Sebhgn SEBAB UTAMA masalah / gejala spt ini sukar dibendung ialah,
(1) PEMERINTAH dah tak ambik pusing definisi ISLAM (yg sebenar) melainkan HADHARI semata2... Ustaz, ustazah, alim ulama bwh kepimpinan KERAjaan skarang dah terkunci minda & mulut utk menegur apa yg PATUT ditegur atau dibimbing... RM (aka periuk nasik sendiri) adalah keutamaan pokok. Sbhgn rakyat tahu / sedar ttg ini, tapi sbb mereka sudah menjadi takut & phobia utk menghadapi / menerima kenyataan perlaksanaan pemerintahan Islam secara menyeluruh, tu pasallah masih lagi mengundi KERAjaan sekarang ni...
Maka, (2) RAKYAT (sebhgn besarnya) dah tak akan memandang sinis atau mengumpat atau mengeji manusia2 yg
taktau halal haram ni terutama dari segi garis panduan & etika berpakaian ni... Masing2 berada dlm orbit masing... kau-kau, aku-aku... Nak pakai terlondeh sampai nampak luruh dada hatta lurah punggung sekalipon, nak pakai tudung tapi mengenakan baju yg menampakkan coli / seluar dlm / pangkal paha sekalipon dah tak menjadi kaca / duri di mata masyarakat. Dah tak jelek dah... Ala bisa tegal biasa...
(3) Mempunyai Rakyat yg terlalu mengagung2kan artis (mmg sejak zaman pra-sejarah Malaysia kot)... Akibat dpd tu, artis nak buat perangai mcm mana pon (cth ditangkap khalwat, ditangkap hisap syabu, memperaga aksi 3 per 4 bogel, buat itu buat ini) MASIH boleh survive lagi... Kebelakangan ini di dada akhbar pulak begitu galak menceritakan artis sipolan income RMxx juta, dpt hadiah itu, anugerah ini, buat banglo RMxx ribu, beli itu beli ini.. Mana
tak rakyat yg tak terbela dek KERAjaan ni tergiur utk masuk dunia penuh maksiat & fitnah tu?
Sekadar pandangan peribadi...
[EMAIL PROTECTED] wrote:
aku setuju betul ngan ko.. aku pun meluat betul tengok artis yg dah
pangkat 'nenek' pun masih menyeksi lagi.. aku heran ler diaorng ni
ingat lawa sangat ker.. ape anak2 depa tak tegur ke mak2 diaorng
macam tu...wahai artis2 sekalian insaf ler.... skrng ni pun dah
macam2 bala tuhan turun kat bumi malaysia ni tapi korang tak sedar2
juga.. yang turut jadi mangsa anak2 dan orang2 yang tidak berdosa...
--- In [email protected], myza sidek wrote:
>
> Assalamualaikum...
>
> Saya setuju... saya pun menjadi tidak faham kenapa org Islam
amatlah bangga menjadi seperti org kafir . Perasan tak bertempat..
konon mcm kat Holywood . Ingat org ramai suka sgt tgk terdedah sana
terdedah sini , padahal bertong tong kena caci & kutuk . Tolong lah
sedar diri , hidup atas dunia ni tak kekal lama...
>
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
>
> Tolong, jangan berkemban lagi!
> SEKARANG ini terlalu banyak pesta artis dan anugerah untuk bintang-
bintang. Yang terbaru ialah Konsert Jom Heboh dan Anugerah Seri
Angkasa.
> Apa yang ingin saya sentuh ialah semakin ramai artis wanita suka
berkemban. Bukan yang muda saja tetapi yang sudah tua kerepot pun
suka berkemban.
> Apa nak jadi dengan masyarakat kita hari ini? Nampaknya dosa dan
noda sudah tidak menjadi hirauan lagi. Lebih-lebih lagi pemimpin
utama kita pun sama-sama tengok pesta ini, termasuklah muzikal Puteri
Gunung Ledang.
> Jika pemimpin sama-sama meraikan kira OK lah tu. Itulah yang
menyebabkan artis semakin naik minyak.
> Meluat dan jijik sungguh saya melihat si tua kerepot berkemban bagi
menampakkan alur gunungnya.
> Malam Ahad lalu (11 Mac) saya menghadiri kuliah agama di masjid.
Ustaz itu kata, dunia semakin panas angkara maksiat semakin menjadi-
jadi.
> Api neraka sudah mendesir mahu membakar manusia yang semakin
sombong dan tidak takutkan dosa lagi.
> Tetapi disebabkan ada orang beriman, ada orang sentiasa berdoa, ada
orang sayang anak yatim, ada orang kasih sesama insan, ada binatang
yang memuji Allah, maka tidaklah diturunkan bala serta merta oleh
Allah SWT.
> Sekarang ini katanya, tiada orang nak menegur artis-artis ini.
Semua takut. Semuanya sudah jadi syaitan bisu.
> Oleh itu marilah kita bangun menentang perbuatan mungkar ini.
> Wahai artis, insaflah, tolonglah jangan didedah benda tu lagi.
Nanti kalau dah tua dan sudah masuk dalam kubur, penyesalan tidak
berguna lagi. Masa muda benda tu cantiklah, dah tua, eee tak ada
orang nak tengok dah!- lanh
>
Yahoo! Photos NEW, now offering a quality print service from just 8p a photo.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
