka rosak pula Negara". Jesteru itu, penyelesaian yang paling utama untuk menyelesaikan masalah andartu ini ialah dengan mengatur perkahwinan mengikut syariat tanpa menyusahkan mana-mana pihak.
~~~@ BuNgA LaYu SeBeLum BeRkeMbaNg @~~~
::- KeKaiZeNan MiNda KeIzZahAn BerSaMa -::
ModeratorHidayahnetSubscribe: [EMAIL PROTECTED]Group Information
- Members: 7879
- Category: Islam
- Founded: Sep 6, 2003
hidayahnet · eGroup For The Muslim Ummah (Malay)Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa BarakatuhHidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.
{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125)
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
