| Umno alih perhatian rakyat, selepas tertekan isu minyak |
| KOTA BHARU, 26 Mac (Hrkh) Umno yang begitu tertekan dengan isu harga minyak akhirnya mencari alasan mudah, menyamakan kenaikan cukai tanah di Kelantan tiga tahun lalu sebagai usaha mengalih perhatian rakyat daripada isu tersebut. Sedangkan kenaikan cukai tanah langsung tidak melibatkan perubahan harga barangan keperluan lain. Namun bagi Umno Kelantan hanya itu sahaja yang mampu diketengahkan. Mengulas perkara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Takiyuddin Hassan berkata, kenaikan kadar cukai tanah di Kelantan adalah isu lama dan ia yang tidak boleh disamakan dengan harga minyak sekarang. Lagi pun kerajaan negeri bukan menaikkan cukai tanah, cuma menyelaraskan selepas negeri-negeri lain sudah lama melakukannya, kata beliau pada program Hari Keluarga PAS Cawangan Kampung Belukar, Jalan Telipot di sini, semalam. Sebelum ini, Ketua Pergerakan Umno Kelantan, Dali Hussin dilaporkan berkata, orang ramai di negeri ini merungut ekoran kenaikan pelbagai cukai antara 20 dan 300 peratus pada 1 Januari 2003. Manakala Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato Seri Annuar Musa pula mendakwa menerima rungutan rakyat ekoran kenaikan cukai tersebut, sambil menjelaskan peningkatan harga minyak sebanyak 30 sen dapat menjimatkan subsidi kerajaan. Takiyuddin berkata, penyelarasan kadar cukai tanah dan beberapa kutipan hasil lagi dibuat untuk tujuan penyelarasan aspek
pentadbiran sahaja. Lagi pun tambahnya, ia tidak melibatkan kenaikan harga barangan keperluan harian yang meningkat mendadak selepas minyak dinaikkan 30 sen seliter akhir Febuari lalu. Sehubungan itu saya menasihatkan rakyat supaya tidak terkeliru dengan kenyataan seumpama itu kerana ia sengaja dicipta kembali Umno selepas seluruh rakyat merungut kenaikan harga minyak yang keterlaluan, ujarnya. Adun Tanjung
Mas, Rohani Ibrahim berkata, usaha Umno untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kenaikan harga minyak tidak mungkin berjaya kerana bebanan kehidupan mereka semakin terdesak sekarang. Pelbagai program menarik diadakan sempena sambutan hari keluarga PAS Cawangan Kampung Belukar termasuk pemeriksaan kesihatan percuma. Hadir sama pengerusi cawangannya, Haji Abdul Razak Mamat dan pemimpin masyarakat tempatan. Mereka yang hadir turut menikmati jamuan laksa. |
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
