`PROTES SAMPAI TURUN' Dr Hatta melambai tangan ketika dibawa dua anggota polis menuju ke kereta polis setelah ditahan di sekitar KLCC dalam demonstrasi aman membantah kenaikan harga minyak sebentar tadi. Turut ditahan dua anak perempuannya, AJK Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi dan 14 yang lain. Water canon dan FRU berkuda telah digunakan untuk menyuraikan pendemonstrasi tengahari tadi. Foto - Wan Zahari
| Dr Hatta dan dua anaknya antara 18 yang ditahan dalam demo depan KLCC |
| KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli bersama dua anaknya antara yang ditahan dalam perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak yang dihadiri 2000 peserta di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) sebentar tadi. Dua anak perempuan Dr Hatta yang turut serta berdemonstrasi turut ditahan ketika hendak bersurai hadapan jalan bertentangan KLCC setelah memulakan semula demosnstrasi di kawasan berkenaan. Lebih malang lagi seorang Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Aiman Athirah Al Jundi turut menjadi mangsa kerakusan polis menahan peserta demonstrasi setelah terdahulu sebelum itu peserta disembur dengan air 'water canon'. Lain yang ditahan ialah aktivis Parti KeADILan Rakyat (PKR), Omar Tan Abdullah, aktivis Universiti Bangsar Utama
(UBU), Fiqtrey Al Hakimi; Pemuda PAS Pandan, Kamal Mohammad; Hariss Ibrahim, Salmah Arshad, Azmi Ali dan beberapa yang lain. Setakat berita ini ditulis Semua yang ditahan kini berada di Balai Polis Pudu dan belum dibebaskan. Perhimpunan yang bermula jam 10.00 pagi tadi dianjur oleh Kengres Kesatuan Sekerja Nasional (MTUC) dengan kerjasama PAS, PKR, DAP, Suarama dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang lain. Antara pimpinan yang hadir ialah, Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu; Presiden MTUc, Syed Syahir Syed Mohammud; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob; Ketua Penerangan PKR; Tian Chua dan beberapa aktivis rakyat. Anjuran MTUC Perhimpunan Bersama Keluarga hari ini pada asalnya dianjurkan oleh MTUC . Bagaimanapun pihak lain yang juga menentang kenaikan harga minyak ini menyertai perhimpunan MTUC itu. Antaranya Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak
(Protes) yang ditubuhkan oleh parti pembangkang dan NGO tempatan. "Kami menganjurkan perhimpunan untuk memberikan penerangan tentang kandungan memorandum yang hendak dihantar MTUC kepada Perdana Menteri di Bangunan Parlimen esok," kata Syed Shahir, Presiden MTUC kepada Harakahdaily sebelum ini. MTUC tidak bersetuju dengan kenaikan ini kerana golongan pekerja yang paling terasa akibatnya ekoran kenaikan harga minyak ini, kata beliau. Lagipun, katanya, ada cara lain yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menangani kenaikan harga minyak dunia sebagaimana cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. |
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
